Monday, 23 November 2015

BETUL KE GURU YANG PENYAYANG AKAN BUAT ANAK MURID SAYANG?

Assalamualaikum...



Kesian betul kat cikgu yang keretanya dicalarkan
dengan perkataan "babi" dipercayai dilakukan oleh anak murid nya.
Kejadian berlaku di hujung2 seisi persekolahan pulak tu.
Dah tentu cikgu nya rasa sedih..
Sedih dengan sikap anak murid dan sedih berapa pulak nak kena
labur untuk hilangkan perkataan "babi " dikeretanya tu..
Calar di kereta boleh hilang tapi calar dan luka di hati sampai
bila2 akan terkesan.
Harap2 cikgu tu dapat la memaafkan anak murid nya.
Takut anak muridnya tu bebal sampai tua sebab ilmu tak boleh masuk
gara-gara derhaka kat guru.

Selalunya guru yang macam mana yang akan jadi sasaran anak murid macam ni ye?
dah tentu kita akan kata , cikgu ni mesti garang sangat sampai anak murid benci..
mesti cikgu ni ada buat apa2 yang buruk pada anak murid.
mesti cikgu ni begitu begini..dan sebagainya..

Saya terbaca satu komen ni..



Dah nama pun cikgu..
Tanggungjawab dia untuk menegur anak murid dia.
kalau dia nampak benda tak elok yang anak murid dia buat,
tapi dia diam kan saja, itulah cikgu yang paling teruk di dunia.
Dia datang sekolah semata2 sebab nak gaji je.

Bukan semua anak murid suka kelakuan jahatnya di tegur.
Boleh dikatakan ramai nak murid yang tak suka cikgu tegur salah dia.
tak kira lah cikgu tu tegur dengan cara baik atau kasar.
Dia akan anggap cikgu tu penyibuk dan mengganggu dia je.

Kalau dapat anak murid yang baik,
cikgu layan dia penuh mesra , boleh gurau2,
memang dia pun akan sayang cikgu dia tak kira cikgu marah ke tidak.
yang ni dalam 20 % je..

Tapi kalau dapat yang jenis ketegaq,
time cikgu gelak2, buat lawak.. dia suka..
tapi time tegur salah dia terus sentap.
terus cikgu tu masuk dalam senarai cikgu paling dibenci.

Saya pun pernah sekolah..
saya bercampur dengan kawan2 yang baik dengan cikgu
dan kawan2 yang meluat kat cikgu..
saya nampak semua ni dalam diri mereka.

kadang2 saya pun heran..
cikgu ni punya la baik, tapi kenapa ada murid yang
boleh gelar cikgu tu dengan gelaran yang tak baik..
Rupanya sebab cikgu tu pernah tegur salah dia je.

Jadi..pendapat saya..
Tak semestinya cikgu yang baik dan penyayang tu
anak murid akan sayang..

Apa pun kesian kat cikgu ni..kan??
lepas ni cikgu2 pi sekolah bawak basikal je la..
kalau anak murid rosak kan  basikal tak la mahal kos nak baiki nya..
kereta simpan kat rumah..jaga baik2..
nak tips jaga kereta..ni ha!!klik kat sini..
tips jaga kereta supaya sentiasa dalam keadaan tip top!!

sekian..

14 comments:

  1. Saya rasa ia bukan salah guru, juga bukan salah murid. Ia salah masyarakat, salah ibu bapa, salah sistem pendidikan kita yg diadun begitu keras tanpa belas kasihan. Di malaysia murid-murid diajar untuk mendapat sebanyak mungkin A, bukan diajar untuk mencari kecemerlangan diri.
    Hari tu saya tengok satu dokumentari tentang sistem pendidikan di Sweden yg penuh kasih sayang, harmoni dan persahabatan. Sistem pendidikan sebegitu melahirkan pelajar2 yg suka belajar, walaupun sekolah tak ada pagar tapi pelajar2 tak pernah ponteng sekolah. Di Sweeden pelajar suka ke sekolah kerana sekolah tempat yang menyeronokkan untuk menimba ilmu berdasarkan minat mereka.

    Di Malaysia kita membina sekolah seperti penjara, guru menjadi wardennya, pelajar menjadi banduannya. Sebab itu ramai murid nakal di Malaysia, suka ponteng, membuli yang lemah. Ia bukan salah guru dan murid, ia salah sistem itu sendiri yang lebih banyak mendera dari membela..

    Maafkan saya jika pemerhatian saya tidak tepat..

    ReplyDelete
  2. saya ada nampak juga komen tu

    saya dulu penah jadi pengawas sekolah
    cikgu berada dalam situasi, nak marah tak boleh
    tak marah pun tak boleh
    parent terlalu kawal apa yang boleh dan tak boleh cikgu buat

    post cikgu tu pun pasa daya terlalu polite
    itupun ada yang kata gitu...nampak sangat dia mandang tugas cikgu ni semacam

    ReplyDelete
  3. sy rs suasana persekitaran yg mendidik anak2 jd mcm ni. cikgu or ibu bapa x pernah ajar (rs nyer) cam ne nk lorek / calarkan kereta melainkan dia sendiri atau org lain yg pernah lakukan dan dia saksikan. harap2 anak murid tu sempat meminta maaf. bimbang kekurangan keredhaan guru tu akan menjejaskan keberkatan hidupnya kelak... dia mungkin x fhm hari ni...

    ReplyDelete
  4. ada banyak pendekatan.. tengok la cikgu ni pilih yang mana.. time CT sek dulu ada cg disiplin memang garang gila.. tapi budak2 problematic semua sayang dia walaupun keje dia tibai orang.. bila dia nak marah.. dia akan cakap rasional kenapa dia buat cemtu.. kenapa dia buat cemni..

    ReplyDelete
  5. Kang kalau tak di tegur perangai sorang2 cam hape...bila dah di tegur gini pulak yg dia dapat...sabo banyak2 la pada semua guru2 di luar sana

    ReplyDelete
  6. Tergamak betul student dia buat macam tu. Macam2 budak zaman sekarang ni, marah dekat cikgu pergi calarkan kereta la,haiyaaa T_T

    ReplyDelete
  7. Kalau budak baik memang takkan buat macam tu walau cikgu tu buat tak baik pun pada dia. Dah terang2 budak yang buat tu budak nakal.. tang cikgu saya tak dapat nak komen sebab saya tak tahu perangai atau cara cikgu tu layan @ didik anak murid dia. Saya komen apa yang saya nampak bukti jer. Jangan marah yer hehehe

    ReplyDelete
  8. la ni cikgu hanya jadi pengajar saja bukan pendidik...anak2 murid yg tersangat garang ni menalutkan cikgu untuk berbaik n memberi perhatian kpgnya utk elakan masalah spt ni...

    ReplyDelete
  9. moga anak-anak kita jadi anak yang soleh~solehah... bimbang betui dengan suasana zaman sekarang... dulu takut sangat dengan cikgu... sekarang budak-budak dah hilang takut... huhu (T____T)

    ReplyDelete
  10. mungkin cikgu tu pernah kantoikan dia besar-besaran menyebabkan dia dimarahi ibu bapa. apa-apa pun, saya rasa tak patut kot buat macam tu, tapi harapnya anak murid tersebut mengaku salah dan meminta maaf.anak-anak buat benda kadang-kadang tak berfikir, so cikgu janganlah berdendam sampai macam tu sekali

    ReplyDelete
  11. tingat kat sekolak kite dulu ade pelajar pancitkan tayar2 ngan toreh kete pkhem..sudahnye kene tangkap dgn polis..siap kene gari..yg lg best polis dtg tangkap pelajar tuh jalan kaki jer sebab balai polis dekat ngan sekolah kite..balik balai pun jalan kaki jugak..hehe

    ReplyDelete
  12. Walau guru tu jahat ke apa ka kan rasanya x perlu nak dendam smpai mcm tu..

    ReplyDelete
  13. Sebenarnya jadi cikgu sekarang memang stress. Tak macam dulu-dulu apabila profesion guru tu dipandang mulia. Sekarang ni makpak suka masuk campur kalau tak suka dengan cara cikgu/sekolah mendidik anak-anak mereka. Yalah, ada masa kita perlu masuk campur, kita masuk campurlah. Ada masanya tak boleh terlalu berlagak sangat sebab itu anak kita, kita tahulah apa cara yang sesuai cikgu nak mengajarnya.

    Anak-anak murid sekarang pun tak macam kita dulu-dulu. Jahat-jahat kita pun tak pernah sampai menyakit hati cikgu sampai tahap 'kenalah jumpa di akhirat nanti...'

    Tapikan faktanya yang saya nak beritahu, saya ni penyayang pada guru-guru saya dan juga anak murid yang disayangi guru-guru. So, takdalah masalah berbangkit rasanya antara saya dan bekas guru-guru yang pernah mengajar saya :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();