Skip to main content

TUNGGU KAU ADA ANAK NANTI KITA TENGOK MACAM MANA..

Assalamualaikum...



Seronoknya saya tengok sejak semalam
ramai ibu bapa yang kongsi keputusan UPSR anak-anak mereka
di facebook dan blog.
Tak kira apa keputusan anak-anak mereka
semuanya berbangga dan bersyukur.
Alhamdulillah..

Macam tu la..tak perlu nak kecewa dan sedih dengan keputusan
anak kalau ianya tak macam yang kita harapkan.
Baru UPSR..kan??masih panjang lagi perjalanan mereka.
Sekurang-kurang nya UPSR ni menyedarkan sesetengah ibu bapa
dimana dan apa kelemahan anak mereka.
Lepas ni dah tahu mana kurang dan lemahnya mereka
jadi buat yang lebih baik.

Dalam pada itu ada juga mereka2 yang
sakit mata tengok ibu ayah ni berkongsi keputusan anak2.
Dan yang paling tak best yang dok pertikaikan tu
adalah mereka2 yang belum berkahwin pun.

Agaknya rimas kot rakan2 yang dah berkahwin ni
dk kongsi keputusan anak, sampai tak nampak status2 tentang cinta
dan status gila2 dari rakan yang lain.

Bagi mereka2 yang belum berkahwin atau ada anak
mungkin mereka belum berada di tempat ibu bapa ni.
Tunggu la bila kau dah ada anak nanti,
silap2 anak kau menguap pun kau bagitau kat facebook.

Dunia ibu ayah ni apa sangat la yang penting pun
selain dari anak-anak mereka.
Jadi kalau mereka dok kongsi tentang anak-anak mereka,
itu pekara biasa je.Tak de timbul pun soal menunjuk-nunjuk, riak, berlagak atau apa je.
Dah itu je perkara penting dalam hati ibu bapa.

Apa kata sebelum kau ada anak ni kau
ambil la sikit apa yang ibu bapa ni kongsi tentang hal anak2
untuk kau jadikan pengalaman orang lain sebagai bekal
bila kau dah ada anak nanti.

Jangan la asyik fikir -ve je.
Orang2 muda sepatutnya lebih +ve,
tapi sekarang saya tengok mereka lebih banyak
suka bersangka buruk dan menyalahkan orang lain.

sekian..

Comments

  1. ada jugak ker yang jeles?
    budak2 betul diorang nie.
    shark ntah bila nk rasa feel teman anak amik UPSR tue.
    entah ada kg ker tak dalam 12 tahun akan datang.
    hehehe

    ReplyDelete
  2. result kat sana nnt mcmmana la...harap dpt ashabul yamiin

    ReplyDelete
  3. Betul la..amik yang positif jangan amik yang negatif

    ReplyDelete
  4. aik? yg tak beranak lg pun komplen? tak patut tu...
    bagi aida, skit skit show off ok la. jgn menunjuk sgt.
    zaman skang, ramai org dengki... nanti lain la plak jadik nyer.
    mcm opismet aida, anak dia dpt 5A semlm. alhamdulillah.
    dia langsung tak upload kat fb. dia kata, biar org tanya lagi best.
    so, lain parents lain pendekatan. kita hormat cara mereka.

    ReplyDelete
  5. kwn2 kita bergembira dgn pencapaian cemerlang anak2 mrk dlm exam kitapun turut bergembira sama...xpyh fikir yg tidak2...perkongsian rasa yg merangsang semangat agar anak2 kita juga berjaya sspt anak2 mrk.

    ReplyDelete
  6. Haishhh...macam2 spesis. Tunggu lah turn ko nanti.

    Seronok tgk anak2 & mak happy ☺

    ReplyDelete
  7. nak update gak tapi anak kecik lagi la pulak.... hihihi

    ReplyDelete
  8. Kat fb upload makanan kata tunjuk konin rajin masak, tunjuk kejayaan kata riak.. Apa kata tutup je fb tu. duk baca quran je la x yah kumpul dosa asik negatif je spjg hari. Benci kdg tu tgk

    ReplyDelete
  9. Herm..biasela manusia..Org tunjuk ni, ckp riak..Org buat ni, kate belagak..Lumrah..Negative everywhere..Positive kn lg baek..Hermmmmm..

    ReplyDelete
  10. As-salam diana,

    setuju dengan diana.. apalah salahnya sama-sama merai kejayaan orang lain untuk sehari itu daripada sibuk nak mengeji.. semua orang tahu yang upsr atau keputusan tadika yg cemerlang tak menentukan masa depan seseorang.. tapi tak perlulah nak pandang seperti upsr atau rslt tadika tu macam takde harga langsung.. taknak merai, takpe.. tapi kalau mengeji boleh buat orang rasa sakit hati kan..

    ReplyDelete
  11. betul....dah ade anak...anak basuh pinggan sendiri pun kite rasa Allah syahdunye rase....tak perlu la kot nak mendengki dgn status fb orang...ckp riak la ape...dah kite bangge dgn anak kite share la...lagi pun tu memori kite kan...sok2 lupe boleh scroll balik fb...ape slh share kegembiraan ...

    ReplyDelete
  12. ada jugak ek camtu, pandang positif je la patutnya

    ReplyDelete
  13. Hihi...kepochi tak kena tempat..

    ReplyDelete
  14. Tumpang seronok tengok anak orang lain cemerlang :)

    ReplyDelete
  15. 6 orang anak2 saya semuanya dah lepas UPSR, ada yg UPSR dpt 5A, 4A dan 3A tapi kecemerlangan masa lalu tak ada kena mengena dengan realiti kehidupan masa kini.

    Tadi terbaca tulisan seorang kawan yg masa UPSR dapat 4D dan 1E, kini dia merupakan usahawan berjaya. Ada pekerjanya dulu dapat 5A, tapi kejayaan masa lalu itu cuma sejarah...

    ReplyDelete
  16. betul yg dok pertikai ni selalunya yg belum kawen or yg x matang...ckp ikut kepala lutut ;-)

    ReplyDelete
  17. Geram betul la dgn makhluk2 yg asyik nak cari kesalahan orang..orang up citer anak kat fb nak marah..up pasal makanan nak marah..up pasal beli baju nak marah..tak der kerja lain ker? senang-senang ko tak payah ada acct fb..kacau betul..negatif memanjang!

    ReplyDelete
  18. Heehehe. Org mcm ni elok fren list dia kalangan bujang je. Tak payah add fren kawan yg bstatus ibu bapa. Jd dia taklah meluat tgk status ttg anak diorg.

    ReplyDelete
  19. Ada ke anak dara yg sakit mata baca cite anak anak tu makcik.....Makcik ni mmg best betullah, jumpa aje yek.....

    Betul makcik ckp tu, dunia mak pak ni apalah lagi kalau bukan cite kisah anak anak....
    Suka hati depa lah nak ckp apa makcik. Penat nanti senyaplah tu

    ReplyDelete
  20. Ada ke anak dara yg sakit mata baca cite anak anak tu makcik.....Makcik ni mmg best betullah, jumpa aje yek.....

    Betul makcik ckp tu, dunia mak pak ni apalah lagi kalau bukan cite kisah anak anak....
    Suka hati depa lah nak ckp apa makcik. Penat nanti senyaplah tu

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …