Skip to main content

CARA MENAKUTKAN UNTUK PANGGIL HANTU DALAM ALMARI

Assalamualaikum...

Hari ni mood baca cerita seram je..maklum la..ayah depa kena kerja hari ni.
bila dok baca2 jumpa artikel yang menarik nak juga kongsikan dngan pembaca blog ni.
Saya terbaca satu cara untuk kurung hantu dalam almari kita.
Ada ke orang yang nak almari dia berhantu?
kalau ada yang nak boleh la ikut cara ni..
kalau makcik memang tak la..macam berdamping dengan syaitan je.
artikel asal nya didalam bahasa Indonesia.
tapi saya terjemahkan supaya pembaca lebih faham '
Bila faham baru la boleh berdiri bulu roma ..kan??heheh..


Permainan ini bertujuan untuk  memanggil hantu yang bakal terkurung di dalam
almari anda selamanya. Anda tidak digalak kan untuk bermain permainan ini.

Bahan-bahan  : Bilik tidur yang ada almari besar dan mancis api

Cara bermain: Sediakan satu kotak mancis api.. Matikan lampu di dalam bilik tidur anda..
Bilik mestilah gelap dan mesti dilakukan di malam hari..
kemudian masuk ke dalam almari anda dan  tutup pintunya.
Duduk di dalam almari kira-kira 2 minit menghadap ke pintu lemari.
Ambil sebatang mancis api dan  posisikan di depan muka anda, dan ucapkan:
"Show me the light or leave me in darkness."



Dengarkan dengan fokus.
Jika anda mendengar bisikan (yang perlahan) segeralah nyalakan mancissecepat mungkin.
Kalau mancis api tidak menyala atau mati, segera nyalakan yang lain.
Kalau anda tidak cukup cepat, atau
mancisnya mati terlalu lama, anda akan ditarik ke neraka.

Dengan mancis  yang masih menyala, perlahan-lahan keluar dari almari.
Jangan  sesekali melihat ke belakang,
dan tutup pintu lemari (tanpa melihat ke belakang).
Tutup saja pakai kaki kalau tidak sempat.



Permainan telah selesai, namun hantu almari akan kekal di dalam almari anda.
Anda tidak boleh membuka almari ketika lampu mati mulai sekarang,
dan jangan meninggalkan almari  dengan pintu
terbuka ketika lampu mati.

Penjelasan: Menurut testimoni, ketika anda lupa menutup pintu dan mematikan lampu (lalu tidur),
anda tidak akan mati, cuma anda bakal bermimpi diganggu hantu  dengan mata merah menyala yang
menyeramkan.

credit: cerita-hantu.com

Jangan sesekali cuba .Bukan kita percaya tapi untuk berhati-hati saja.


sekian..

Comments

  1. singgah dari http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. ahahaahah kak T_T
    qila skip skip je takut terbaca nanti terbuat hahahaahahah

    ReplyDelete
  3. Sebagai seorang yg dah banyak kali terjumpa makhluk yg tak dpt dijelaskan kewujudannya, hati seperti tertarik utk mencuba permainan ini. Tapi bila dipikirkan semula kewajarannya hati menolaknya.Biarkan mereka dengan dunia mereka dan kita dengan dunia kita. Jika sesekali terjumpa tanpa sengaja dengan makhluk itu, apa salahnya, namun sengaja mencarinya jauh sekali...

    ReplyDelete
  4. hantu syaitan memang ada di sekeliling....mohon dijauhkan....tak nak jumpa...

    ReplyDelete
  5. Menyesal baca. Dahla tengah online sorang-sorang nihh.. T-T

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …