Tuesday, 24 November 2015

RESEPI PIZZA SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Petang tadi saya buat Pizza utuk anak2...Anak2 saya ni bukan penggemar cheese..Tapi pizza memang diaorang suka.Sebulan entah berapa kali order pizza.Kadang2 kesian tengok adik2 penghantar pizza tu hujan2 pun hantar pizza ke rumah sebab anak2 saya ni kalau hujan lagi la diaorang nampak pizza je..

Sebenarnya saya dah lama nak buat pizza tapi sebab benda senang dapat..Order je..tunggu 20 minit dah sampai.Jadi kata nak buat sendiri tu memang malas je..

Tapi petang ni masa keluar , lama pulak keluar hari ni.terlintas nak buat pizza la..Bahan2 semua dah ada..Yang tak de cuma Cheese..Pi kat satu pasaraya tu,  yang ada Cheddar cheese je..Ambik je la..Kalau ada mozarella lagi sedap..Cheddar pun sedap.Tapi cheddar ni macam masin sikit..jadi kalau nak letak cheddar cheese , baik letak sikit je..tak payah sampai menimbun macam guna mozarela..


Tapi kalau nak cheese yang sedap yang bila bakar jadi keemasan macam gambar kat atas tu korang  boleh tukar dengan cheese yang lebih sedap.Yang paling sedap cheese campuran mozarella, cheddar dan parmesan...ada jual kat pasaraya..Kalau tak salah saya harga nya dalam rm15 ke rm17 sebungkus.Rasanya memang sedap ,Bila bakar bau wangi je..

Bagi yang nak belajar buat pizza meh la saya tunjuk kan resepinya..Senang je pun ..Anak saya Maisara yang umur 8 tahun pun tahu buat.

Bahan-bahan nya

3 cawan tepung gandum (saya guna cawan teh tu je )
1 paket Yis kering (11g)
secubit garam
1 sudu kecil gula.
1/2  sudu   minyak zaitun
1 cawan air suam

topping
tomato puri
sosej (potong ikut suka nak besar mana dan siaz apa)
cendawan butang
isi ayam yang dihancur kan
Cheese

cara-caranya

1-masuk gula ke dalam air suam.kacau dan kemudian masuk kan yis.kacau dan ketepi kan..(tunggu 5 minit)

2-.buat lubang kat tengah2 tepung dan masuk kan  minyak zaitun dan yis .kemudian sebatikan dan uli sampai jadi doh.

3-sapu bekas doh dengan minyak.dan lumur doh dengan minyak zaitun..tunggu sampai doh naik berganda2.dalam 30 minit lebih kurang

4-kemudian tekan doh tu bagi angin keluar dan uli sikit.

5-bahagikan lah doh kepada beberapa adunan.saya pun tak ingat saiz loyang saya ni berapa.tapi dapat 3 adunan..puas la makan..hehe

6-ambil satu adunan nak mula leperkan dalam loyang pizza.sebelum tu sapu minyak dulu kat loyang tu ye.

7-ada yang cucuk2 adunan pizza yang dileperkan tu dengan garfu..tapi saya tak cucuk pun..nak cucuk2 pun boleh..mana tau kalau cucuk lagi sedap..kan?

8-kemudian sapu la tomato puri kat atas pizza.kalau suka banyak sapu banyak.tapi kami suka sikit je sebab tak suka rasa tomato..heheh..kalau nak sapu sos cili pun boleh..untuk yang suka pedas ..

9- letak juga bahan2 lain ikut kegemaran,..sosej isi ayam, boleh letak daging kisar, tuna atau serunding.

10- akhir sekali letak cheese..

11- kemudian bakar selama 30 minit dengan suhu 200...bergantung pada oven masing2.


Untuk minyak tu boleh  guna minyak masak je kalau tak de minyak zaitun.Untuk buat doh pizza ni saya banyak membaca dari blog2 lain macam blog kak azie kitchen, blog kak zalinzalina dan banyak blog lain..Orang kata nak belajar tak boleh dari satu guru je..kena belajar dari ramai orang.InsyaAllah memang menjadi dan sedap.nak dapatkan idea untuk topping tu buka je la laman web pizza hut tu..tengok topping diaorang pakai...Boleh la pelbagaikan lagi topping untuk pizza ni..



selamat mencuba..


sekian..

24 comments:

  1. memang mudah kan.
    antara rajin ngan dak ja nak buatnya

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaaa ! buat sendiri lagi puas hati kan. isi masa terluang.

    ReplyDelete
  3. nampak pun sedap dan rangup je DR :) ada masa kak ana nak cuba resepi DR ni , in shaa Allah.

    ReplyDelete
  4. yum yum.... bestnye buat pizza sdiri.... akak tak pernah buat sis, kt umh xde oven.... huhu kesian...

    ReplyDelete
  5. Anak dara kakak kalau balik cuti rajin buat utk adik2 wlpun kurang mahir....kakak nk save resepi diana ni utk dia buat lebih elok.....nampak cantek pizza yang diana buat ni.

    ReplyDelete
  6. Makcik.....semlm mak pun buat pizza weyh....
    Tp mak guna loyang jer hihi....
    Jenuh jugaklah korek kat tepi sebab lekat hihi...
    Tp mak punya tebal sikit sebab lenyek pakai tangan haha.....dasar pemalaskan....

    ReplyDelete
  7. Ilmu dah ada bila ditambah dgn kerajinan memang berbaloilah dapatnya
    Boleh buat ikut apa yg berkenan dan berselera ikut hati

    Harap lepaslah komen kakak kali ini. Zazz!

    ReplyDelete
  8. buat sendiri memang puas hati.. tapi yg saya tak puas hatinya kan... selalu buat base pizza tu tak berapa jadi.. hahaha

    ReplyDelete
  9. Yg part topping tu rasa mcm mampu lagi nak sediakan. Tapi bila part nak uli doh tu, hati terus takut. hehe, Takde bakat la mengadun. Bila baca cara2nya, mcm senang je, tapi setiapkali buat, mesti terbabas. Terkena sumpahan tangan keras kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doh dia tu ili sampai sebati je LYd..dia tak sama macam kita uli roti..uli roti kena lama..kan??yang ni uli sekadar dia sebati sampai jadi doh je..

      Delete
  10. PNDAINYA DIANA BUAT PIZZA SEDAP NI...

    ReplyDelete
  11. As-salam diana..

    Akak mmg telan liur tengok pizza diana tu.. thanks ya berkongsi resepi.. InsyAllah.. Kalau rajin nanti boleh cuba buat..

    ReplyDelete
  12. Akak memang dah ada perancangan nak buat pizza tapi dok tangguh dulu sementara sebab hajat nak buat time famili akak kumpul bulan 12 nanti...syok lepak reramai dan masak2

    ReplyDelete
  13. ciktom mmg plan nak buat pizza dlm ms terdekat ni..tp plan nak guna roti je..mls nak uli doh..hiihi

    ReplyDelete
  14. Ish, memang nangislah kalau Domino's tak pun Pizza Hut tengok gambar pizza ni. Tak semena-mena timbul rasa phd dalam diri pengurusan depa ni ^_^

    Janganlah kata Maisarah pun boleh buat, Diana. Sendu hati saya mendengarnya tau sebabnya saya ni sampai lah ni tak pernah menguli doh. Saya beli crust yang dah siap ler, bab topping tu saya sukalah sebab ikut hati makpak sendiri jerk, tak payah refer resepi :)

    ReplyDelete
  15. Wah nampak sedap...blh ambil resepi yer....

    ReplyDelete
  16. Wah nampak sedap...blh ambil resepi yer....

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum kak y buat roti tu minyak zaiton 1/2 sudu ke?

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum kak y buat roti tu minyak zaiton 1/2 sudu ke?

    ReplyDelete
  19. Thanks utk resepi. Saya ambik ^^

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();