Skip to main content

HANG NI GILA KA APA??

Assalamualaikum...

Penyakit nyanyuk dan lupa dikalangan muda mudi zaman sekarang ni makin teruk
makin kronik sampaikan orang yang pernah jadi rakan dia pun dia lupa.
saya punya rakan facebook  bukan ramai pun.
saya boleh ingat siapa yang pernah jadi rakan facebook saya.
lagi2 kalau dulu saya pernah like status dia, pernah komen2..
mesti la kita ingat.. kan..??

Eh!!iklan sat...
Cakap pasal lupa ni jom kita imbas sat kenangan 
masa dok kampung dengan opah /nenak kita dulu.
Dulu selalu bergaduh dengan opah saya time mengaji..
hahahah..(klik sini kalau nak imbas kenangan lama)





ok..sambung cerita pasal lupa..
Ini cara saya bila setiap kali saya "unfriends" siapa2
yang saya rasa patut untuk saya tidak berkawan dengan mereka di facebook,.
Saya akan block sekali.Supaya tak de
lagi yang jadi pengintip dan saya pun tak sibuk nak intip
apa dia buat dan sebagai nya.

Jadi bila saya block setiap kali saya unfriend,
saya tak lupa la yang dia ni dulu pernah dalam senarai rakan saya.

Awak pun patut buat macam ni bila
awak unfriend saya sebab tak la nanti
awak tiba2 add saya balik.
Dan jangan terkejut la kalau saya tak aprove awak jadi rakan saya
sebab saya tau awak ni macam mana punya orang.

Time awak tak suka  saya awak unfriend saya.
Lepas tu bila kawan2 awak dok sebut2 pasal saya,
awak pun kalut nak tau jugak apa saya buat, apa status saya tulis,
lepas tu mula add saya balik..awak lupa dulu kita pernah jadi rakan facebook..

hang gila ka apa???


sekian..



Comments

  1. hehe,,, mmg biasa penyakit ni sis.... akak pun teruk gak penyakit pelupa ni....

    ReplyDelete
  2. Owhh gini plak ya caranya, nnt lya try tgk

    ReplyDelete
  3. saya tak pernah lagi unfriends follower fb saya, tapi follower IG banyak dah sebab tak berkenan kelaku depa post gambaq. Tu ja.. biar kita ramai kawan di mana-mana selagi kita tak terancam, kita cool je..

    ReplyDelete
  4. mungkin dia bukak akaun baru/... :P

    ReplyDelete
  5. Itulah Dee alam maya ini kalau tak alert boleh terkena balik batang hidung sendiri kan
    Tak tahulah dia lupa atau buat-buat lupa sebenarnya.

    ReplyDelete
  6. Amboi, berderet2 list yg dah kena unfren tu....hahahaha

    ReplyDelete
  7. Aikk...mmg karut haih org cmni...huhu

    ReplyDelete
  8. hehee..macam-macam la! Nad setakat ni tak pernah lagi unfriend sesiapa..tapi rasanya ada org yg unfriend nad..its ok! tak nak friend takper..saya takder hal..:) tapi tu laa..next time jgn nak gatal add friend balik yer!

    ReplyDelete
  9. PERNAH GAK BEBERAPA NAMA KENA BLOCK
    PUNCANYA SEBAB SUKA/TEROVER NGETAG ORG..RIMAS BILA DILANDA NOTIFICATION BYK2..padan muka kena block

    ReplyDelete
  10. Akak sekarang ni dah jarang terjah fesbuk...mesti ramai kawan dah unfren sebab tak aktif :'(

    ReplyDelete
  11. Ramainya yang dah kena blocked dengan Diana. Takut pulak nak add. Hahaha!

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …