Skip to main content

DIET MAYO - KURANGKAN BERAT BADAN DALAM 13 HARI

Assalamualaikum..



Apa itu diet mayo?Saya sedang mencari  diet yang sesuai disebabkan diet atkins tak sesuai untuk saya.Hari ni terbaca tentang diet mayo yang dah ramai cuba dan mendapat kesan dan hasil yang memuas kan.Apa sebenarnya diet mayo ni??

Diet mayo adalah  diet tanpa garam yang dilakukan dalam masa 13 hari.Mengelak kan  garam dan rasa masin dalam pengambilan makanan seharian adalah salah satu cara mudah untuk menurunkan berat badan.Ianya juga bermanfaat untuk kesihatan jantung dan mengelak kan diabetes.

Dalam diet mayo ada dua prinsip utama iaitu Lose it dan live it.

Lose it
Mengutamakan gaya hidup seharian iaitu meninggalkan segala tabiat buruk kita .Perkara yang diuatamakan ialah bersenam selama 30 minit sehari

Live it
Belajar berbagai2 pilihan menu dan jumlah makanan yang diambil setiap hari.Paling utama ialah elak kan mengambil sebarang makanan yang mempunyai garam dan masin.Setiap makanan yang diambil perlu lah di rebus,dikukus atau di panggang sahaja.

Jadual menu makanan yang sesuai untuk pengamal diet mayo.

hari pertama  dan hari ke 8;-
sarapan -secawan teh atau kopi 
makanan tengahari - 2 biji telur rebus, seikat bayam, sebiji tomato, 2 biji kentang rebus
makan malam- daging bakar dan daun salad

hari kedua dan ke 9:- 
Sarapan pagi - secawan teh dan kopi . 
makan tengahari -daging bakar, buah segar, daun salad dan satu sudu makan minyak zaitun. 
makan malam- ayam kukus, sebiji pisang dan segelas yogurt.

hari ketiga dan ke 10 :-
Sarapan - secawan kopi atau teh .  sepotong roti bakar.
makan tengahari -,Daun saderi kukus, sebiji tomato  dan buah-buahan segar . 
Makan malam- 2 biji telur rebus, 2 potong ayam rebus dan daun salad.

hari keempat dan kesebelas
sarapan -secawan kopi atau teh .  sepotong roti bakar.
makan tengahari - sebiji telur rebus, lobak yang di parut bersama keju. 
makan malam, semangkuk buah buahan, daun salad dan segelas yogurt.

hari kelima dan kedua belas
sarapan -segelas jus lobak dan lemon . 
makan tengahari - ikan bakar . 
makan malam - sepotong daging bakar, daun salad dan sederi kukus

hari keenam dan ketiga belas
Sarapan- secawan  teh atau kopi  dan sepotong roti bakar. 
makan tengahari - dada ayam rebus, sdaun salad, lemon dan satu sudu minyak zaitun
makan mlam- 2 biji telur rebus dan jus lobak

hari ketujuh
sarapan - secawan  teh tanpa gula. 
makan tengahari -  sepotong daging bakar dan buah segar. 
makan malam- hanya minum air putih 

Untuk permulaan amalkan jadual pemakanan sihat ini disertai dengan senaman selama 30 minit sehari.dalam tempoh 13 hari pasti akan merasi kesan nya pada tubuh. Pada ibu2 yang bakal melahirkan bayi tak lama lagi,yang tengah sibuk2 siapkan barang2 nak ke hospital  tu macam dalam entry ni.., simpan jadual diet mayo ni ye..nanti lepas pantang boleh la amalkan.badan pun kembali langsing .tak la jadi bulat je lepas bersalin ni.. .Semoga berjaya... ..ekekek



sekian..

Comments

  1. good luck kak DR...nanti share progress ye

    ReplyDelete
  2. wahh..baru first time tahu pasal diet nih..ingat nak cuba jugalah..

    ReplyDelete
  3. First time dengar pasal diet mayo ni :)

    ReplyDelete
  4. Mcm mcm jenis diet rupanya.....Tp satu pun tak pernah cuba hihi....Hajat nak kurus tu mmg ada, tp bila duk depan makanan, tak dpt nak kawal weyh hihi...
    Tp apa kaitannya garam dgn diet ye DR....selalu dengar gula jer....

    ReplyDelete
  5. lahaiii..akak nk diet watpe?hihi..
    kawan kt opis ni ramai yg diet atkins..tp sy xleh..sehari xdpt nasik mau mengigil badan..

    ReplyDelete
  6. Ngeri le pulak akak.baca dik....kalau akak kompom tak tahan perut punye....bekpes minum teh atau kopi je... :'( ape2 pon adik mesti bole punye....kipidap dongibab hokey

    ReplyDelete
  7. 1st time dgr diet mayo ni..tp terseksa je tgk jadual makan yang breakfast tu just minum air teh je?spatutnya breakfast berat n dinner yg ringan..diet ni terbalik..pe2 pun good luck pd yg mencuba!smoga kekal langsing.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …