Skip to main content

INILAH ANAK-ANAK SAYA..

Assalamualaikum...

Jom la kita menulis benda yang best pulak..
malas dah makcik nak duduk mengenang kan
sikap2 manusia yang suka fitnah dan aniaya orang.
Kan mudah kalau cakap tak suka awal2..kan??
Mujur Makcik ada bahu sasa dan dada bidang suami untuk bersandar..
ekekek...

Kakak kata ibu ambil gambar depan cahaya matahari tu yang buat gambar ni nampak gelap.Ye ke  salah ibu??ke kakak yang memang gelap..ekekekk




Ni nak cerita pasal anak-anak bertuah saya ni..
2,3 hari lepas saya ada cerita tentang anak-anak saya yang cerewet bab makan.
Lepas tu ada dapat mesej kat " contact ' tu..
dia kata pembaca setia saya dulu masa saya
selalu update tentang anak sulung saya , maisara..
Sekarang sejak dah tak de entry pasal anak saya
dia tak baca la blog saya dah.
banyak la dia tanya maisara dah besar mana,
petah bercakap lagi ke atau dah jadi pemalu?
heheh..Nak baca tentang maisara boleh la jenguk kat sini.
scroll sampai bawah klik kat nombor2 tu untuk baca entry lama2 tu..

Jarang2 ni saya nak tunjuk gambar anak2 kat blog.
jadi entry pagi ni meh la hadap 2 makhluk kecil
yang sentiasa menggamat kan rumah saya
dan selalu buat ibu depa berpeluh.

Saya pernah cakap kat suami macam ni ..

"kemas depan, kat bilik bersepah..kemas bilik , satgi stor pulak berselerak.aih..nak kena mengamuk ni."

Suami: Biar la..rumah yang bersepah tu tanda anak-anak kreatif.

Saya: ya ka??nanti jangan bagi alasan rumah bersepah punca abang nak kawen lain tau..

hahahah...
Mikhail (adik) yang selalu perasan dia adalah boboiboy..

Tapi kan saya perasan la yang rumah saya ni
kemas time anak2 sibuk mengadap tab dan komputer je..
hahahah..memang ada masa2 nya saya bagi depa
guna gadjet sebab ni zaman depa.
Guna pun untuk pembelajaran dan berhubung dengan kawan-kawan
dan  ada had masa nya..

Adik ketika dipaksa menjadi model untuk video klip kakak ketika menyanyikan lagu Let it go..


Biasa nya rumah saya cuma kemas awal pagi dan lewat malam sahaja.
sabar je la ...

Klik untuk dapatkan Free gift dan rebat sehingga rm200- Klik sini!!!!!


sekian..

Comments

  1. Rumah kakcik ni rumah bertingkat. Walaupun anak2 dah besar panjang, kakcik masih lagi kena mengemas rumah. Tapi, bila kakcik pun malas, kakcik duduk di bawah dan tak naik ke atas untuk mengemas. Lantak korang la bersepah kat situ... ;-)

    ReplyDelete
  2. Hahahhaa comel adik.... muka gegurl gittew... besar mesti ensem !

    ReplyDelete
  3. Seronok tgk gelagat ank2 kan kak..biasala tu budak2, dulu masa lya jaga ank buah pun mcm tu.biarkn jer umah brsepah, bila da tdur baru dpt nak kemas

    ReplyDelete
  4. NIKMATI SAAT INDAH BERSAMA ANAK2 KECIL KITA SBB MASA SGT CPT BERLALU N KITA AKAN KEHILANGAN MOMEN INDAH ITU...

    ReplyDelete
  5. Beaar dh maisara..

    Ibu jgn ambik gmbr kat matahari lg tau!

    Rasanya pasni dia cek dulu gmbr tu ok ke tak. Hihi

    ReplyDelete
  6. betul betul
    saya ni pantang nengok rumah berselrak, tp sejak dah ada rania, dh x kisah dah. biarlah dia teroka. bila dia tidur kemas semula, bila bgn selerak balik.. hri hri gitu la sokmo. ekeke.

    ReplyDelete
  7. Gitulah katanya nikmat mempunyai anak ni DR...Zaman kecik, memang bermainlah menjadi dunianya...
    Kalau main, tak bersepah bukan anak anak namanya hihi

    ReplyDelete
  8. Biasa la dik time anak kecik2 rumah memang jarang yg kemas...cam hakak ni ada seketul je pon celah mana sume ada je terselit menan dia..lelap mata je kutip mana yg rajin tu...kikiki...comel anak2 adik :)

    ReplyDelete
  9. Saya faham sepenuhnyalah Diana keadaan macam tu. Saya pulak jenis memang tak boleh rumah bersepah sebab itulah saya berubah jadi tarzan. Anak-anak kalau kita berlembut, mereka naik lemak. Kalau kita menjerit, barulah masing-masing lintang pukang nak menyelamatkan diri dari mak tarzan katanya ^_^

    Comellah Mikail. Saya ni rasanya tak pernah baca tentang Maisara tau. Kalaulah banyak masa terluang, seronok juga baca kisah anak-anak kengkawan alam maya ni. Asal nama budak-budak, memang seronok kita berkongsi ceritakan!

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …