Skip to main content

TAK SALAH JADI PONDAN ASALKAN BANYAK DUIT

Assalamualaikum...



Semalam saya baca komen kat satu post ni...

"dia  jadi pondan pun , duit berkepuk2,berjaya dalam perniagaan...berjaya dalam hidup"

"lepas tu pagi ni baca komen kat post yang lain...

"dia celupar2 pun duit dia banyak..job tak berenti masuk..kau ado??"

pernah tak korang dengar atau baca orang kata gini..

"walaupun dia kuat mencarut tapi hati dia baik..rajin bersedekah,"

Ntah la kenapa tapi saya memang tak boleh nak terima semua ni..
Adakah disebabkan duit banyak jadi maknanya tak apa dia jadi pondan??
Atau disebabkan dia orang terkenal,popular
itu bermakna dia boleh memperlekehkan orang lain.berkata kesat dan sebagainya?
Tak pe ke kalau mencarut je mulut tu tapi itu ok sebab dia rajin sedekah??

ish!!macam pelik je saya rasa nak
terima fahaman macam ni.
Memang tak masuk akal bila sesuatu yang tak elok
kita tutup sebelah mata sebab dia popular,banyak duit dan rajin sedekah.

kalau macam tu lepas ni saya nak mengumpat orang,
tapi solat saya tak nak tinggal..
boleh tak??



jadi sebelum nak berkata2,nak berkomen2 tu
fikir2 dulu apa benda yang kita nak diluahkan tu ye?
jangan main bedal je sampai nampak macam sesat pulak..


sekian..


Comments

  1. haritu baca komen kat post beautifulnara pasal Dato Vida Qu puteh barulah putih pasal crown dia yang harga RM100K.. sama la komen yang banyak. dia banyak sedekah.. bukan pusat tahfiz.. lantak la duit dia bagai.. seolah2 nak bagitau orang kalau kau banyak sedekah bayar zakat bagai.. jadi tak dosa kau membazir dengan perkara yang tak berfaedah

    ReplyDelete
  2. ntah la nk ckp cmne.. tp bg cik en, salah tetap salah, kebaikan tetap dapat pahal.. dosa tetap dodsa, pahala tetap pahala

    ReplyDelete
  3. Ya salah tetap salah.
    Kalau nak senang faham macam ni kau bersedekah pastu kau pun mengumpat
    Pahala sedekah kau memang ada tapi mampukah nak seimbangkan mengumpat tu.
    Contoh hari ini pahala sedekah kau 5.
    Pastu kena bayar untuk dosa mengumpat kau pulak kalau dosa mengumpat 5 dah tinggal kosong. Hah! kan dah tergantung ke langit tak lepas ke bumi pun tak lepas.

    ReplyDelete
  4. Matlamat tak menghalalkan cara. Ramai yg amik mudah pasal benda nih.

    ReplyDelete
  5. Betul tu Diana..
    Perbuatan dan kata-kata kenalah seiring.. kalau cakap tak elok tapi dalam masa yang sama kau buat kebaikan, apa kau rasa.. dah tebal sangat ke muka tu..?

    ReplyDelete
  6. matlamat tidak menghalalkan cara. fullstop.

    ReplyDelete
  7. antara perkara batil yg xboleh diseiringkan dgn amal yg baik tu..negative + positive=negative tu...

    ReplyDelete
  8. dunia sekarang semakin menakutkan.. semua orang berasa ada hak untuk bersuara... sabarjerler...

    ReplyDelete
  9. dah ada 2 orang komen sama dengan apa yang saya nak komen. hahaha, kena tukar ayat lain lah...

    kadang2 ujian yang di timpakan ke atas orang lain adalah peringatan untuk kita sebenarnya

    ReplyDelete
  10. hahaha mcm tau je sape tu ......

    ReplyDelete
  11. manusia zaman skang bersuara ikut sedap mulut je..tak tahu apa yang diperkatakan boleh undang dosa..

    ReplyDelete
  12. hahaha, macam xberakal jer orang tu.

    ReplyDelete
  13. mungkin orang yg komen tu rasa dengan duit si polan yg berkepuk2 tu nanti bole beli pahala secara borong...so jangan riso kekdahnye duit dia banyak hape pon dia bole buat...gituuuu

    ReplyDelete
  14. perbuatan tak menghalalkan cara
    kan sia2 kita buat benda baik tapi buat juga benda kemungkaran
    kalau ye pun nak menyokong...tak usah memvavi buta

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …