Skip to main content

RESEPI CUCUR JAWA MUDAH DAN SEDAP.

Assalamualaikum...

Cucur Jawa ni kalau di sabah orang panggil Penyaram..Ni pun tahu sebab Asya Lya yang bagitau.Bila saya letak je gambar kuih ni  kat facebook dan IG rupanya ada yang tak pernah makan pun kuih ni.Tak tahu rasanya macam mana.Jadi nak merungkai teka teki rasa sebenar cucur jawa ni awak kena la buat ye.Nak resepi saya boleh bagi..percuma saja..heheh..Senang je nak membuat nya.cuma yang rasa leceh sebab kita kena peram dulu adunan ni dalam sehari.Esok nya baru boleh goreng.itu cara saya la..tak Tahu la kalau ada yang buat , bancuh hari ni , hari ni jugak goreng..boleh share nanti ye..


Tengok tekstur dalam nya tu..berongga2 macam tu..Kuih ni kalau manis memang sedap..tapi yang tak boleh manis sangat tu kurang kan lah gula ye.tapi untuk resepi saya ni bancuhan nya memang sedap la.Saya tak tahu la kalau sukatan gula tu boleh mempengaruhi tekstur kuih ni.Try la buat ye..


RESEPI CUCUR JAWA MUDAH DAN SEDAP SUKATAN CAWAN

Bahan-Bahan :-

2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan gula merah 
1 cawan gula pasir
2 cawan air
secubit garam

Cara-caranya:-

1- gula merah dimasak bersama dengan air...masak sampai gula larut .kemudian ketepikan..tunggu sampai air gula sejuk.

2- Bila dah sejuk tapis kan air gula tu.. kemudian masuk kan tepung gandung dan tepung beras.kacau sampai sebati dan kemudian peram semalaman.

3-Pagi esok nya dah peram adunan tu, kita goreng la dia..Guna minyak sikit je.senduk kan satu senduk je adunan tu dan goreng la..

4- nanti dia masak perlahan2.jadi kena sabar la..lama kelamaan tengah dia akan kembung naik comel je..kemudian terbalik kan..tunggu sampai agak2 masak..angkat le..

5- ulang langkah menggoreng sampai adunan habis..


Nak masak ni kena sabar sebab kena buat satu2.jadi ada baiknya pakai la dua dapur ye...4 dapur lagi best.Jangan tak cuba tau sebab rasanya memang sedap.Kena pulak dengan kopi O time hujan2 ni..hehe...


sekian..


Comments

  1. Boleh buat ni ...bahan nya pun mudah

    ReplyDelete
  2. Ni tekstur dia mcm kek gula hangus. Rasanya tak tau la ada iras ke tak dgn kek gula hangus.

    ReplyDelete
  3. saya bab kena buat cecomel ni mmg fail tau.. silap2 cucur ni jadi rupa macam lempeng..sbb nak cepat siap.. hahaha

    ReplyDelete
  4. CUCUQ JAWA NI SEBELAH UTARA MMG FEMES..SEDAP BUAT SARAPAN R MINUM PTG.

    ReplyDelete
  5. tak pernah makan lagi kuih ni =__='

    ReplyDelete
  6. sis org jawa tapi tak pernah dgr cucur jawa ... hehehee ...

    ReplyDelete
  7. Sayalah tu antara yang tak pernah makan cucur jawa ni. Ini pun pertama kali saya mendengar namanya walaupun bila tengok gambar, saya pernahlah tengok kuih ni. Saya ni bukan jenis bertabah kalau duduk kat dapur tu, Diana. Makanya jangan haraplah saya buat walaupun resepi orang dah bagi percuma dah ni! Serius pemalas tau, MD ni!

    Eh, lebih baik mengaku sendiri daripada kena kutuk ^_^

    ReplyDelete
  8. Kalau pakai gula merah mmg akan sedaplah rasanya. Confirmed!.
    Nantilah kalau rajin bolehlah cuba. Tp biasalah mak ni kan bukan sabar orangnya. Takut 3 senduk sekali letak, dah mcm lempeng jawalah jawabnya hihi

    ReplyDelete
  9. Dah cuba semalam..adunan ok cuma kecewa cucur xmau nak cantik..huhuhu
    Agaknya kenapa ye????

    ReplyDelete
  10. Dah cuba semalam..adunan ok cuma kecewa cucur xmau nak cantik..huhuhu
    Agaknya kenapa ye????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perap lama tak Za??masa nak goreng minyak tak banyak tau..lebih kurang 2 ,3 sudu je..

      Delete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …