Skip to main content

KALAU DULU CUMA ADA SIARAN TV BERBAYAR MESTI SAYA TAK DAPAT TONTON TV

Assalamualaikum...



Masa saya kecik2 dulu saya selalu terfikir
kenapa la orang suka dengar radio..
sebab masa tu saya memang suka tengok tv berbanding radio..
jadi tv tu macam benda paling best la bagi saya..
kalau nak tahu saya rela tak de telefon bimbit berbanding tv tau..hahah

Bila saya baca artikel kat sini
tentang DTTV rasa macam cemburu pulak.
DTTV ni ialah tv digital.
Negara2 lain sudah lama ada DTTV ni.
Cuma di negara kita ni je baru nak dilancarkan beberapa bulan lagi..


Kalau nak tahu negara mana yang dah sekian lama
menggunakan DTTV ni boleh la baca kat sini.

Tapi pendapat saya la..
kalau la dari dulu tak de siaran percuma  dan yang ada cuma astro
memang tak merasa la saya ni tengok tv..
sebab nak makan pun tak cukup ni kan pulak
mak saya nak bayar untuk siaran tv..
heheh

Cakap pasal pelancaran DTTVdi malaysia  ni..
Kita kena ada set dekodar dia sendiri.
nanti baca lah kat sini cemana di berfungsi semua tu..
Sebab ikut yang saya faham, 
bila kita ada DTTV ni kita akan dapat semua siaran.
tak payah dah langgan astro..
Nanti baca la ye..kat sini..(KLik)



sekian..

Comments

  1. Kami yang tinggal di selatan johor ni tak langgan astro pun tak de masalah ,banyak rancangan2 dari spore kami dapat siaran untuk ditonton,dan kdg juga dpt siaran dari indonesia seperti RCTV.

    ReplyDelete
  2. dah lama sangat cerita pasal dttv, bila la akan jadi realiti.

    ReplyDelete
  3. Asalam kak maaf da lm x myinggah cne..hf buat hal ni pun on9 guna tab Hehehe...mcm ala pra bola la nie semua siaran dpt

    ReplyDelete
  4. TENGOK TV DULU2 PUAS PUSING ARIAL BIAR SIARAN JELAS KAN DIANA...

    ReplyDelete
  5. Nani pulak first time tengok dttv tu. Hahaha. Nampak sangat tak mengikuti perkembangan kann :P

    ReplyDelete
  6. walaupun ada astro, tapi tak banyak juga boleh tonton sebab kekangan masa.

    ReplyDelete
  7. menarik .... mcm2 dah teknologi skrg ni kan

    ReplyDelete
  8. Teringat masa saya kecik2 dulu semua radio dan TV bukan siaran percuma tapi kena bayar. Lesen TV RM24 setahun, lesen radio pula RM12 setahun. Bila pemeriksa lesen TV buat pemeriksaan, semua orang lari balik ke rumah untuk sorokkan TV dan radio masing2, hahaha...

    ReplyDelete
  9. Too good to be true. Sebab.... bygkan berapa byk keuntungan yg dikeruk daripada rakyat Malaysia daripada siaran berbayar yg satu tu. Kalau DTTV ni ada nnti, akan ada yg panas punggung la. Sedangkan nak dptkan internet free atau paling busuk pun, internet murah dgn kelajuan tinggi pun kemain lagi disekat. Inikan pulak nak nak bagi Astro gulung tikar.

    ReplyDelete
  10. Hish macam macam pulaklah...... yg astro ni pun rasa semput jer nak bayo kalau naik harga. Yo yo o kata murah murah tp bila naik harga tak menghengat!

    ReplyDelete
  11. Bila nak start ni? Tak sabar rasanya nak unsubscribe asteruk yang semakin teruk ni. Jemuh ler menonton cerita yang sama tapi bayarannya tak pernah jemu depa naikkan. Saya ni kalau dulu ada TV berbayar (yang ada rancangan best-best ler...) memang confirm tak lulus SPM tau :) Takda cerita best pun saya sibuk mengarang drama berpuluh episod dalam kepala sebelum tidur, kalau ada cerita best kat TV, memang tak sempatlah saya nak mengulangkaji pelajaran rasanya!

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …