Wednesday, 11 November 2015

SIAPA KATA RAKYAT DAH TERIMA GST?

Assalamualaikum...


Sama macam orang lain..
saya pun bengang juga dengan kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Kastam
(Perkastaman & Cukai Barangan dan Perkhidmatan)
Datuk Subromaniam Tholasy yang saya baca di Awani tadi.
Katanya rakyat semakin menerima dan faham mengenai GST.

Entah apa yang membuatkan dia berani cakap macam tu ye?
adakah sebab kita masih membeli dan membayar untuk GST tu?
Nak buat macam mana ..kan?tak beli tak makan la kita..
Mungkin sampai tahap kita makan pasir baru dia
percaya yang rakyat tak terima GST.

Senyap bukan bermakna suka dan terima,
tapi sekarang rakyat dah paham yang hanya PRU saja boleh
menjelaskan perasaaan rakyat pada pemimpin2 yang nak cekik duit rakyat ni..
Rakyat makin faham dengan menteri2  ni.
bila rakyat merungut ,
menteri akan keluarkan kenyataan bodoh yang
rasanya kalau rakyat layan tak ubah macam layan budak2 bergaduh.


Jadi biarlah rakyat bertindak dalam diam.
Berbunyi pun bukan boleh buat semuanya berubah.
GST tetap dijalankan..

Dalam keadaaan ekonomi yang mencekik ni 
rakyat terpaksa fikir macam2 cara untuk dapatkan duit..
tengok kat sini macam mana rakyat malaysia cari duit..
macam2 perniagaan diwujudkan demi kelangsungan hidup 
yag memang memerlukan duit..


sekian..


13 comments:

  1. Nk xnk kene terima.. bla komen n xsuka nnti kene tangkap msk penjara.. Sabar je lah..

    ReplyDelete
  2. purata 1 keluarga bayar rm19/hari utk gst sahaja. memang sodihh

    ReplyDelete
  3. Menteri ni kalau bcakap mcm org tak ada perasaan.

    ReplyDelete
  4. LA NI GST DITERIMA R TIDAK DH X PENTING LAGI..

    ReplyDelete
  5. apa nak buek, menteri terlebih 'cerdik'..

    ReplyDelete
  6. hehehe....tak tahu nak komen apa pasal GST. pasrah dan redha dalam keterpaksaan

    ReplyDelete
  7. sape kate sy dh terima?sy pun terpaksa tau!
    mereka2 tu lain laaa..dh la bergaji besar..hurghhhhh..tension btl..

    ReplyDelete
  8. hutak dia lah rakyat terima.... abis apa lagi pilihan kita?? kang kata tak mampu... disuruhnya tanam tepung .. gula sendiri... paling tak kang kena halau keluar dari Malaysia... haha

    ReplyDelete
  9. apa laaa nasib dpt menteri2 pasola ni

    ReplyDelete
  10. Kita pecah kepala memikirkan macam mana nak mewujudkan perniagaan dan cari demi kelangsungan hidup... bila kita berjaya depa akan pikir dan 'korek' juga untuk dapat sebahagian dari pendapatan baru kita itu... itulah keje dorang. Tengok jelah... bisnes online pun nak kena daftarkan... kalau dah daftar senanglah dorang nak trace...

    ReplyDelete
  11. benda camni lah yang bikin orang hangin tau
    apa pilihan kita ada dak
    nak tak nak, redah ajelah!

    ReplyDelete
  12. Betol tu tak guna kalau kite maki hamun pon macam la abang jib dgn kak rossi heran pon...diorang ape susah sok2 kalau parti lain yg menang pon duit berbilion dlm bank ape ada hal...rakyat susah takpe yg penying depa2 suma kaya....tunggu jelah kat akhirat nanti merangkak2 mencari kami2 yg tertindas ni

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();