Skip to main content

TIPS UNTUK PENIAGA ONLINE AGAR DISENANGI PELANGGAN

Assalamualaikum..



Sekarang ni ramai juga kawan-kawan saya di alam maya ni yang dah mula berjinak-jinak dalam perniagaan atas talian.Bermacam-macam barang jualan yang mereka ada. Satu kelebihan juga untuk saya sebab tak payah nak membeli pada orang yang saya tak kenal.Tak la risau di tipu dan sebagainya.Jadi hari ni saya nak beri sedikit tips untuk peniaga2 online ni supaya mereka akan disenangi oleh pelanggan dan orang ramai.

1-Gunakan bahasa yang baik.
Ini paling utama sekali kalau nak  berniaga .kalau awak jenis peniaga yang awal2 dah nampak ciri-ciri garang tu ada kemungkinan orang takut nak membeli.Sebab saya selalu fikir kalau peniaga macam ni agak sukar untuk pembeli memilih.Pembeli terpaksa terima je apa yang sampai depan mata.Nak complain nanti tak pasal2 kena marah.jadi baik saya beli pada orang lain..."serius buyer only..yang setakat nak tanya je,pergi berambus!!"..kau rasa ada tak orang nak beli dengan bahasa macam tu??

2-Nyatakan harga dan maklumat barang jualan
Ada orang kata, .."dah letak harga  semua pun dok tanya lagi.."..jangan risau..macam mana pun anda tetap perlu letak harga dan maklumat tentang barangan.Yang tak baca tu mungkin sorang dua je, Tapi masih ramai yang baca dulu sebelum bertanya..jangan risau tentang persaingan harga.Selagi anda disenangi oleh ramai pelanggan, tak mustahil orang tetap akan membeli dengan anda.Sebab itu tonjolkan ciri-ciri yang baik ketika berniaga.



3-Kerap kemaskini barang jualan.
Ini untuk memudahkan pelanggan dalam memilih.Sebagai pelanggan saya agak kecewa bila setiap kali saya terpaksa bertanya pada peniaga sama ada barangan yang dipaparkan  masih ada atau sudah habis..4,5 kali tanya pun semuanya habis..tak de stok.Buang masa je..kan??.jadi ada baiknya anda kemaskini senarai barangan.

4-Jangan mengganggu pelanggan atau rakan dilaman sosial.
Jangan sesekali tag rakan anda pada produk jualan anda kecuali jika disuruh.Ini menyebabkan rakan anda akan rasa terganggu dengan notification yang masuk .Nasib tak baik anda akan di singkirkan dari senarai rakan lain yang terganggu.Anda juga yang rugi nanti...

5-jangan berjanji jika tidak pasti.
Ada sesetengah peniaga mengambil dulu bayaran sebelum barang sampai.cara ini agak berisiko kerana ada bermacam kemungkinan  yang akan berlaku.Apa lagi jika kita menerima bayaran dari pelanggan baru yang masih tidak tahu cara perniagaan kita dijalankan...Dia mungkin akan berulangkali bertanyakan tentang barangan nya yang masih belum sampai.jadi untuk mengelak kan berlaku salah faham jangan berjanji dengan nya dan jelaskan bagaimana dan bila dia boleh mendapatkan barangan yang dipesan dengan jelas sehingga dia faham.



6-sabar
Berhadapan dengan pelanggan yang cerewet adalah salah satu cabaran dalam apa juga perniagaan.Walaupun hanya di dalam talian , pelanggan yang cerewet juga boleh sedikit sebanyak menguji kesabaran kita.Bersabar lah..Mungkin dengan sikap sabar kita membuatkan pelaggan yang cerewet itu senang membeli dengan kita dan tak mustahil kita adalah online shop pilihan utamanya dan siapa tahu mungkin dia ada cadangkan online shop kita pada rakan2 nya yang lain.

Jika kita tahu mengawal situasi dan jujur dalam perniagaan kita InsyaAllah segalanya akan berjalan lancar .Tindakan kita yang tidak profesional dalam perniagaan  hanya akan merugikan dan memalukan diri kita sahaja.


sekian..

Comments

  1. Bgus 2...
    Tang sabar tu segalanya..

    ReplyDelete
  2. Tips yang bagus nih. paling suka yang no 3. Zura lebih suka penjual letak trus harga pada gambar. mungkin peniaga ade strategi dorang sendiri kenapa x letak harga. tapi pada Zura sebagai pembeli yang penyegan. malu nak PM tanya harga. takut tak jadik beli. hehehehe.. kalo ade harga senang Zura nak rancang pembelian. :)

    ReplyDelete
  3. 1 lg, cpt bertindak. (sercive pantas) bkn nyer WA semlm arini br reply...sorry...i angkat kaki dulu ;-)

    ReplyDelete
  4. bgs tips nih.... tips no 4 tuh yg ptt ramai peniaga online paling jaga

    sbb kadang2 rsa marah jgk kwn2 dok tag kite brg penjagaan muka itu lah ini lah...

    ReplyDelete
  5. no 4 tu paling sensitif n x suka
    kengkadang ada yg add friend semata2 nak promote bisnes diorg..sakit ati je dibuatnya

    ReplyDelete
  6. Paling menyampah dgn peniaga 1 & 4. Hehehe.

    ReplyDelete
  7. Belum ada daya nak jadi peniaga weyh.... Salah satu sebabnya tulah.....nak berhadapan dgn pelanggan .....
    Sampai sudahlah penganggur gamaknya

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …