Advertisement

5 HADIAH YANG BAGUS UNTUK DIBERIKAN PADA PENGANTIN BARU





5 HADIAH YANG BAGUS UNTUK DIBERIKAN PADA PENGANTIN BARU|  Musim kawan-kawan naik pelamin ni . Mesti ramai yang tercari-cari hadiah apa yang nak diberikan pada pasangan pengantin baru nanti.Kalau boleh hadiah kita tu biarlah yang pasangan tu akan kenang dan boleh guna.Tapi tak ramai yang fikir macam tu.Asalkan bagi dah la.Guna ataupun tidak itu belakang cerita.hahahh..

5 hadiah yang boleh kita berikan pada pengantin baru


1-wang

Mungkin jumlah nya tidak lah besar pada anda tapi bagi pasangan pengantin ianya adalah satu hadiah yang paling mereka suka dan sedikit sebanyak ianya mungkin membantu mereka di masa depan.

2- Perabot

Almari, katil atau pun meja makan - ianya contoh hadiah yang digemari oleh pengantin baru.hadiah seperti ini bukan sahaja kekal lama malah ianya berguna untuk mereka .

3- Barang keperluan harian

Barang keperluan harian seperti tong gas, minyak masak, beras dan berbagai keperluan harian sangat-sangat membantu pengantin baru yang memulakan kehidupan suami isteri. Lebih-lebih lagi di musim PKP ni. 

4-barangan elektrik

Memudah kan urusan pasangan pengantin baru selepas bergelar suami isteri, hadiah anda seperti cerek elektrik, televisyen atau mikrowave adalah pilihan yang sangat sesuai untuk mereka.

5-Perhiasan

Hiasan dinding yang besar dan cantik adalah hadiah yang bagus .Mungkin hiasan dinding ini lah yang akan di pandang setiap hari oleh mereka untuk menenangkan fikiran selepas pulang dari kerja.Ingatan mereka pada anda juga sudah tentu setiap hari..




Catat Komen

20 Ulasan

  1. Tips yg bagus ni Diana..
    Kebetulan minggu ni ada nak gi kenduri kawin..berguna tips diana..

    BalasPadam
  2. Nad suka hadiahkan duit jer..biar diaorang beli sendiri apa yang diaorang suka..:)

    BalasPadam
  3. Pernah satu kali saya dan isteri pening kepala nak bagi hadiah kpd anak saudara yg nak kawin kerana asyik2 bagi hadiah jam dinding, pinggan mangkuk dan barang letrik, timbul idea nak beri barang2 keperluan harian yang jarang2 orang beri. Lalu kami beri hadiah satu kotak sederhana mengandungi beberapa set barang keperluan harian termasuk ubat gigi, berus gigi, sabun, shampoo, sikat, tuala wanita dan lesung serta penumbuk sambal kerana anak saudara memang suka makan sambal.

    BalasPadam
  4. sy selalu kasi pinggan mangkuk je ;-)

    BalasPadam
  5. No 4 dan 5 tu yg biasa orang bagi..

    BalasPadam
  6. Lya selalu bagi brg elektrik...yela byk manfaatnya kan hihi

    BalasPadam
  7. Selalu bagi brg electric atau perhiasan je. Hehe

    BalasPadam
  8. Tips yang bagus untuk musim banyak weddings.
    Biasa kami berikan cadar tilam ataupun rak penyangkut baju.

    BalasPadam
  9. Bunda rasa hadiah wang dan barang elektrik lebih bagus ..

    BalasPadam
  10. bos nk kawin 2 mggu lg..pening dh pkir nk bg ape..ingt nk bg lain sket..rs hiasan dinding tu pun ok jgk..tq kak diana bg idea.. ;)

    BalasPadam
  11. BERILAH HADIAH APA YG PATUT KAN...

    BalasPadam
  12. Bagi duit..brgn letrik, mmg sgt2 membantu. Maklumlah baru nak start idup. Periuk nasi letrik, blender..hadiah kawin saya yg sampai skrg berguna.

    BalasPadam
  13. Selalunya kalau saudara-mara, saya beri duit. Kalau kawan-kawan tengoklah keadaan nak beri duit atau pun hadiah. Sekarang ni kalau beri barangan elektrik pun dah awesome apa. Cubalah beri steam iron ke, vakum ala-ala robot tu ke, mesti pengantin suka bangat ^_^

    BalasPadam
  14. Saya suka beri duit. Kadang-kadang kalau rajin beli hadiah juga berupa peralatan dapur.

    BalasPadam
  15. kita suka bagi set cadar..kadang2 bagi alatan dapur..

    BalasPadam
  16. Tips yang bagus ni kadangkala husniey suka memberi hadiah barang elektronik. Thanks perkongsian ini. Sangat bermanfaat. Boleh refer lagi nanti.

    Salam kenal ya. Husniey follow sini #5021 jemput follow my blog too😊

    BalasPadam
  17. Teringat masa kawen dpt hadiah berat sgt. Sekali bukak batu lesung besar dengan senduk2 hahaha. Alhamdulillah berguna smpai skrg.

    BalasPadam
  18. Menarik semua hadiah2 tu..tp perabot fuh!! hahaaa

    BalasPadam
  19. Paling suka bagi hadiah barangan elektrik atau barangan kegunaan harian. Bolehlah mereka guna lepas kahwin dan lebih bermanfaat :)

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)