Skip to main content

5 TIPS PENTING UNTUK TRAVEL BAJET BERSAMA ANAK-ANAK

Assalamualaikum....



Musim cuti sekolah dah tiba.Mesti dah ada yang merancang untuk pergi bercuti dan bawak anak jalan-jalan kan??Tapi banyak perkara yang nak di fikirkan dalam merancng percutian dengan keluarga.Kalau jalan-jalan sendiri atau dengan kawan-kawan mungkin mudah bagi kita tapi kalau dengan anak-anak ada beberapa tips yang perlu kita ikuti supaya percutian kita menjimatkan dan berjalan lancar.



1-Pastikan cuaca tidak menjejaskan percutian anda
Untuk mengelak kan kos yang berlebihan atau percutian anda menjadi sia2 jangan melakukan perjalanan ketika musim hujan .Anda mungkin hanya akan menghabiskan masa di dalam bilik hotel dan segala perancangan anda akan tergendala.Ia  menyebabkan kos anda juga akan bertambah.



2-Bersedia dengan tahap kesihatan ahli keluarga
Pastikan tahap kesihatan anda dan ahli keluarga dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.Ianya untuk mengelak kan kos perubatan yang tinggi di tempat yang anda pergi.bayangkan jika ada ahli keluarga yang terpaksa di tahan di wad, dah tentu percutian anda hanya di hospital sahaja..Adakalanya cuaca di negara lain mempengaruhi tahap kesihatan kita.Jangan lupa sediakan ubat-ubatan untuk perkara-perkara kecemasan sebagai persediaan.



3-Tinggalkan kenderaan anda 
Jika anda melakukan perjalanan ke negara-negara yang berdekatan adalah lebih baik anda menggunakan syarikat penerbangan.perjalanan menggunakan kenderaan sendiri hanya akan membuatkan kos bertambah. Minyak, tol, dan ada kemungkinan kos anda akan meningkat jika berlaku kerosakan pada kenderaan anda.Boleh lawatai laman web mana2 syarikat penerbangan untuk mendapat kan harga terendah untuk anda dan anak-anak.



4-Guna cara orang tempatan
Hotel, kenderaan, tempat makan segalanya anda boleh dapatkan dengan harga murah jika anda menggunakan semua ini seperti orang tempatan.Kelebihan nya anda akan melihat budaya dan cara hidup orang tempatan dengan lebih dekat.



5-Elak kan tempat membeli belah
Pastikan anda dan keluarga tahu apa tujuan perjalanan kali ini.Ianya hanya tentang melihat dan merasai pengalaman di tempat orang.Bukan untuk membeli belah dan menambahkan jumlah bagasi.Jika tidak bersedia lah dengan kos tambahan yang terpaksa di tanggung.


Bagi yang belum berkeluarga dan nak tahu macam mana nak travel dengan cara yang menjimatkan boleh la ikuti tips-tips di sini.(klik)

sekian..

Comments

  1. SERONOK JLN2 MUSIM CUTI NI TAPI KENA SEDIA BAJET YG MENCUKUPI JUGA...

    ReplyDelete
  2. lama tak jenjalan... nice tips..

    ReplyDelete
  3. Saya cuma pergi negeri orang bila ada keperluan - kenduri, kematian atau hal2 keluarga. Sekarang kalau saja2 nak bercuti pikir 20 kali dalam keadaan ekonomi yang semakin menyesakkan nafas ni, hahahaha..

    ReplyDelete
  4. No satuu tu paling penting. Hehehe. Kalau hujan nak berjalan ke mana mana pun tak lepas

    ReplyDelete
  5. saya balik kampung je, maybe nanti juga nak cek in hotel supaya anak2 boleh mandi kolam

    ReplyDelete
  6. bestnya kalau dpt bercuti2 di negara 4 musim...ngeeeeee

    ReplyDelete
  7. aida memang ikut few tips di atas, diana.
    agar proses holiday berjalan lancar.
    terutama kesihatan anak2...
    and definitely before holiday, aida akan gugel pasal tempat tu hingga lobam!
    kiranya da ada jadual holiday dah what to do :)

    ReplyDelete
  8. kalau ikut tips nombor 5 tu kompom bole jimat banyak kan...hehehe

    ReplyDelete
  9. betul... rancang sebaiknya... penat belakang kira ;-)

    ReplyDelete
  10. Point no 1 yg Nad risau sangat sekarang ni..memang plan nak gi bercuti, tapi tu lah cuaca sekarang ni tak menentu..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …