Thursday, 19 November 2015

NAK AJAR ANAK HIDUP SUSAH MAK AYAH JANGAN NAK BERMEWAH-MEWAH

Assalamualaikum...



Mesti ramai yang dah baca pasal cara dato Alif syukri mengajar anak-anak dia
supaya tidak bermewah-mewah walaupun mereka adalah dari keluarga jutawan.
Ramai yang kagum dengan cara Dato Alif.
Siapa yang follow IG dato Alif sejak dulu tahu la
cara hidup Dato Alif sekeluarga memang sangat sederhana.
Diaorang mkan pun bentang tikar kat dapur.Tak makan pun kat meja
makan diaorang yang besar dan gah tu..

Bila keluar je cerita tu beberapa hari ni saya perasan
masing2 semua nak mengaku tak bagi kemewahan pada anak2.
saya pun kadang2 nak gelak juga bila baca komen2 orang yang saya kenal
dan tahu gaya hidup diaorang macam mana,
Tiba2 diaorang mengaku diorang pun tak mewahkan anak2 dengan
gadjet, barang2 mahal dan sebagainya.
hehehe.

Semalam keluar cerita  tentang seorang artis wanita
yang juga mengaku dia tak mewahkan anak-anak dia.
Padahal semua orang tahu betapa gahnya majlis2 harijadi anak2 ,
majlis aqiqah dan sebagainya.
Bukan tu saja , tempat makan , pakaian dan sebagainya juga
menjadi pertikaian ramai .

macam tu la pendapat orang kaya.
makan ayam dan daging setiap hari pun masih susah..
sebab yang ada cuma lauk tu..
mewah bagi mereka bila ada ketam, udang, ikan yang diorder di restoran mewah..
beza dengan yang betul2 susah ni.
nak makan pun berkais2..
nak beli dging sekilo pun pikir habis2..
hahah..

bab gadjet pulak..
bagi orang kaya..beli yang biasa2 je ..sebab nak anak merasa susah..
padahal yang betul2 susah ni..
nak pegang gadjet pun tak dapat..heheh

Lagi satu kalau nak anak betul2 merasa susah,
mak ayah pun tunjuk la gaya hidup yang sederhana..
nak suruh anak belajar susah tapi mak ayah
kemain mewah gaya hidup..
macam ketam ajar anak berjlan je..
betul tak??

Saya suka rumah nampak mewah walaupun
barang2 dalam nya harga murah..hehe..
kalau awak pun sama macam saya awak kena 
baca ni.jangan terlepas tau..Hari ni!!!(klik)

sekian...

17 comments:

  1. kadang tu aku rasa aku mewahkan anak juga...hmmmmm

    ReplyDelete
  2. mungkin terma 'hidup susah' tu lain orang, lain pandangannya.... artis wanita? macam tau jer..hehee

    ReplyDelete
  3. ANAK2 XPERLU DIMEWAHKAN CUMA CUKUPKAN KEPERLUAN MRK ...NAK MAINAN BELI DI KEDAI 2RM SPT YG DIBUAT DATO' ALIFF KPD ANAK2NYA.

    ReplyDelete
  4. kami sekeluarga memang tak mampu nak hidup mewah so memang semua hidup serba sederhana dari mak bapak & anak.. Majlis hari jadi pun tak pernah buat. hahaha

    ReplyDelete
  5. Kesan pada yang memewahkan anak akan mereka ketahui bila sudah tau akibatnya kelak.

    ReplyDelete
  6. Hebat cari Dato dan isteri didik anak mereka.

    ReplyDelete
  7. Pendapat orang kaya.
    makan ayam dan daging setiap hari pun masih susah..
    sebab yang ada cuma lauk tu..
    mewah bagi mereka bila ada ketam, udang, ikan yang diorder di restoran mewah..
    beza dengan yang betul2 susah ni.
    nak makan pun berkais2..
    nak beli dging sekilo pun pikir habis2..
    hahah..

    bab gadjet pulak..
    bagi orang kaya..beli yang biasa2 je ..sebab nak anak merasa susah..
    padahal yang betul2 susah ni..
    nak pegang gadjet pun tak dapat..heheh

    Lagi satu kalau nak anak betul2 merasa susah,
    mak ayah pun tunjuk la gaya hidup yang sederhana..
    nak suruh anak belajar susah tapi mak ayah
    kemain mewah gaya hidup..
    macam ketam ajar anak berjlan je..
    betul tak??

    (SUKA BETUL DGN STATEMENT Diana)

    Nak makan bentang tikar? walaupun meja tersergam gah dan mewah? Jadi apa gunanya beli semua ni? Nonsense... Dah 'mengajar' anak tentang pembaziran!! hahahha.

    ReplyDelete
  8. ha ha ha...
    tentang dato terlajak laris tu ~ aida x brape berkenan la bab dia kata x mewahkan anak2. hidup dia sendiri da mewah, umah besar. kereta besar, makan sedap2, confirm holiday kaw kaw punya, skola swasta. tak mewah ke anak2 dia? dia kena kaji balik apa makna mewah tu sebenarnya la, diana.
    panggil la org biasa biasa aje. jgn la panggil org yg memang kita tahu mewah da hidup dia and bercakap tentang tak mewah kan anak-anak hu hu hu hu... sgt tak relevan la. makan bentang tikar? itu choice dia nak nyusahkand diri but still bentang tikar dlm rumah yg mewah giler... perhiasan semuanya kaler gold gitu.
    and artis pompuan tu aida tau, aida dgr kat radio. agreed with u. kalau hidup mak bapak tu da nampak mewah, apa lagi anak2 nak.
    pendpt seposen aida la...

    ReplyDelete
  9. haah ek betol gak...ko kenkonon nak ajar anak ko hidup susah tapi pada masa yg sama ko hidup dgn gaya mewah cam nak gile....konfius mak T_T

    ReplyDelete
  10. meja makan cuma untuk set penggambaran jer....

    ReplyDelete
  11. Err kdg tu keliru org yg kita nmpk mewah selalu kata mereka x bermewah. Ikut tahap juga lah kan.. Setuju dgn awak ckp org susah nk mkn nasik berlauk pun payah. Dpt curah kicap lauk telur dh rasa syukur.

    Sy x dpt tgk rakaman ni. Terbaca juga dato' bekalkan ank dia tiap hari... Belanja hanya rm2 utk ank beli aiskrim atau apa2.

    ReplyDelete
  12. Bunda ada gak tengok slot wanita hari ini tv3 dengan tetamunya dato terlajak laris ni... kagum sungguh dengan cara hidup dan pendidikan yang diterapkan kepada ansk2nya...

    Itu lah orang kata, orang yang pernah mengharungi kesusahan dalam hidup saja yang lebih memahami keadaan dan pahit getir kehidupan...

    Semoga menjadi contoh buat kita semua...

    ReplyDelete
  13. Terpulanglah pada pendapat masing masing. Bahtera masing masing, pandailah mengemudi, ye dak makcik....

    Bagi mak, rugi jugak tu kalau dah kaya raya, tp makan atas tiko....susah weyh nak bersila sebab perut berlipat haha.

    ReplyDelete
  14. Pada pendapat saya yang tak dapat naikkan pendapatan saya ni.....heheheh

    Lain padang...lain belalang... Selain bagi anak merasa kekurangan dengan merasai sendiri, boleh juga kita bercerita kepada mereka betapa susahnya hidup dahulu...
    Saya sayang bapa saya...beliau bersekolah dan berhijrah...panjang jalannya nak senang....

    ReplyDelete
  15. Masing2 lah nak tunjuk baik konon tak mewahkan anak2.... ni kekadang tu anak baru celik mata, baru kenal apa itu dunia... kau dah suap dengan kemewahan... rambu ramba sana sini... cehhh... suka tengok datuk datin yang humble macam datuk shukri & isteri ni...

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();