4 TIPS MUDAH MENCAIRKAN COKLAT DENGAN BETUL

Assalamualaikum...




Coklat memang makanan kegemaran ramai terutama nya bagi kanak-kanak dan wanita.Coklat adalah lambang cinta dan ketenangan...Rasa manis dan pahit yang lembut bersatu di dalam mulut .mencair dan memberi rasa sensasi pada pemakan nya.Wah!!nampaknya penggemar2 coklat dah telan air liur..hahaha...


Baru2 ni ada yang tanya saya macam mana cara saya cairkan coklat.Kalau nak tahu cara saya cairkan coklat adalah cara yang salah dan boleh mengubah rasa coklat.hahah.tapi ini saya buat time untuk makan sendiri je..saya suka cair kan coklat guna microwave.jangan tiru cara saya ni sebab silap2  hangus coklat awak.kalau nak bagi kat orang ke, buat la betul2 ye.

Tapi yang sebenarnya ada cara dan tips yang betul untuk mencairkan coklat.Nak tahu cara nya..?jom ikut 4 langkah mudah untuk mencairkan coklat dengan betul.

1- Alatan kering
Sebelum awak memulakan proses mencairkan coklat pastikan semua alatan yang awak gunakan kering dan bersih.sedikit air saja boleh merosak kan coklat kita.Bukan saja bekas dan alatan yang kering malah tangan kita sendiri juga harus lah kering dan bersih.

2-potong coklat 
Untuk memastikan coklat mencair dengan cepat dan sekata Potong coklat kecil-kecil dalam bentuk kiub atau dipecah-pecahkan menjadi lebih kecil.

3-jangan panaskan secara terus
Untuk mencairkan coklat ,cara  yang paling baik ialah dengan kaedah double boiler.ianya dengan meletak kan bekas berisi air panas di bahagian bawah dan bekas berisi coklat dibahagian atas.(rujuk gambar di bawah)


Kaedah ini memerlukan anda menggunakan bekas yang tahan panas.Aduk coklat perlahan2 sehingga coklat mencair.pastikan ianya tidak berketul dan mencair dengan sempurna sebelum diangkat .

4- Terus padam api
Pastikan selepas coklat mencair api dapur terus ditutup dan magkuk coklat di angkat untuk mengelak kan suhu meningkat dan ianya boleh merosak kan coklat.

Contoh coklat yang rosak ialah ianya berbiji-biji dan menjadi seperti doh (tidak mencair dengan sempurna).Ianya kerana coklat sangat sensitif dengan haba.Jadi lepas ni kena jaga2 bila mencairkan coklat ye.Gunakan teknik yang betul.Semoga berjaya..


sekian..

Post a comment

9 Comments

  1. Cara inilah yg biasa kakak buat juga Dee
    Memang oklah dan mudah sambil buat kerja lain tahu-tahu dah cair.

    ReplyDelete
  2. makanan bercoklat mmg sedap..tq infonya.

    ReplyDelete
  3. Saya selalu fail bab ni.huhu..selalu coklat rosak sebab terlebih panas

    ReplyDelete
  4. kita pun cairkan coklat dgn cara nie...

    ReplyDelete
  5. Lya guna kaedah double boiler jer slalunya

    ReplyDelete
  6. Kekadang ada juga guna microwave ^_^ Selalunya kalau rajin kat dapur, guna kaedah double boilerlah!

    ReplyDelete
  7. Tak pernah cairkan coklat, adalah dulu sekali kot! Haha..Tak pernah buat kuih gamaknya mak ni...hoho

    ReplyDelete
  8. Tak pernah cairkan coklat, adalah dulu sekali kot! Haha..Tak pernah buat kuih gamaknya mak ni...hoho

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)