Skip to main content

10 FAKTA MENARIK TENTANG DARAH

Assalamualaikum...



Apa yang kita tahu tentang darah? merah , A, B AB ...O... heheh..darah tinggi, kurang darah..lagi apa entah...ada 10 fakta menarik tentang darah yang menarik selain dari warna nya merah...:p

1-ketika dilahirkan , hanya ada kira-kira secawan darah saja dalam tubuh kita.

2-darah membentuk 7 % daripada berat badan manusia

3-Sel darah merah membekalkan oksigen manakala sel darah putih pula mencari , menyerang dan membunuh segala organisma pembawa penyakit yang masuk ke dalam tubuh terutamanya bakteria.Nanah sebenarnya berasal daripada sel neutrofil ( yang membentuk 65-75 % daripada darah putih) yang mati selepas membunuh kuman.



4-satu pain darah yang anda dermakan mampu menyelamatkan 3 nyawa.

5-susu lembu dicampur darah adalah salah satu makanan kesukaan masyarakat Masai di Afrika.

6-Orang Moche (peru),Scythia (greek) dan Nomad di Rusia minum darah musuh pertama yang mereka bunuh dalam peperangan sebagai lambang keberanian dan kegagahan.

7-terdapat juga manusia yang mempunyai perangai pelik iaitu suka menghisap darah dari luka seorang manusia lain.



8-Dianggarkan terdapat 4.7 hingga 6.6 liter darah dalam tubuh seorang lelaki manakala perempuan, 3.8 hingga 5.7 liter.

9- Pada 1928 William harvey (1578-1657) dari Universiti Cambridge telah diisytiharkan sebagai manusia pertama yang mengetahui tentang peredaran darah di dalam tubuh manusia.namun sebenarnya ketika itu ramai saintis Eropah yang telah pun mengetahui bahawa saintis islam bernama Ibnu Nafis Ali Bin Abi Al- Hazamal - Quraisy,  telah menulis tentang perkara tersebut 300 tahun lebih awal dari William harvey.

10- Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah , lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging , dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, , lalu tulang belulang itu kami jadikan  dia makhluk yang (berbentuk)  lain .Maka Maha Sucilah Allah pencipta yang paling baik." - surah al-Mukminun:14

Itu dia fakta tentang darah..menarik juga fakta yang no 4 tu..tapi sebelum nak tunggu orang selamatklan kita ada baiknya kita selamatkan diri kita dulu.Meh baca ni..mana tau lepas ni kita akan lebih menjaga diri kita ke arah gaya hidup sihat.

Comments

  1. Masyarakat Jepun pula ada percaya jenis darah kita boleh dikategorikan perangainya.
    Masa interview kerja pun kena isi declare darah jenis apa.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …