9 CARA MUDAH MENGHALAU LALAT DIDALAM RUMAH

Assalamualaikum...


Teringat saya masa kecil-kecil dulu lalat datang ada musim nya.
Tapi sekarang ni boleh kata sepanjang tahun
lalat sentiasa ada.Pantang goreng ikan masin ke, atau
masak masakan yang kuat baunya, mesti lalat
akan datang memenuhi ruang dalam rumah.
Bila dia dah masuk memang susah la nak halau keluar

Saya nak kongsikan beberapa cara yang boleh
kita semua ikut untuk menghapuskan lalat atau mengusir lalat di dalam rumah.
Ini antara cara-caranya untuk menghapuskan dan menghalau lalat.

1-Kertas perangkap lalat

gambar dari google

Ada banyak kertas perangkap lalat yang dijual di kekal.
Ianya disertakan dengan bau-bau tertentu yang boleh memerangkap lalat.
namun anda harus berhati--hati menggunakan kertas pelekat ini kerana
ianya mudah terkena dan melekat pada anak kecil atau pun haiwan kesayangan anda
disebabkan bahagian atas kertas tersebut diselaputi pelekat yang agak kuat.
Saya kurang gemar menggunakan kertas ni sebab bau yang ada pada kertas tersebut
boleh menarik lebih banyak lalat di ruangan dalam kediaman kita.

2-Hirisan daun pandan


Bau daun pandan kurang disenangi oleh lalat.
Jadi ambil beberapa helai daun pandan yang tua.
Hiris nipis2 dan letak kan di dalam
semangkuk air berisi air suam atau boleh diletak kan kering
didalam bekas begitu saja.

3-Lilin


Meletak kan lilin berhampiran makanan yang dihidangkan
juga mampu mengusir lalat.Cara ini banyak dilakukan di kedai2 makan.
Nyalaan api dan haba panas lilin dapat membuatkan lalat
takut untuk mendekati ruang makan anda.

4-Pokok selasih


Dulu di rumah saya ada sejenis pokok.Mak saya kata namanya pokok selasih.
Dia tanam pokok tu sebab katanya bau pokok tu
boleh menghalau lalat.Daun nya rasa macam pedas2 dan beherba.
Mungkin betul ianya mampu menghalau lalat
sebab memang kurang lalat dalam rumah.

5-Kipas angin


Ni cara yang paling mudah namun ianya kurang berguna di sesetengah tempat.
Ianya memerlukan kipas yang kuat dan laju.

6- Plastik transparent berisi air


Saya pernah lihat ada yang menggantungkan plastik yang berisi air
di letak kan di tingkap dapur dan di meja makan.
Ianya sebenarnya untuk mengusir lalat kerana dikatakan pantulan
cahaya yang terkena air itu akan mengelirukan lalat.
Ianya sesuai untuk kawasan yang mempunyai cahaya yang terang.

7-Lemon dan cengkih


Hiris sepotong lemon dan taburkan bunga cengkih yang sudah di kisar atau di tumbuk halus.
ianya mampu mengusir lalat di kediaman atau bilik anda.
Atau anda boleh sekadar mencucuk bunga cengkih tersebut diatas lemon.
Cara ini juga boleh menghalau serangga lain.

8- Lavender

Bau lavender juga dikatakan mampu mengusir lalat.
Lebih bagus jika ruangan anda diletak kan beberapa tangkai lavender.
namun jika tidak ada cukup la dengan semburan lavender ke ruangan anda.
Lalat tidak suka kan bau lavender .

9- Tutup pintu dan tingkap

Ini cara yang sangat berkesan dan saya amalkan sejak dulu lagi.
Bukan saja tak memerlukan modal malah ianya mudah dan berkesan.
heheh..

Selamat mencuba dan semoga hidup anda tenang tanpa gangguan lalat lagi..:)


sekian...


Post a comment

12 Comments

  1. PERKONGSIAN TIPS YG BOLEH DICUBA NI DIANA...TQ.

    ReplyDelete
  2. ade ikan masin.. ade sambal belacan.. mmg spt dijemput lalat2 tu dtg m'jengah. hu3..

    ReplyDelete
  3. Bahaya lalat ni..pgotor kn.tips yg byk manfaatnya

    ReplyDelete
  4. Kertas perangkap lalat paling ramai guna . Lagi pon mudah . Bila tengok lalat lekat dekat atas kertas tu mmg puas hati ! . haha

    - Syamsid Blog -
    .

    ReplyDelete
  5. Cara last tu terbaikkkk hihihi tutup tingkap trus haha

    ReplyDelete
  6. Ada tips menghalau cicak tak?

    ReplyDelete
  7. Saya pakai spray saja, sekali sembur 3-4 ekor mati...

    ReplyDelete
  8. Ha a.....kadang geram nengoknya. Sakit hati betul kalau bertelur....hish!

    ReplyDelete
  9. Bagus tips ni diana...tapi disebabkan julia duduk di kawasan yg tinggi memang lalat tak nampak menyinggah tapi semut...hmmm semut ni julia nak letak racun pun takut takut angin dalam rumah hembus kena pinggan2 mangkuk dalam rumah...rasa bahaya plak...nak guna cara natural pun tak tahu kaedahnya

    ReplyDelete
  10. alamak....terlewat baca entri nie. masalah ini berlaku kat kami sekeluarga pada hari jumaat & sabtu lepas. kalau la tahu awal-awal, boleh la standby

    ReplyDelete
  11. ada 1 lagi daun tu sy terlupa apa namanya jg berkesan halau lalat dan semut as well

    ReplyDelete
  12. Gantung plastik bungkus air tu saya tak pernah tau tapi kalau daun pandan tu taulah. Nak halau tikus pun boleh guna daun pandankan. Mungkinlah sebab baunya tu kuat, terus tak jadi nak hinggap. Mujurlah takda masalah lalat di rumah tapi boleh ingat petua ni semua manalah tahu tetiba lalat suka nak hinggapkan!

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)