Skip to main content

CARA PINDAHKAN WANG DARI AKAUN PAYPAL KE AKAUN MAYBANK

Assalamualaikum...


Saya dah buat akaun paypal sejak 2 tahun lepas.
Tapi lepas daftar  semua, akaun tu tak aktif sebab ada
masalah dengan kad maybank saya.
Bila nak terima bayaran dari review , ada yang tanya " ada akaun paypal tak?"
saya cakap tak de,sebenarnya ada tapi sebab tak boleh guna
jadi terbiar macam tu je..

Sampai la satu hari tu lepas saya tulis satu review,
tiba2 dia nak bayar guna paypal.
dia kata dia akan tunggu sampai saya aktifkan paypal
sebab syarikat dia dari luar negara.
Jadi kena guna paypal jugak.
Saya pernah nak pinjam akaun rakan blogger lain tapi
tak jadi sebab suami kata call je la maybank tu selesaikan semua.
lepas buat beberapa panggilan telefon akaun tu pun aktif.

Sejak tu memang dah banyak  kali saya terima bayaran
melalui paypal.Paling best bila terima bayaran dalam usd.
masa memula dulu jakun jugak sebab tak pernah terima duit usd..heheh.

Bila dapat bayaran melaui paypal ni saya
akan terus masuk kan duit tu ke dalam maybank.
sebab mudah saya nak uruskan nanti.
Bila awak dah selalu menulis review kat blog ni
penting untuk awak ada akaun paypal.
siapa yang tak de akaun paypal boleh la ikut tutorial ni untuk daftar ye.(klik)

Bagi yang nak tahu macam mana cara nak pindahkan
wang dalam akaun paypal ke dalam maybank
meh saya nak kongsikan caranya.

1-log in ke akaun paypal anda (klik)
2- klik pada bahagian withdraw


3-Kemudian klik kat withdraw to your bank account - tengok syarat dia kat tepi tu.kalau lebih 400 free je.tapi kalau kurang bayaran rm3 caj dikena.

4-kemudian masuk kan lah jumlah yang kita nak pindah kan tu..Pilih akaun bank kita dan tekan continue.Kalau belum "add bank account"  masuk kan dulu no akaun maybank awak ye.nanti ada bahagian Routing code tu masuk kan MBBEMYKL - bagi akaun maybank sahaja.



5-dan kemudian dah siap.tunggu lah dalam beberapa hari macam yang diberitahu untuk duit tu diproses masuk ke akaun awak.

 ok..dah siap...itu je..


sekian.. 

Comments

  1. Owhh baru taw pnting juga ya, lya pernh plak ambik tahu.ingtkn susah nak buat

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Ohhh...macam tu yee, Kakmah pun ada buat akaun paypall lama dah, tapi tak tau nak buat apa dengan akaun tu, diam gitu ajalah, dulu ada masuk duit dalam akaun tu, tapi tak tau macam mana nak transfer ke akaun maybank, terima kasih diatas info.

    ReplyDelete
  3. Salam, wahhh agak menarik juga akaun paypal ni ek...selama ni malas nak study psl paypal sbb rase xpenting...nti kalau bisnes dah berkembang boleh lah kot refer tutorial ni...TQ kak! :D

    ReplyDelete
  4. Saya dah lama ada akaun Paypal dan juga Moneybookers. Dulu rajinlah juga guna akaun ni bila nak beli barang. Lepas diperkenalkan sistem boleh link ke akaun bank tempatan, lagilah saya suka. Senang nak terima duit. Caj pun murah berbanding Western Union mahupun Moneygram. Tapi sekarang ni dah jarang digunakan sebab HD pun ada akaun Paypal juga. Sampai password pun saya dah tak ingat. Saya ingatkan nak buat akaun baru tapi link ke akaun bank yang sama. Tak tahulah boleh ke tidak buat begitu!

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …