Skip to main content

ANTARA YANG SEDAP DAN YANG SIHAT

 Assalamualaikum...


Jom la kita update blog kejap sebelum
Siapa kan semua kerja rumah ni...

Dah lama saya tak main masak2.
setakat masak nasik , goreng ayam, buat asam pedas,
tumis kangkung sikit tu ada lah..
untuk menu makan hari2..tapi masak2 yang special yang
Boleh di kongsi kat blog dan IG ni belum ada lagi.
Tak de mood nak masak pun ye.
Sebab panas pun boleh jadi jugak.
duduk je kat dapur tu rasa macam bersauna pulak.tu yang malas tu..
Jarang2 dah hujan kat sini..

Saya dah fikir2 juga datang mood nak masak2 nanti
apa resepi yang saya jarang2 buat untuk saya masak.
Kalau ikutkan permintaan anak-anak, diaorang nak
saya buatkan brownies atau roti yang ada inti coklat..
tapi saya pulak teringin nak makan laksam.
dah tengok dah resepi nya kat blog Afzal suka suki.
Dia ada kongsikan resepi laksam yang nampak gambar
memang menepati citarasa saya.

Kadang2 memang susah nak memilih makanan
yang sihat atau makanan yang sedap.
kalau ikutkan anak-anak memang yang sedap aje lah..kan??
Tapi bagi saya , saya lebih suka kan makanan sihat yang sedap.
Cuma yang sebenarnya bila makanan tu sedap mula la makan
sampai melebih-lebih terus jadi tak sihat dah.
betul tak??

Saya punya batuk ni masih belum sembuh .
Tapi tak la teruk macam awal2 dulu..
sekarang ni tak de gangggu time nak SMULE ni kira ok la..hahahh
sebab tu kena tengok2 juga benda apa yang tak elok untuk dimakan.
sebab ada makanan2 tertentu yang boleh kita elak kan supaya
dapat hilangkan kahak.
antaranya minyak , makanan pedas dan bersusu..

Ok la...tunggu entry saya seterus nya lepas ni.
InsyaAllah..


sekian..

Comments

  1. Untuk pakcik separuh umur seperti saya, kalau diberi pilihan antara makanan sedap atau sihat jawapannya tak berubah: saya pilih yg sihat. Perut pun sekarang dah tak kisah sangat tentang selera, makan sikit pun dah rasa kenyang lama...

    ReplyDelete
  2. makan utk kesihatan diana jgn ikut selera semoga batuk cpt sembuh ya..

    ReplyDelete
  3. Kita blm da busak2 gi kat umah, msk mknan yg simple n sihat jer la mcm rebus2 hihi.cpt puh cpt smua nak cptkn

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …