Skip to main content

MAJLIS PELANCARAN JENAMA OWL BY NORA DANISH DI KRITIK HEBAT

Assalamualaikum....


Malam tadi saja2 la dok jamu mata menonton livestreaming pelancaran jenama Owl By Nora Danish tu..Meriah jangan cakap la.siap bawak burung hantu naik stage lagi..memang ramai saudara mara Nora dan rakan-rakan artis yang datang.Biasa la bila majlis macam ni tak boleh la nak puasa kan hati semua orang.Akan ada komen-komen yang tak sedap dibaca.Bila buka insta Nora Danish macam2 komen ada.Apa yang dikrtik oleh barisan pemerhati majlis malam tadi???



Pertama nya dah tentu penampilan Nora Danish di kritik kerana tudung yang dipakai seolah2 kelihatan seperti tudung biarawati. Pernah juga terbaca dulu tudung style ketat kat leher tu kita orang islam tak boleh pakai macam tu sebab menyerupai sister di gareja.rata2 komen semuanya mengkritik tudung yang dipakai Nora pada malam tadi.Mungkin bagi Nora ianya hanya sekadar fesyen..



Yang kedua ialah penampilan adik beradik Nora yang tampil dalam majlis tersebut dikatakan tidak sesuai dengan majlis kerana kelihatan seksi dan tidak menutup aurat.Saya rasa majlis tu tak tetapkan pun pakaian bagaimana yang sesuai sebab saya tengok tetamu yang lain pun tak tutup aurat.Ada yang pakai baju jarang dan singkat sampai nampak lengan dan lutut.

Yang seterusnya tentang penampilan model2 yang menggayakan tudung2 tersebut dikatakan tidak melambangkan ciri2 muslimah.lebih kepada berfesyen sahaja.



Bukan itu sahaja malah burung hantu yang di bawa nora keatas pentas juga dikritik  kerana dikatakan burung hantu adalah salah satu simbol illuminati.Ramai peminat Nora mesti tahu yang Nora ni memang peminat burung hantu.sebelum ni ada yang mengatakan Nora suka burung hantu kerana dia pengikut illuminati.Yang tu tak berani saya nak komen sebab kalau tak betul jadi fitnah ok..saya rasa dia cuma minat sahaja dan tak de kena mengena dengan illuminati.sama je macam awak yang minat rama2 atau kucing..

Para pemerhati sepatutnya faham itu lah bezanya bila orang yang menjual tudung hanya untuk fesyen atau untuk menutup aurat.Bagi Nora Danish ianya mungkin hanya sekadar perniagaan, lagipun dia mungkin tak faham hal2 berkaitan aurat dan sebagainya sebab dia pun tak mengamalkan nya.Jadi peminat serta pemerhati sepatutnya tak boleh la mengharapkan atau menjangkakan yang lebih2 dari Nora sendiri.Apa yang saya boleh katakan tujuan Nora hanya untuk perniagan dan fesyen..


Sekian...

Comments

  1. Ada gak terfikir bila tengok kat insta . Macam tak sesuai gaya tudung tue .

    ReplyDelete
  2. cantik tudungnya tapi perlu dilabuhkan menutupi dada..

    ReplyDelete
  3. Bagi akak senang je kalau tak suka jangan tengok dan beli....golongan artis sekarang bukan nye peka dgn semua tu....ko marah la macam mana pon hade pulak diorang heran...yg penting duit masyukkk

    ReplyDelete
  4. yap kalu tgk pic tu jelas mcm biarawati...

    ReplyDelete
  5. ramai kot orang sekarang pakai tudung ala2 birawati..

    ReplyDelete
  6. PC pun masih bertatih perbaiki diri..hingga akhir hayat in sha Allah..kita tengok..baik kita ambil..kurang baik kita tolak jauh jauh..

    ReplyDelete
  7. dah bole cmmnt kak..hihi..
    sian nora danish..bese la artis..

    ReplyDelete
  8. skali tgk mmg mcm birawati tu.. tp itula.. mnutup aurat bkn skdr fesyen kan..

    ReplyDelete
  9. setuju...beza antara org menjual tudung untuk jihad atau menjual tudung sekadar sebagai perniagaan...hurmmm neway tudung yg nora pakai tu mmg tak sesuai...

    ReplyDelete
  10. setuju...beza antara org menjual tudung untuk jihad atau menjual tudung sekadar sebagai perniagaan...hurmmm neway tudung yg nora pakai tu mmg tak sesuai...

    ReplyDelete
  11. Cuma pasal burung hantu tu dah memang jenamanya owl pun ^-^

    ReplyDelete
  12. orang nak bisnes , peminat kalau tk suka jgn beli ... sokong lah org yang menjual secara kecil kecilan mencari rezeki dan ikhlas dalam menjual , bukan nak kaya semata2 .. tk gitu ...

    ReplyDelete
  13. kita sama2 doa kan semoga nora akan terbuka hati untuk bertudung 1 hari nnt

    ReplyDelete
  14. Ha'ah lah. Tak sesuai betul gaya tudung macam tu.

    ReplyDelete
  15. kalau tengok gaya tudung tu memang nampak macam yang diana cakap
    tapi saya bukan orang dalam bidnag ini untuk complaint
    apa niat dia yang sebenarnya, hanya dia dan tuhan tahu =)

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …