Monday, 16 November 2015

CELUP TANGAN DALAM MINYAK PANAS.LELAKI INI TIDAK MELECUR

Assalamualaikum...

Ingat tak dulu viral juga kisah makcik yang jual goreng pisang tu..
Selamba je dia celup minyak panas untuk goreng pisang.
kali ni kisah yang sama ada di India.
Seorang lelaki yang berkebolehan mencelup minyak panans sambil menggoreng



Ram Babu , lelaki berusia 60 tahun ini berniaga dijalanan dengan memasak kentang 
goreng dan hirisan terung dengan cara yang sangat menakjub kan.
Dia mampu memasukkan dan mengeluarkan tangan beliau ke dalam minyak masak 
yang dipanaskan sehingga 200 darjah Celsius, tanpa cedera


Ram menjelaskan dia mula berniaga ketika usia nya 20 tahun.
Pada suatu hari dia secara tidak sengaja mencelup tangan nya ke dalam minyak panas.
Apa yang mengejutkan ,tangan nya tidak cedera dan melecur.
Sejak itu dia mula tidak menggunakan alatan dapur dan hanya menggunakan tangan 
untuk mengeluarkan dan mengalih kan gorengan nya.



Kebolehan yang dimiliki oleh Ram menyebabkan gerainya sentiasa menjadi tumpuan dan
pelanggan kerap datang hanya untuk melihat aksinya itu.
Berbagai soalan yang kerap ditanya kepada nya dan dia hanya menjelaskan
ianya adalah anugerah tuhan pada nya.

dari segi saintifik ianya kita panggil Leidenfrost effect
iaitu keadaan di mana jika anda mencelup tangan anda
terlebih dahulu di dalam air, (atau cecair sejuk seperti adunan),
dan kemudian mencelup dalam cecair panas, air di sekitar kulit akan dipanaskan
sehingga ia bertukar kepada wap.Ianya mewujudkan satu pelindung
untuk beberapa saat yang melindungi kulit dari cecair panas.

Dia celup badan dia dalam tu pun makcik tak sanggup
nak beli gorengan dia tu..
tengok la gerai dia tu..kotor nya lahai...heheheh

sekian..

6 comments:

  1. Harapnya kebersihan diutamakan...kelebihan dia..

    ReplyDelete
  2. kalau saya pun memang tak beli la.... kalo tak nampak depan mata tu ok la lagi. hahaha

    ReplyDelete
  3. selamba je kangkang kat hasil gorengan die tu keh keh keh

    ReplyDelete
  4. Dah kebal biasa buat, dah tak takut sebab selalu menghadap kuali panas kut.

    ReplyDelete
  5. Kaki sampai atas meja ....hahaha... akak kene minyak goreng ikan nangis terus hujung tangga...hahaha

    ReplyDelete
  6. ha ha ha yes yes...
    tak sanggup nak makan bila dia celup guna tgn :)
    kalau ye pun nak unik, carik la benda lain.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();