Thursday, 29 October 2015

SHAHRUKH KHAN DI USIA 50 TAHUN..

Assalamualaikum..

Malam tadi hilang sakit kepala saya bila buka TV2 tengok2 ada filem Hindustan kegemaran saya.
Dil to Pagal Hai...Bila tengok Shahrukh Khan tu macam tak percaya je
yang saya boleh minat seorang pelakon walau dah bertahun lama..
Umur Shahrukh Khan pun dah nak masuk 50 tak lama lagi..
2 November ni genap usia nya 50 tahun..
Entah sejak umur dia berapa la yang saya mula minat dia.
lupa dah..rasanya masa tu umur saya baru 15 tahun...
err..kira la sendiri berapa umur Shahrukh Khan masa tu..hehehe..



Apa??Umur shahrukh Khan dah nak masuk 50??
ye adik2...yang adik2 minat tu pelakon tua je dik oi..
hahhaha...Tapi tak nampak macam 50 pun..kan??
dari gaya dia berfesyen, gaya bercakap nya..ada ke macam usia cak cecah 50??

Shahrukh Khan mengakui sepanjang hidupnya dia
sudah banyak membuat sesuatu yang boleh dibanggakan .
Walaupun usia sudah mencecah setengah abad dia masih
juga melakukan sesuatu yang orang lain suka.
Dia masih memegang watak utama untuk filem lakonan nya.
Dia sentiasa menjadi perhatian lensa kamera dan
kehidupan peribadinya juga sering menjadi tumpuan .

Sempena ulang tahun Shahrukh Khan yang ke 50,
satu pengambaran video pendek diadakan oleh
majalah Vouge bersama Shahrukh Khan .
Nak tengok kena tunggu la 2 Nov nanti ye....



Ini dia wajah terkini Shahrukh Khan...
Muka je kedut sikit..leher tak kedut..ekekek..


sekian..

9 comments:

  1. Peminat no.1 SRK is ahkak la dik..hahahaha

    ReplyDelete
  2. Paling suka citer Dilwale Dulhania Le Jayenge banyak kali tengok.
    Dah 20 tahun citer tu, recently team tu siap celebrate sempena DDLJ 20 tahun.

    ReplyDelete
  3. hehe. sapa punya kerja la editing leher tu :D

    ReplyDelete
  4. tu lah kan DR, dah masuk 50 tahun SRK ni, tapi lakonannya tetap maintain sampai laa ni.. kak ana suka tengok Madhuri dalam DTPH ni adoii :)

    ReplyDelete
  5. PC pun minat kat SRK ni..lagi la bila dia berlakon dgn kajol..hehe..tua dah dia..

    ReplyDelete
  6. Pandai plak ya diorg edit hihi

    ReplyDelete
  7. tak nampak macam 50 pun kan..kalau berlakon sekarang pun meletop letop movienya

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();