Skip to main content

RESEPI TART NENAS SEDAP DAN GEBU

Assalamualaikum....

Esok lepas hari kecemerlangan pelajar kat sekolah anak saya, kami sekeluarga akan balik kampung.bukan baru ni dah balik ke..??.Opah rindu kat cucu lagi ke???.Ok..yang kali ni balik sebab cucu pulak rindu kat opah.Balik sebab nak hantar biskut Tart Nenas sedap dan gebu ni.

Kali ni balik nak bawak opah diaorang jalan2 kemana pulak yea??Kalau tanya anak2 saya sah2 la jawapan nya .."jom pergi zoo..".sebenarnya anak2 saya suka pergi Zoo Taiping sebab bila dah ke Taiping bukan semata2 ke Zoo saja, tapi macam2 tempat lagi la..Muzium, Taman Tasik..sebab tu anak2 suka ajak ke Zoo.







Jadi bila balik kampung ada la buah tangan untuk mak sikit..Kali ni saya buat biskut Tart Nenas Sedap dan Gebu . Pertama kali saya buat biskut tart ni sendiri...sebelum ni ada buat juga tapi bukan saya bancuh la.saya cuba kacau2 sikit kerja orang tu.hahahah..Jadi ada la pengalaman seciput untuk buat tart nenas.



bagi saya untuk buat biskut Tart ni kita kena pandai agak dia punya sukatan bahan tu.
Biskut ni mudah je sebenarnya..bahan pun tak banyak..
Macam yang saya buat semalam, dapat la dalam 50 biji.
tak de terap2 guna acuan.saya buat tart nenas yang bentuk nenas.tak de la rupa nenas sangt pun..hahah..

Jom la tengok resepi...

bahan-bahan untuk Tart nenas sedap dan gebu;-

4 cawan tepung gandung
2 sudu besar tepung jagung
250 gram mentega
3 sudu gula ising
1sudu kecil esen vanila
2 biji kuning telur

Cara-cara  :-

1- campurkan tepung gandum bersama tepung jagung dan gula ising
2- potong mentega kecil2 dan masuk kan dalam tepung.
3-sebatikan tepung dan mentega sehingga menjadi seperti serbuk.
4-masuk kan kuning telur dan esen vanila.
5-uli hingga menjadi doh yang lembut.

Bahan dan cara  membuat inti Tart nenas

sebiji nenas di parut..
masuk kan ke dalam periuk.
masuk kan 1 senduk gula pasir
dan sedikit pewarna kuning.
masak hingga kering dengan menggunakan api kecil.
kalau rasa susah sanagt beli je inti tart yang dijual di bakery2 tu..









Ok..dah ada doh..dah ada inti...
sekarang bolehla dibentuk kan tart kita tu..
terserah nak buat cemana..
macam saya ni remeh skit kerja nya..
saya nak buat bentuk nenas sebab nak bagi kat mak kena la buat cantik2..'kalau makan sendiri gelek guna acuan yang tart gulung tu je..hahaha..

nak dapatkan bentuk yang macam sisik2 tu saya guna hujung gunting.
Dah siap di bentuk sapukan kuning telur yang dicampurkan dengan pewarna kuning di  atas nya.
dan saya letak coklat chip kat atas tu.
nampak la senonoh sikit.kan??


selamat mencuba...


sekian..




Comments

  1. diana berminat dgn jag shaklee? blh wassap wawa utk detail ye 0199966576. blh jga bg no fon diana, utk wawa hubungi..")

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa la yang tak minat..cuma harga nya tu je..heheheh...

      Delete
  2. nampak cam ulat yg comel.. huhu.. sedapny tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...ulat daun ke ulat beluncas...ingt nak tambah hijau sikit tapi malas dah..tu yang jadi rupa ulat tu.hehe

      Delete
  3. assalamualaikum diana...wah sedapnya tengok tart nenas tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap..tapi tak boleh lawan akak punya tart la..kan??heheh

      Delete
  4. terbaik la...
    bila cantik, mesti sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena buat cantik2 sebab nak nbagi kat mak..heheh.

      Delete
  5. Lepas ni boleh buah pelbagai jenis filling tart lah pula kan.

    ReplyDelete
  6. Suka jugak makan tart nenas ni tp belum teringin nak cuba buat sendiri DR....
    Nantilah tunggu sawan melampau nak buat mak datang , baru try

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau datang sawan mengetart kompem satu balang siap..kan??hahha

      Delete
  7. Rajin DR, selamat jenjalan ke zoo tepen ye..lama dah kak ana tak pii tepen :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun dah lama tak pi kak...last pergi masa cuti sekolah semesta pertama dulu kot..

      Delete
  8. Tengok je dah tau kuih tart ko ni memang gebu gebas dik...pandainye buat bentuk landak hakak ko ni pandai buat bentuk gulung je tau...kikiki...akak tadi baru je abis kak long membako coklat chip cookies untuk cikgu dia yg nak sambut dewali...

    ReplyDelete
  9. sedapnya..bisa time rsaya bru bpluang nk ngapp ni

    ReplyDelete
  10. Nyam....sedapnyer sis.

    ReplyDelete
  11. Tart nenas.. Memang sedap.. Tapi rajin makan je.. Tak rajin nak buat...hehe

    ReplyDelete
  12. Suka nyaa tart nenas. Terliur pulak tengok gambar tu :)

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …