Skip to main content

BAHAYA POST BAHAN LUCAH DI GROUP WHATSAPP

Assalamualaikum...



Pagi tadi saya baca satu entry kat blog eelobor.blogspot.my
yang cerita tentang masalah post2 kat group whatsapp yang dia join
bila ada antara ahli dalam group suka post bahan2 lucah,
tak pasal2 bila anak dia buka enpon maka terkeluar la
apa benda yang tak sepatutnya tu..

Saya pun pelik juga dengan orang lelaki ni..
macam tu je ke cara mereka semua berhibur?
itu sajakah vara mereka bergurau dan mengusik?

Kalau depa tunjuk hat depa sendiri,lantak pi la..
ni dok post hat pompuan punya.
Tak ka depa rasa malu.?
ye la,..nak malu apa nya bukan hat depa pun..kan??
Buat apa nak rasa malu..

Ok..kita tolak la rasa malu tu ke tepi..
Anggap je depa tak dak rasa malu..
tapi bayangkan kalau ampa eksiden ka, enpon tertinggal kat mana2 ka..
tetiba2 enpon ampa tu dok kat tangan orang lain..
dapat kat bini ok la..
tapi cer bayang kan kalau pak mertua yang pegang enpon tu..
Atau pun kat anak ampa yang sulong..
umur dia 14..

Entah apa la anggapan mereka pada ampa..
Memang bukan ampa yang post..
tapi bila ada kawan yang post ampa delete terus la dari enpon tu..
simpan nak buat apa?
kot ampa nak layan sama tak tau la..kan??

Tengah dok makan2 kat restoran, bagi anak main enpon.
dia buka terbuka la video ka apa..
bunya lain macam keluar..
semua orang tengok ampa..
tak kan time tu kulit ampa tebai lagi kot..
mesti malu..kan??

Kita nak larang orang post memang tak boleh..
depa memang lagu tu..tak senonoh..
sekarang yang kena bertindak, ampa tu..
dapat terus delete..ok..

Kalau betul2 nak kan hiburan yang best 
apa kata baca ni..mesti ampa rasa seronok..
Seronok macam budak kecik..heheh

sekian.

Comments

  1. lelaki lah yg suka sgt share benda tak senonoh. Pdhal grup campur lelaki perempuan (grup sekolah). Langsung tak tau malu! Maaf ya kpd lelaki2..
    Cara saya, setting utk pilih mana nak d/load. Kalau tak, abis sume menda pun ada dlm hp kita.

    ReplyDelete
  2. Saya setuju dengan Cik / Pn. Ujie othman..
    Mmg ada lelaki tanpa segan silu, x malu fwd gmbr2 camtu walaupun dlm group tu ada perempuan berstatus isteri. At least respect. Lebih2 lg yg sudah berkahwin, jaga maruah perempuan, isteri dan anak..

    ReplyDelete
  3. GRUP WHATSAPP NI ADA ADMINNYA...JADI ADMIN TU KENALAH AMBIL TAHU N TAPIS SEMUA SAMPAH2 YG MASUK..

    ReplyDelete
  4. Tula..akk sllu jugak deleted gmbr2 wasap hubs..sbb ada gmbr perempuan tp bkn la xsenonoh ke apa..cuma rasa mcm xsesuai utk hubs nk tgk...dia ckp dia pun xtgk..sbb wasap dia autodownload...so mmg gmbr tu akn ada slm folder wasap dia..tp tula..bila dh ada gang wasap semua jate..ginila pulak kisahnya..huhu

    ReplyDelete
  5. Tula..akk sllu jugak deleted gmbr2 wasap hubs..sbb ada gmbr perempuan tp bkn la xsenonoh ke apa..cuma rasa mcm xsesuai utk hubs nk tgk...dia ckp dia pun xtgk..sbb wasap dia autodownload...so mmg gmbr tu akn ada slm folder wasap dia..tp tula..bila dh ada gang wasap semua jate..ginila pulak kisahnya..huhu

    ReplyDelete
  6. Suami jenis tak suka group whatsapp merapu... Yg penting je dia join... Gambar pun kdg tak download...

    ReplyDelete
  7. kalu merapu2 ni sy trs delete je mls nk lyn

    ReplyDelete
  8. kadang tak nafikan...benda ni cam satu entertainment pada diorang
    tak tahulah nak kata apa lagi

    ReplyDelete
  9. Tak penah kene lagi...mintak2 takde la kawan2 wssap akak yg tak bertamadun camtu...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …