Skip to main content

CERITA APA PUN BOLEH TAPI BUKAN YANG SATU INI...

Assalamualaikum...



Kat blog saya ni saya suka kongsi apa cerita pun..
cerita hiburan, resepi, topik semasa, tips2 kesihatan,
dan macam2 lagi..
Tapi ada satu berita yang
saya paling tak suka nak kongsi kat blog saya ni.
iaitu berita kematian.

Walaupun ianya berita sahih saya tak suka nak kongsi kan.
Selalunya berita kematian ni kalau nak kongsikan
juga , boleh la kongsi di facebook atau twitter.
tapi di blog saya tak berapa suka..
sebab ianya berita yang  semua orang dah tahu.
Yang kedua saya lebih suka menulis berita yang kita sendiri ulas.

kalau berita kematian apa sangat la kita nak tulis.
dah tentu apa yang kita tulis sama je
macam yang tersebar di facebook dan twitter.
nak pandai2 buat kesimpulan tentang kematian orang ,
rasanya ianya macam tak hormat keluarga dan simati..
betul tak?

Jadi berita2 kematian ni saya akan elak untuk tulis.
memang saya akui berita kematian orang2 terkenal ni
memang boleh buat pageview awak tinggi mencanak.
Saya pernah tulis tentang pemergian abang kepada salah seorang
selebriti sukan beberapa tahun lepas.
Memang terkejut sebab pageview untuk 2 hari mencecah 100k.
Tapi ianya nya sesuatu yang tak patut dibanggakan..

Lagipun sekarang ni berita kematian bukan semuanya sahih.
Entah apa tujuan dok sebar berita palsu tentang kematian orang?
dapat apa pun tak tahu la..

sekian..

Comments

  1. saya tulis kalau ada sumber rujukan yang sah & sahih.. saya tak ulas pasal punca kematian ke hapa..sekadar ucapan takziah jer... tulis tak salah.. yang salah kalau berita @ cerita tu tak betul

    ReplyDelete
  2. betul ... aku pun rasa mende yg sama ..... nk cerita pasal artis pun mcm kurang sikit

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …