Saturday, 21 November 2015

ORANG TU KHATAM QURAN KAU PULAK YANG SENTAP

Assalamualaikum...



Saya ada baca tentang sorang selebriti yang baru khatam Quran tu.
Tapi pelik  sikit la sebab yang dah khatam 7x tu ,boleh tersentap pulak sebab
masa dia khatam dulu tak keluar cerita dia kat Facebook..
eh!!pelik tau..pi la jadi artis kalau semua cerita kau nak orang tulis..

kemudian saya baca tentang satu artikel
tentang suami2 yang tolong isikan minyak kereta untuk isteri
tapi tiba2 ada pulak suami isteri yang PJJ tersentap..
Tersentap sebab artikel tu cuma fokus pada suami isteri yang dok serumah.
yang PJJ tak disebut..macam la yang PJJ ni tak kesyurga..katanya!!

Dulu saya baca tentang tips2 untuk ibu hamil..
tiba2 yang bertahun kawen tak de anak ni
pun tersentap..megguris perasaan katanya..
Sedih baca tips2 ibu hamil..
komen pulak semua bunyi gembira je..
tak pikir perasaan pembaca2 yang belum mengandung2 ni.

Alahai..korang oi..
kalau benda yang orang tulis tu tak de kena mengena dengan kau,
Kau abaikan je la..saya heran betul dengan
manusia2 yang jenis suka dera perasaan sendiri.

Ini sejenis penyakit hati jugak la rasanya..
Bila ramai orang bagi tumpuan pada satu2 perkara
yang tak de kena mengena dengan dia,
mula dia nak sedih, nak tertekan..
sebab takdir hidup dia tak sama macam orang lain.
bukan berbeza sangt pun..lain sikit je..
tu pun nak tersentap ..
lain la kalau artikel tu terang2 dok hina kau..
boleh jugak la jadi punca untuk kau sentap..

Ni saya nak share tentang perkara-perkara yang ada kat kereta korang 
yang buat korang nampak berani dan bergaya..
jangan pulak lepas ni yang tak de kereta nak tersentap ye..(klik)



sekian..

7 comments:

  1. Ingatkan bini dia..rupanya ustazah dia...

    ReplyDelete
  2. Macam macam ragam sekarang ni diana...susah kita nak telah hati org..

    ReplyDelete
  3. rajin tu sebenarnya menulis komentar...

    ReplyDelete
  4. Hati tisu betul..dulu xde ,edia sosial ok je

    ReplyDelete
  5. Biasa la kak... Ramai yg sakit jiwa sekarang nih..

    ReplyDelete
  6. Betulllah...relax ar, nak sentap pendam jerlah, tak payah nak.kecoh hihi...
    Org bukan nak cite pasal kita pun

    ReplyDelete
  7. Betulllah...relax ar, nak sentap pendam jerlah, tak payah nak.kecoh hihi...
    Org bukan nak cite pasal kita pun

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();