Wednesday, 25 November 2015

ASYIK SALAH KAN ORANG LAIN JE..BILA NK MENGAKU SALAH SENDIRI??

Assalamualaikum..



Budaya menyalahkan orang lain sekarang ni nampak makin menular
dikalangan masyarakat kita..
Bila si A buat salah kita terus akan menyalahkan pihak ;lain
sedangkan jelas dan nyata kesalahan di pihak A

Prestasi pasukan bolasepak merundum..asyik kalah je..
Kita salah kan FAM..
padahal pemain tu yang tak hebat mana pun..
semua lembik2..

Pelajar sekolah bunuh diri sebab gagal peperiksaan..
Kita salah kan ibu bapa dan guru2..
sedangkan budak2 lain pun ada je yang mak pak
dia garang macam singa kalau gagal ujian tapi tak de pulak sampai nak bunuh diri.

Anak gadis lambat kahwin sampai jadi anak dara tua.
kita salah kan mak ayah yang suka2 letak hantaran berbagai.
Sedangkan yang selalu kita nampak selama ni
si anak tu kalau nak kawen dia punya list persiapan sampai 3 helai muka surat.
mak ayah kat kampung tak tau apa pun..
Cuma letak harga mas kawen dan hantaran je..
yang si anak beria nak pelamin bertingkat , kek bertingkat, gaun bertingkat tu siapa suruh..
tu belum campur bayaran jurugambar pra wedding , pra tok nenak dia la apa..

Tak tutup aurat kita salah kan JAKIM
Cakap JAKIM tak tegas.
Agaknya dia nak JAKIM tunggu depan rumah hari2 ke .
Nampak je keluar rumah pakai seluar ketat terus tangkap.
macam tu??

Semuanya bergantung pada diri sendiri sebenarnya..
yang lain tu bukan penyebab utama pun.
kalau kau betul2 nak buat
datang lah tekanan dari mana sekali pun
tak de kau peduli semua tu..

sekian..

10 comments:

  1. Sokong sangat... bergantung pada diri sendiri.. bukan takde akal, bukan takde hati, bukan tak boleh fikir... takkan semua orang kena lukis hidup kau baru nak puas hati, kan??

    Tak suka orang tuding2 jari ni... (sambil marah diri sendiri jugak) ngeeee~

    ReplyDelete
  2. Kan Diana....kadang2 tu macam tak logik nak salahkan orang lain atas kesilapan diri sendiri.

    ReplyDelete
  3. selalu salahkan org lama2 terkena kat diri sendiri teruk berganda-ganda.... jauh-jauhkan

    ReplyDelete
  4. Sebab kita rasa kita saja manusia yg sempurna di dunia ini, orang lain semua tak sempurna...hahaha..

    ReplyDelete
  5. Allah swt dah jelaskan dalam surah Ar-Ra'd pada ayat 11

    ReplyDelete
  6. Manusia..mmg suke nmpk kelemahan org lain dr kelemahan sendiri :(

    ReplyDelete
  7. Setuju 100% ngan diana... kita yg wajib baiki diri.. jgn nak tunding jari.. bersikap jujur hati pun tenang.. kannn

    ReplyDelete
  8. betullah tu
    sebenarnya semua tu berbalik pada diri sendiri

    ReplyDelete
  9. Menyalahkan orang ni best apa. Kita tak rasa apa-apa pun dalam hati. Cubalah kalau kita salahkan diri sendiri, mahu tak bermaya rasanya nak meneruskan hidup :)

    Pokok pangkalnya bermula dari diri sendiri. Faktor orang sekeliling atau keadaan semasa tu, cuma membantu aje menjadikan sebab musabab alasan kita tu lebih bermakna. Faham tak ni Kak Diana, sasterewang negara bercakap ni?

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();