Wednesday, 2 December 2015

INI LAKSA KE MEE KARI?

Assalamualaikum...




Pernah dulu saya keluar makan dengan kawan sekerja di satu restoran ni.Sampai kat meja makan tu kawan saya yang asalnya dari indonesia, tanya pada saya "Awak nak makan apa,nanti saya ambilkan.." saya kata pada dia, saya nak makan laksa.Tapi yang dibawa pada saya ialah Mee kari.Rupa-rupanya kalau kat sana mee kari tu diaorang panggil laksa.heheh..

Dia pulak tak minta laksa pada penjual tu.cuma dia tunjuk gambar pada menu yang tertera je pada penjual.jadi mee kari la yang saya dapat hari tu..

kalau kita kat sini , laksa tu yang kuah dia di buat dari ikan, mee nya tu bukan guna mee kuning tapi mee yang dibuat dari tepung beras..kan??Tapi kawan saya ni kata kalau di indon yang ini lah (mee kari) dipanggil laksa...sebelum bekerja di Jb dulu pun saya tak tahu laksa johor juga tak gunakan laksa dalam pembuatan laksa johor.Lain tempat lain panggilan nya..kan??sebab tu kena rajin2 jalan ke tempat orang..heheh

Cakap pasal laksa ni, saya tak boleh makan laksa janggus yang popular kat Pulau Pinang ni.Awat entah rasa dia pelik sangat.Macam diletak gula.Bau dia je saya dah nak muntah.hhahhah..bagi saya itu la laksa paling tak sedap yang saya pernah makan.hahah..

Sekarang tak susah dah nak dapatkan laksa yang sedap.Memang banyak tempat yang jual laksa.Ada macam2 jenis laksa.Boleh baca dan tengok kat sini senarai tempat makan laksa yang sedap dan popular kat malaysia.mana tau kot2 nanti nak singgah boleh la rasa laksa2 yang dikatakan sedap ni.. Mana tau entah2 tempat ni dekat sangt dengan rumah awak.nanti boleh pergi..


sekian..

10 comments:

  1. Laksa kat Johor ni biasanya guna speggati ,kuah kari ,yg lain samalah ulamannya ,dan juga sambal belacan.
    Tapi kakak lebih suka asam laksa biasa.

    ReplyDelete
  2. hari tu pi penang pun nak cari laksa janggus tu tapi tak jumpa. tak sedap ae? tapi femes erk

    ReplyDelete
  3. asal ko post gambar laksa ni ...aku dah la demam ...sedapnye dpt mkn laksa kuah masam2 ni .... hmmmmmm

    ReplyDelete
  4. Saya suka laksa Penang tau, Diana. Kalau suruh pilih antara laksa Johor dengan laksa Penang, saya tentu pilih penang mai punya. Mi kari pun saya suka. Makanya kalau tersalah hantar laksa jadi mi kari atau sebaliknya, saya terima aje tanpa banyak soal ^_^

    ReplyDelete
  5. Bila sebut laksa ni kan diana.,...terus teringat laksa ikan sekoq kt tepi airport langkawi tu...haishhhhhhhhh sedap

    ReplyDelete
  6. sy penah dpt, nk spageti tp dia kasi mi!! grrrrrrr

    ReplyDelete
  7. Kathy ni yg rugi. Kurang suka makan laksa. Hehee.

    ReplyDelete
  8. Feveret juga ni kedua2 menu,,,sedapnya

    ReplyDelete
  9. haha DR samalah kak ana, kalau menu manis2 ni tak lalu nak telan kan :) tak kena dengan selera .

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();