ISTERI LARANG SUAMI BALIK JENGUK MAK AYAH

Assalamualaikum...



Saya dok dengar radio Mutiara Fm petang ni..
Cerita tentang anak-anak yang tak balik jenguk mak ayah nya.
Ustaz tu kata ada anak2 yang pasangan nya tak bagi balik
jenguk mak ayah.
Ada ke yang macam tu?
kalau suami2 yang larang isteri balik jenguk mak ayah
tu mungkin ada la ..kan??
Ada la tu sebab2 nya dia tak bagi balik.

Tapi kalau isteri yang tak bagi suami balik
jadi punca kenapa suami tu tak balik jenguk mak ayah
rasanya macam tak logik pulak..kan??
Kecuali la suami tu tak dak kaki atau tak dak upaya
nak balik sampaikan nak balik jenguk mak ayah sendiri pun isteri yang uruskan.

Kalau pun isteri tak suruh balik
rasanya suami tu patut ada kesedaran sendiri la nak
balik jumpa mak ayah dia.
tak kan la nak balik jenguk mak ayah pun isteri nak kena ingatkan.
Betul tak??

Patutnya suami2 rasa tercabar kalau
ada isteri yang ingatkan dia supaya balik jenguk mak ayah..
mak ayah awak, isteri pulak yang ingat kan.
memalukan betul!!tak pasal2 nanti orang kata
awak ikut cakap isteri pulak..betul tak??
isteri suruh baru nak buat..kalau tak suruh tak buat la..

Tapi pandangan orang2 luar ni..
Bila lelaki tu jarang balik jenguk mak ayah,mula la dia
kata isteri tak bagi balik.
aduhai//bodoh sangat ke si laki tu sampai
isteri tak bagi balik pun  dia ikut je cakap isteri??
hahhah...sebenarnya itu semua bergantung pada
sikap lelaki tu jugak..
kalau dia betul2 sayang dan utamakan mak ayah dia,
apa pun jadi dia tetap akan balik.
Isteri tu letak la parang kat leher pun , dia akan balik jugak..
betul tak??

sekian..

Post a comment

7 Comments

  1. tapi ada jugak jenis mertua even balik jenguk tiap2 minggu pun dok canang anak menantu tak jenguk bila orang tanya. Lepas tu yang busuk & buruk anak menantu. Tapi sebab dia tak nak anak dia dapat nama buruk.. dia buat cerita anak dia dulu sebelum kawen baik.. bagus tiada tandingan.lepas kawen je camtu.. mula la orang nak muncung kat menantu yang jahat.kadang2 demand mertua ni lebih dari kemampuan anak menantu.. kalau boleh nak hari2 datang jenguk..

    ReplyDelete
  2. Akk baru nk ckp laki jenis ni bodo kot ikut ckp bini...pwlik..tp sis dh ckp kt bwh tu..hehehhe

    ReplyDelete
  3. Dalam dunia perkahwinan banyak kes terpencil yg pelik bin ajaib tentang hubungan menantu-mentua. Paling pelik tentang ada kes mentua buat hubungan sulit dengan menantunya!!

    ReplyDelete
  4. Memang ada je kak.. Ni lah tanda isteri yg tak masuk syurga..

    ReplyDelete
  5. Jadi isteri memang susah. Kalau suami tak balik jenguk ibubapanya, isteri dulu orang kutuk ~ mesti isteri tak bagi balik tu... ^_^ Padahal isteri tak buat apa-apa pun!

    Tapi adalah juga kot kes-kes terpencil, terperuk, terceruk macam ni. Itu tak tahulah nak kata apa. Nak kata suami sayang sangat kat isteri, entahlah! Sampai jadi macam lembu dicucuk hidung! Oh, lembu pulak dipersalahkan jadi bodoh ^_^

    ReplyDelete
  6. Biasalah.....adat dunia, yg buruk buruk semua dpd hasutan bini katanya hihi...


    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)