Skip to main content

AMIR UKAYS MEMANG DAH TAK BOLEH NYANYI LIVE

Assalamualaikum...




Saya memang penonton Gegar Vaganza sebab saya membesar dengan mendengar lagu2 artis yang terlibat tu.Lebih2 lagi saya ni peminat setia lagu2 Ukays.Cakap je lagu apa semua makcik tahu..hahhah...Bila dengar je Amir Ukays ada sertai Gegar Vaganza terus rasa macam tak sabar2 nak dengar Amir Ukays menyanyi.Masih merdu ke suara dia..

Tapi tu la..tak seperti yang diharapkan.Dah tak boleh pi dengan suara Amir ni..Mungkin sebab dah lama tak menyanyi jadi dah lari dia punya lenggok suaranya tu.Seingat saya Amir ni mula tak aktif menyanyi selepas dia mengalami kemalangan jalan raya yang boleh dikatakan serius juga keadaan nya.Kalau ada yang perasan , bahagian dagu nya tu macam ada parut besar..kan?

Sejak tu la saya dengar suara dia macam tak best dah.Tapi lagu2 lama dia masih saya dengar sampai hari ni.Sejak minggu pertama Gegar vaganza lagi dah nampak dia tak boleh nyanyi live.Sumbang je suara nya..Orang kata kalau nak suara sedap kena makan pedas2.Agaknya sebab tu suara saya sedap .sebab saya suka pedas..Ceh!!dan2 la mengaku suka pedas padahal sos cili pun sya tak makan..ekekek..Eh.!!.tau kan ada cabaran makan pedas ??ye..memng kerja giler..tak percaya klik sini..


Tapi terima kasih juga kat Amir sebab menghiburkan saya dengan lagu-lagu yang pernah dinyanyikan.Walaupun dia tak boleh nyanyi live tapi saya tetap dengar juga lagu2 dia yang dulu sambil berblog ni..


sekian...

Comments

  1. bg akak thn nih nyer gegar vaganza ada yg sore agak sumbang or tak berapa blh tarik kot... kalau thn lps mmg syok ramai lak yg mmg lama dh tak nyanyi...

    agaknya sbb amir ni lama sgt tak bt show ke apa itu yg agak sumbang2 skit

    ReplyDelete
  2. xsemua yg kita miliki akan kekal selamanya...

    ReplyDelete
  3. Tak tengok gegar vaganza sbb takde astro kat rumah. Tapi kalau lagu ukays memang minat la.

    ReplyDelete
  4. saya baca dua kali ayat ni.. Dah tak boleh pi dengan suami Amir ni. << maybe ada typo kat situ. Yelah macam amy mastura tak boleh nyanyi live tapi saya tetap suka lagu2 dia. kalau lagu tu best even penyanyi dia dah tak boleh nyanyi dengan baik tetap lagu2 dia akan kekal best. sebab benda dah record hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi..jauh sangat typo nya tu..baca balik akak pun rasa pelik..ni la jadinya bila sambil update blog telinga dok dengar drama korea kat tv..hahaha...drama korea kan dok sebut suami kamu..itu gini..sekali masuk blog terus..hahahah

      Delete
    2. hehe...nasib dah baca kemudian
      tak nampak dah typo tu

      Delete
  5. Amir dah lama menghilang.... Kalau dulu lagu dia memang cukup menyengat la :)

    ReplyDelete
  6. Mak pun layan DR....betul tu kalau awak pun membesar dgn lagu lagu tu, mak ni apa tah lagi hihi......maklumlah....

    Betul ckp makcik tu.....lenggok dia dah kurang umph.... tp bolehlah layan hihi..... Nizam, Nasir Wahab pun best kan

    ReplyDelete
  7. gamaknye la kan .... tp takl berapa besh pun ....

    ReplyDelete
  8. brg kali amir krg persediaan kot sblm msk GV ni... ;-)

    ReplyDelete
  9. saya tengok juga ni
    musim kali ni cam lagi best berbanding sebelumnya
    cumanya saya tak ada favorite artis
    semuanya saya rasakan hebat

    eh yeke dia tak boleh nyanyi live
    telinga saya dengar cam okay jugalah...hehe

    ReplyDelete
  10. Nak perbetulkan..amir kurang menyerlah n Paduan suara dia hilang selepas kemalangan..amir menjalani operation akibat patah tulang rahang.ada effect pada suara dia selepas pembedahan..sebab pembedahan hampir kepada kotak suara..sebab tu tone suara amir dah x seperti dulu tapi beliau masih mampu lagi menyanyikan lagu2 lama seperti dulu.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …