Skip to main content

ADA KE GADIS MELAYU YANG TERIMA SAJA SESIAPA UNTUK JADI PASANGAN HIDUP?

Assalamualaikum...

Orang kata kalau nak kahwin ni kena pilih pasangan betul2.
Sebab kita bukan nak kahwin sehari.
Nak sampai mati ikatan perkahwinan kita dan suami..
Biarlah yang itu pertama dan terakhir..InsyaAllah.


tapi kalau dalam kes macam gambar diatas ni ,
apa pendapat kawan2.?
Adakah betul gadis2 melayu ni memang berani kat
status laman sosial je.
Padahal dia tak maksudkan langsung dengan apa
yang dia tulis..??

Saya memang agak setuju dengan apa yang di tulis oleh saudara Mohd Zailee ni.
Mana ada gadis yang tiba2 je
boleh terima entah siapa2 yang dia tak kenal
untuk jadi pasangan dia,.- Pasangan seumur hidup.
Budak2 kecil pun tak mau dekat
dengan orang yang dia tak kenal.
Ni kan pulak dah jadi anak gadis.



Perempuan yang bijak dia akan teliti dulu , kenali
sehabis baik bakal pasangan dia.
Asal usul nya, citarasa bakal suami nya, apa pekerjaan nya..
zaman sekarang benda2 kecil macam tu jangan la dipandang ringan.
Ada pasangan yang bercerai hanya sebab perkara2 kecil.
bercerai sebab gaji suami tak cukup,.
bercerai sebab suami tak makan itu tak makan ini (cerewet).
bercerai sebab suami suka layan whatsapp
bercerai sebab suami selera songsang.

Saya rasa zaman sekarang bukan macam zaman dulu.
Zaman dulu jiran kampung sebelah kenenkan anak
saudara dia dengan kampung yang lain..pun jadi..
Boleh je sampai ke anak cucu hubungan perklahwinan nya.
Tapi sekarang dah berbeza.
banyak sangat anasir2 luar yang
boleh menjejaskan hubungan suami isteri.

Bukan saya nk kata awak kena berkasih sayang dulu sebelum kahwin.
cuma sekurang2 nya ambil masa untuk mengenali lelaki tu.
jangan baru kenal 3 minggu,
perasaan suka pun tak de, apa lagi cinta,
tiba2 lelaki cakap jom kahwin..
awak pun terus nak .

Lepas kahwin jadi apa2, tanggung la sendiri.
jangan nak menyesal ke apa.

Ada banyak cara lain selain bercinta untuk gadis2 ni mengenali
bakal pasangan dia.
Contohnya macam tanya pada orang terdekat, seperti kawan2,
atau saudara mara si lelaki.
Yang lelaki pun jangan la anggap perempuan ni asal boleh je sampaikan 
awak sesuka hati nak melamar anak gadis orang.
Bila ditolak mula nak naik angin..
perempuan pun ada hal untuk menolak.
padahal awak pun bukan nak sangt kahwin..
saja nak mengusik je.Betul tak??


Jadi pada gadis2 tu lepas ni jangan  nak up sangat la status la
"boleh kahwin dengan siapa2 je.."
"terima siapa je jadi pasangan hidup.."
"biar orang cinta kita, kita tak cinta tu tak pe.."
serius ni..makcik meluat baca..




sekian..

Comments

  1. anak dara sekarang sekadar suka share padahal depa sendiri tak berniat atau terfikir pun nak buat macam tu. Jenis ikut ikutan jer..

    ReplyDelete
  2. Betul lah tu diana ...berani ke nk kawen kalau baru je kenal.Lainlah zaman dulu tak kenal pun boleh jadi sebab orgtua2 yang kenen2 kan mestilah yg terbaik.

    ReplyDelete
  3. sy dpt msg tu kt WA group... sy gelak je laa tp ada betulnya... betul zaman skrg x sm dgn zaman dulu. kalu suka trs msk meminang even yg nk dipinang tu tgh panjat pokok hehehe skrg ni semua kena teliti. jgn kawen 72 hari je dah kena cerai hehehehe

    ReplyDelete
  4. zaman dulu ok kot kak kalo nak terima saja.. zaman skarang xleh kak haha..

    ReplyDelete
  5. Sekarang ni byk sgt kes penceraian terjadi...antara faktor utamanye "tiada sefahaman" jadi kenali la pasangan anda sebelom berkawin...baik pompuan mahu pon lelaki...

    ReplyDelete
  6. Status facebook kan... memang suci murni je gayanya.. tapi hakikat.. wallhu'alam... Moga kita jauh dari sifat begitu juga.. biar apa yg distatuskan dan ditulis sama juga dngan realiti si tukang tulis..

    ReplyDelete
  7. Dalam drama jer kot kalau nak terima lelaki tak dikenali..

    ReplyDelete
  8. biasa ler tu.
    jari jemari aje berani.
    mulut? diri sendiri? takde keberanian :) ha ha

    ReplyDelete
  9. maybe gadis2 camtu nak tunjuk diri konon2 suci atau innocent kot kak..hehe..

    tp akak zaman skang ni ada lagi tau yg xberapa kenal..ajakk kawin pastu terima.hasil dari org matchmaking la.lepas terima tu dlm proses nak kahwin tu diorg br nak berkenalan..

    tp after kawin kwn sy tu cerita ada menyesal jgk la sbb xkenal pasangan sblm kawin..sbb beza umur dia dan suami dlm 12 tahun..jauh sbb kira kawan sy ni masih peringkat nak bermanja/nak perhatian gitu..tp suami tu just kawin sbb nak anak dan ada org jaga dia..suami dah berumur 40thun..

    jadi sebaiknya cari pasangan tue kenal2 dulu kan sebelum terima..bukannya bermaksud bercinta nak rak..hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …