Wednesday, 4 November 2015

KENAPA PERLU CERITA YANG AWAK TAK DE RASA MALU?

Assalamualaikum....

Beberapa hari lepas saya ada tengok satu post kat facebook
tentang seorang gadis ni yang tolak kerusi roda ibu dia di dalam
pusat membeli belah.
Dia tulis kat situ dia tak de rasa malu pun tolak kerusi roda ibu dia..



Yang jadi persoalan nya,..kenapa dia ada perasaan itu?
maksud saya bukan perasaan malu tu tapi perasaan untuk
bagitahu pada orang yang dia tak malu.
Siapa la yang pertikaikan sama ada dia malu atau tidak..kan??
Tolak kerusi roda mak,orang tengok  kita ,terus dalam hati kita rasa.. .
"aku buat benda baik ni..kena ambik gambar masuk ke facebook ni.."

Memang jelas dia tak malu dan sepatutnya dia tak ada apa2
perasaan bila tolak kerusi roda ibu dia tu..
Berbuat baik dengan mak ayah pun nak di canang.
Saya tak paham dengan orang sekarang yang berbuat
baik tapi nak orang tahu kebaikan yang dia buat.

Biasanya kalau orang berbuat baik,
orang lain yang sebarkan kebaikan dia.
Tapi yang ni dia sendiri post apa kebaikan dia buat.
Ye..saya tahu kita tak boleh nak hakimi orang macam tu..
kita tak tahu niat dia.
Tapi benda ni jelas sangat dia sekadar nak
menunjuk2 kebaikan yang dia buat.
Lepas ni makin ramai la yang dok canang merata apa kebaikan yang dia buat.
Yang Allah tak suka tu jangan la buat.
Kita dah tahu Allah tak suka tapi kita pujuk diri kita sendiri dengan ayat
" tak pe..Allah je yang tau niat dia.."
padahal kita dah tahu benda tu Allah tak suka.



Tolong mak ayah tu bagus.
Anak2 kena ikut macam tu tapi jangan la sebarkan
kebaikan yang awak buat.
Mungkin ada yang kata , itu satu cara ajak orang buat kebaikan.
Tapi bagi saya awak boleh je cerita wajib berbuat baik pada ibu bapa
tapi tak perlu menjurus kepada kebaikan diri sendiri..

ok..jangan marah saya..heheh..
Baca tentang mereka2 ini yang 
bercerita tentang kebaikan yang mereka buat.
Bukan pada orang lain,tapi pada diri sendiri untuk 
kearah hidup lebih sihat...




sekian..

11 comments:

  1. Akak memang tak bole nak hadam la dgn benda2 camni....kang kalau tak di canang orang lain tak tau pulak kan...sedeh

    ReplyDelete
  2. Macam2 perangai budak2 skg,berbuat baik pd mk ayah pun nk menunjuk.

    ReplyDelete
  3. Macam2 perangai budak2 skg,berbuat baik pd mk ayah pun nk menunjuk.

    ReplyDelete
  4. nk buat baik xperlu tunjuk kot.. huhuhu

    ReplyDelete
  5. Tak perlu kot nak buat caption macam tu.

    ReplyDelete
  6. dia nak like jer tu....dah sedekah lum? huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. sayang kan..xpasal pahala yang sepatutnya dapat jadi lain pulak kalau ada terlintas dalam hati muncul perasaan riak buat kebaikan..husnudzon maybe dia nak ajak kita semua bt perkara sama kot..huhu

    psst akak..sori xsmpt nak bw banyak blog lg..ciktom baru gak akhir bulan oktober aktif balik berblog..hehe

    ReplyDelete
  8. zaman viral...zaman fitnah mudah tersebar ni...bahaya sebenarnya
    kalau dia betul ikhlas, idaknya dia menunjuk gambo gitu
    nak malu menda dak? tanggungjawab ko sebagai anaklah tu

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();