Thursday, 26 November 2015

APA TINDAKAN SAYA JIKA ANAK-ANAK BATUK?

Assalamualaikum...

Sebenarnya dah 3 hari saya batuk sampai nak tidur malam pun tak nyenyak.Kejap2 terjaga sebab batuk ni..Saya tak de ambil apa2 ubat.Cuma berpantang tak makan benda berminyak dan yang berkacang . Malam tadi pun makan malam saya buat kan sup ayam yang tak payah tumis2 bawang bagai.semuanya masuk dalam satu periuk dan masak je sampai ayam betul2 masak.

kalau nak cerita tentang tips2 anak batuk, atasi masalah anak kerap batuk dan sebagainya memang banyak info2 yang kita akan dapat dari google ni..Saya pun ada juga guna beberapa petua yang sya jumpa di google.Yang penting kita usaha untuk menyembuhkan penyakit selain berdoa semoga kesihatan anak2 beransur pulih..



Ubat batuk?Buat masa ini cuma anak pertama saya saja yang pernah diberi ubat batuk beberapa tahun lalu..Anak kedua saya yang berusia 3 tahun pernah diberi ubat batuk tapi dia muntah kan balik sebelum dia telan dan sejak tu saya tak pernah beri anak makan ubat batuk. kalau pergi klinik doktor akan beri ubat batuk tapi tak pernah diaorang makan..tapi saya tetap bawa mereka ke klinik untuk pemeriksaan risau kalau ada apa2 penyakit lain.

Masa mula2 dulu marah jugak saya pada anak2 yang tak mau makan ubat bila batuk.Ye la..hati ibu mana lah yang sanggup dengar anak dia setiap malam batuk dan susah nak tidur..kan?/tapi semakin lama saya rasa yang lebih baik anak2 saya tak terlalu manja dengan ubat.Setakat selsema dan batuk baik mereka sembuh dengan sendiri.tapi macam saya kata tadi , saya tetap pantau dan dapatkan pemeriksaan doktor.


Apa yang saya beri jika anak batuk..?selalunya saya akan beri pati delima,atau pun jus apple tanpa gula.Saya tak pernah beri madu pada anak kerana mereka tak suka kan rasa dan bau nya.Untuk anak bawah setahun saya pernah baca yang madu tidak sesuai untuk mereka..jadi mungkin sebab tu anak2 saya tak gemar madu sebab tak pernah diberi sejak kecil..saya juga memberi mereka minum banyak air sebab cara ni akan membuatkan kahak lebih mudah dikeluarkan.


sekian..

14 comments:

  1. ubat batuk tak bagus pun.. Bagus jugak bebudak tu tak suka.. hehehe

    ReplyDelete
  2. risau tengok anak2 batuk n tetap berusaha cari ubatnya...

    ReplyDelete
  3. Oh pati delima dan air masak ye byk2....tu lah sekarang Qaiser ilman batuk teruk tau diana...makan ubat batuk pun macam tak sembuh je...nanti nak cari pati buah delima tu bagi tq sharing

    ReplyDelete
  4. anak akak yg kecik ni si Izara kalau batuk akak berikan dia madu sesudu setiap pagi...nasib dia nak je makan...kadang akak terlupa dia yg sebuk duk ingatkan akak...kikiki...alhamdulillah dgn izin Allah batuk dia dah sembuh...

    ReplyDelete
  5. Sy xbrapa suke sgt bg ank2 ubat..usaha ngan bnd lain dl..alhamdulillah darwish stakat ni xpenah lg bg ape2 ubat..selsema batuk sume gune natural remedies je ;)

    ReplyDelete
  6. Madu bancuh air sedap juga. Rasa macam air kotak teh bunga tu.

    ReplyDelete
  7. Semasa kecil lebih baik anak-anak build up immune system secara semulajadi

    ReplyDelete
  8. lepas anak saya kena jangkitan paru-paru
    saya memang tak penah bagi ubat batuk dan selesema
    doktor kata penyakit yang disebabkan oleh virus tak boleh cure dengan ubat
    so kalau batuk...saya biasa sapu minyak bawang putih yang saya buat sendiri

    ReplyDelete
  9. Saya pun biasa bg vco atau buah kiwi je..

    ReplyDelete
  10. Okje mmg bagi ubat klinik makcik terutamanya yg kecik tu. Sebab kalau dibiar lama dia senang dpt lelah. Tp alhamdulilah lepas bagi ubat 2-3 hari, batuk pun hilang sendiri...

    ReplyDelete
  11. Anak-anak saya pun kalau batuk, selalunya baik sendiri. Tak beri pun ubat batuk. Tapi bukanlah setiap kali pun tak beri ubat batuk. Tengok keadaanya. Kalau tak teruk sangat, takdalah saya beri. Minum air banyak-banyak jangan sampai batuk jadi teruk hingga sakit tekak pulak.

    ReplyDelete
  12. Kaklong pun tak makan ubat batuk, tak suka rasa dia..
    Bole la cuba pati buah delima pula lepas ni..
    Kalo batuk mesti dalam 3 minggu baru baek..
    Tak best.. tak best.. :(

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();