Skip to main content

BILA DAH VIRAL YANG BIASA JADI LUAR BIASA

Assalamualaikum..



Kalau awak semua perasan la sekarang ni semua benda orang nak viralkan.
Benda dan perkara yang biasa2 pun orang viralkan
sampai ianya nampak luar biasa.
Ada yang anggap benda yang viral ni sekurang2 nya boleh menyedarkan,
boleh menginsafkan , boleh dijadikan panduan..
Itu saya setuju tapi tak semua perkara tu kita patut viralkan.
Lagi2 kalau benda tu melibatkan maruah seseorang.
Dan seseorang itu ialah orang yang kita sayang.
Contoh macam video atau gambar tersebut
terang2 dan jelas terpampang muka ayah kita
atau pun gambar tu jelas gambar mak kita.



Salah satu yang paling diperkatakan minggu ni ialah
gambar2 dan video adik beradik yang merayu nak jumpa ayah nya
sampai di simbah air oleh kelurga tiri.

Saya tak nampak apa tujuan video tu diviralkan oleh anak-anak ni.
Kata nya sayang tapi tak sedar video dan cerita macam ni akan buat
orang ramai mencaci hina ayah mereka.
Banyak komen2 yang saya baca kata ayah nya tak bertanggungjawab..
ayah nya dayus, ayahnya lemah , macam2 lagi la gelaran yang tak sedap.

Tak pasal2 ianya dah jadi fitnah dikalangan
pembaca dan yang memberi komen tu.
mereka tu bukan tahu pun cerita sebenar..

Kalau lah tujuan kita supaya orang ramai
berhati2 dan ambil iktibar rasanya cukup la kalau
kita cerita kan dalam bentuk bertulis dan tak dinyatakan siapa lelaki itu, siapa wanita tu..
ni sampai keluar video nampak sangat tujuan nya untuk memalukan keluarga sendiri.

Dah sah2 orang akan kata
keluarga mereka ni keluarga yang bermasalah.
kalau saya malu la orang kata keluarga kita macam tu.
Berhati2 kalau nak viralkan sesuatu.
fikir habis2..ada banyak cara boleh selesaikan masalah.
menviralkannya  hanya buat masalah jadi besar.

Kalau nak viralkan video, ini dia video yang bagus yang patut awak viralkan..

sekian..

Comments

  1. Betul saya setuju dengan apa diana utarakan, mudah manusia sekarang ini guna media sosial dengan guna butang share...viral....suka viral isu yang negatif...yang positive lepas baca nak dia sorang je tau...tak share pula yang itu...hmmmm julia doakan semoga julia sendiri suka share dan viralkan benda yg positif2 sahaja...

    ReplyDelete
  2. Viral ni memang ada yang perlu ada yang tidak.. Tapi sebab zaman viral ni jadi trend maka orang tak boleh silap sikit semua nak viral. Kadang2 rasa benda tu tak perlu di viralkan & boleh selesai secara tertutup pun tetap nak di viralkan

    ReplyDelete
  3. eh ha'a... betul la kak diana. thnk u so much <33333 hm sedih la sekarang ni. adoi.

    ReplyDelete
  4. saya setuju kak. viralkan perkara2 yang boleh beri manfaat, beri kesedaran kepada masyarakat. takpun kegiatan jenayah supaya masyarakat boleh berhati2 atau bantu pihak penguatkuasa mengesan lokasi penjenayah. sekarang ni semua perkara nak diviralkan sampai lupa kadang2 kita sendiri yang buka aib diri kita sendiri

    ReplyDelete
  5. betul tu sis DR. bila kita tak tahu cerita sebenar, pandangan kita jadi salah pula. kesian kepada mereka yang tak bersalah akibat dari cerita yang tidak di ketahui hujung pangkal tu

    ReplyDelete
  6. orang sekarang bertindak ikut perasaan. yang penting kepuasan hati di penuhi tanpa memikirkan akibatnya..

    ReplyDelete
  7. sikit2 nak viral. kdg2 sy jd lemas. kenapa benda yg baik tidak diviralkan?

    ReplyDelete
  8. Hal keluarga ni bagai meludah ke langit bila kita dedahkan pd umum. Settle kan sndri je la.

    ReplyDelete
  9. Memg tak elok..menjatuhkn maruah kluarga

    ReplyDelete
  10. viralkn resepi masakan korea, lg bagus! he3..

    ReplyDelete
  11. Bila dah viral macam3 spesikulasi yang orang buat kan. Orang ni cakap macam ni, orang tu cakap macam tu

    ReplyDelete
  12. Salam, yup bila dah viral...orang tetiba akan jd The Judgers~~~ even kata nak mintak tolong sbb ayg nya dah kena sihir, takyah lah upload...pergi jumpa ustazz sudehhh~

    ReplyDelete
  13. Bab-bab personal macam ni memang tak patut diviralkan. Buat apa nak memalukan keluarga sendiri. Lebih baik macam dulu main tulis aje guna bukan nama sebenar, tak payahlah nak letak gambar ke apa.

    Kalau kita viralkan di media sosial, memang semua orang nak tunjuk baik, nak jadi hakim walaupun tak tahu hujung pangkal cerita.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …