Skip to main content

BILA DAPAT APA YANG DI MINTA....

Assalamualaikum...



Sejak 2 minggu lepas saya terimgin samgat nak makan
pisang muda masak lemak
tapi tak mau yang pedas sangat.
saya bagitau pada suami tolong carikan pisang muda.
tapi susah la nak jumpa kat kedai2 ni.
kalau nak sayur2 macam ni kena pi ke pasar nun.
mana la sempat dia nak ke pasar.

Tengah dok berkira2 bila ank ke pasar tu,
tiba2 je ada jiran yang hantar kan pisang muda.
bukan banyak pun.dalam 7,8 biji je.
mungkin rezeki saya kot..
akhirnya dapat la makan gulai pisang tu.

Rasa seronok nya la sebab Allah mendengar dan memakbulkan doa
manusia banyak dosa macam saya ni.
Alhamdulillah..

Dalam seminggu ni saya tak sihat.
Saya batuk sampai sakit bahagian bawah paru2 kanan.
memang sakit sangat sampai nak tidur pun tak boleh.

Tapi Alhamdulillah...Sakit itu kan pengahapus dosa-dosa kecil.
Selama ni saya berdoa semoga Allah ampun kan dosa2 saya,
Kali ni Allah makbul kan doa saya.

Saya ni bukan nya orang yang sentiasa bertuah..
Bila apa yang kita minta tu kita dapat,
walaupun untuk berkara2 kecil dan walaupun Allah tak bagi semuanya,
saya rasa saya juga  antara insan yang sangat bertuah..

Alhamdulillah..


sekian..

Comments

  1. Saya juga suka gulai pisang campur ikan bilis, ia masakan faveret aruah mak saya. Mak saya masak sekali dengan kulitnya yang disiang berasingan. Kalau isteri yg masak gulai pisang, kulit dibuangnya...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah .. rezeki diana kan.,
    Ada jer Allah buka kan hati utk memberi pada Diana..
    Akak pun suka yg tak pedas..
    Sebab perut ni kuat meragam..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya masak lemak pisang muda. Kakcik suka...

    Semoga segera sihat sepenuhnya, Diana.

    ReplyDelete
  4. nampak sedap sgt menu tu. hihi
    semoga cepat sembuh ya :)

    ReplyDelete
  5. nampak sedap sgt menu tu. hihi
    semoga cepat sembuh ya :)

    ReplyDelete
  6. kadang2 reseki nak datang ni kita tak sangka.. Alhamdulillah. sedap nampak gulai pisang tu

    ReplyDelete
  7. syukur alhamdulillah diana rezki yg xdiduga diberi Allah...moga cpt sembuh ya.

    ReplyDelete
  8. sekrg dah ok ke kak? semoga cpt sembuh

    ReplyDelete
  9. Biasa cmtu kan.. Kadang Allah beri rezeki yg kita tak jangka..

    ReplyDelete
  10. Saya suka juga pisang masak lemak macam ni tapi memang jaranglah nak mendapatkannya apatah lagi nak memasaknya. Masakan macam ni selalunya saya serahkan pada kakak, saya tukang bawa bekas ke rumah kakak aje!

    Bersyukur tu pentingkan, Diana. Walaupun kita tak dapat kesemua yang kita kehendaki, sekurang-kurangnya Allah masih mendengar doa kita. Yang kecil-kecil rezeki diberi-Nya pun kita syukur sangat. Nampak sangat Allah sayangkan kitakan ...

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …