Saturday, 31 October 2015

TYRA BANKS KONGSI TIPS SELFIE UNTUK GAMBAR SEMPURNA

Assalamualaikum...

Siapa tak kenal Tyra Banks??
kalau tak kenal sila google..
Dia ni model kulit hitam yang sangat terkenal..
Antara model kulit hitam paling cantik di dunia.
wajah dan potongan badan yang sangat sempurna.

Kalau kita tengok gambar-gambar Tyra banks semua nya cantik2.
Tapi kita boleh kata itu hasil kerja editing dari jurugambar dan sebagainya.
tapi macam mana kalau gambar selfie Tyra ..?
ada kah cantik juga macam gambar2 dia di majalah tu??


Tetap cantik dan tak perlu snap sampai 500 kali macam yang dilakukan oleh Kim Kardashian ..
Guna tips yang diberikan oleh Tyra ni dan sekelip mata gambar anda adalah yang terbaik..

1-Kebanyakan wanita akan buat duckface untuk menampak kan bahagian pipi dan wajah yang tirus.
cara ini tidak sesuai kerana ia tidak menunjuk kan wajah anda yang sebenar.Apa yang anda harus lakukan ialah serongkan atau sengetkan kepala,dan tunjuk kan sisi terbaik wajah anda.


2-Panjangkan leher anda.Tapi jangan sampai terlalu ketara dan nampak pelik.Ini supaya tidak mendedahkan bahagian dagu yang berlapis .mendedahkan bahagian dagu yang berlapis bukan lah gambar selfie yang bagus.


3-Jika anda mahu mengambil gambar dari bahagian bawah pastikan leher anda dapat dilihat.Jika mengambil gambar dari atas ,berhati2 kerana posisi ini boleh membuatkan wajah anda kelihatan tembam.Untuk mengelak kan nya tunduk sedikit dan jangan terlalu mendongak.

4-smize...iaitu singkatan untuk ".. smiling with your eyes.."..cara nya ialah dengan tersenyum sambil mata dibuka , buka sedikit mulut anda dan angkat sedikit kening anda bagi menyerlahkan bahagian mata.

semoga berjaya dalam selfie ..hehhe..


sekian..

DAH DAPAT KE BELUM HADIAH GIVEAWAY?

Assalamualaikum....




Selamat bercuti...
Pada kawan2 yang ada join giveaway saya yang lepas..
Ada tak yang masih belum terima hadiah?
Kalau ada bagitau ye..
Jangan diam je..

Walaupun hadiah tu ada yang kata tak seberapa
Tapi ianya adalah hak milik awak..
Awak berhak menerimanya..

Ada apa2 pertanyaan boleh pm saya kat facebook..
Boleh email saya juga..
Pi kat bawah sekali blog saya ni..
Ada bahagian contact..
Taip je apa awak nak tanya.
Dan nanti saya balas ok..

Hari ni kan hari sabtu..
Jadi saya memang agak sibuk dengan anak2..
Hari ni juga hari untuk melayan
Selera anak2 dan suami..
Tapi setakat nak balas email ,pm facebook,
Saya ok je..cu a lambat sikit je..
Heheh

Ok.bye..


Sekian...




Friday, 30 October 2015

JANGAN MALU KALAU NAK REVIEW PRODUK DI BLOG

Assalamualaikum...



Pernah terima bayaran untuk review produk ?
memang seronok kalau ada yang nak bayar kita untuk review..
Saya sendiri kalau nak review saya tak nak la
letak harga tinggi..
Tara mana sangat la standart kita ni..kan??
Bab bayaran tu saya kadang2 tak pandang sangt la..
yang penting saya dapat review .

Paling seronok bila pelanggan tu masih cari kita bila nak buat review..
Itu maknanya dia percaya la dengan kita.
Saya ucap terima kasih la pada
mereka yang dah 2,3 kali cari saya untuk review ni.

Saya harap orang lain pun paham yang blogger menulis
bukan untuk menjual barang tapi kami memperkenalkan nya sahaja.
Bila  orang google produk awak tak asing la..
sebab dah ada orang yang guna
dan cerita tentang pengalaman dia menggunakan produk tu..
Itu lah penting nya bila produk tu di review oleh blogger...

Selalu sangat dah saya cerita pasal review ni.
Bukan apa..saja saya nak bagi semangt kat
kawan2 yang rasa takut sangat nak terima review berbayar ni.
Memang ramai yang tak berani sebab tak reti,tak de pengalaman,
tak pandai nak tulis dan macam2 alasan lagi la.

Selagi awak tak cuba selagi tu la tak tahu..
Lagi satu jangan segan2 canang kat orang yang
awak buat review untuk produk..
kalau malu memang tak jadi apa la..
ok..Chaiyok2!!


  Sekian.

TAK PAYAH TERKEJUT SANGAT.BUBUR ASYURA MEMANG MACAM-MACAM WARNA

Assalamualaikum...

Sebut je bubur Asyura semua pakat dok telan ayaq lioq..
sama la kita..tak rasa lagi bubur asyura tahun ni..
Memang dok terbayang je la...
Selagi tak dapat selagi tu la dok idam-idam..
Nak masak sendiri memang tak reti.
Buat bubur kacang tau la..
kalau ada orang jual dah lama saya beli tapi
tak pernah jumpa pun orang jual bubur asyura ni ..




Bubur asyura ni ada macam2 jenis..
baru2 ni saya tengok kat blog sapa entah..
tak ingat pulak..Dia buat bubur asyura guna beras.
bukan guna tepung macam kita biasa jumpa tu..

Baru saya tau rupanya ada juga bubur asyura macam tu..
Kan satu pengalaman dan pengetahuan baru untuk kita..kan??
Tapi ada segelintir orang ni kalau nama bubur asyura
yang dia tau bubur asyura tu kena sebijik seketoi macam mak dia buat.
kalau mak orang lain buat ..

"eii..lain macam je kaler dia.."


"kenapa kaler macam ni..mak saya buat kaler lain.."


" bubuh kentang??pelik nya..mak saya buat bubuh taugeh je.."



"saya tak suka bubur ni..lembiik2..geli nak makan.."



kalau boleh dilempang tukang2 komen tu
memang saya lempang dah..
Tu la kalau dah selama ni dok dalam tempurung sendiri je..
ye la..benda baru..pertama kali tengok..
tapi agak2 la nak komen pun..benda makan..kan??
tak boleh terima tekak tu jangan la
sampai nak buat tekak orang pun tak boleh terima..

Tak payah nak rasa pelik, hairan ,terkejut la..
benda boleh makan jangan nak buat2 pelik sangat.
Agaknya bubur asyura mak kau buat pun
orang rasa pelik tapi orang tak bersuara pun..

sekian...

AMBIL PELUANG DI HARI JUMAAT

Assalamualaikum...


Amalan dan adab di hari jumaat ni,
Rasanya ramai yang dah tahu ni..
Tapi kita sebarkan lagi supaya lebih ramai yang tahu...
Tak salah..kan??

Selalu kalau hari jumaat pakai baju sopan2  untuk pi kerja,
Kalau hari lain pakai jeans ,pakai blouse ..
Tapi hari ni pakai baju kurung...

Cuma lebih elok dan baik kalau
Hari apa pun kita pakai je la yang sopan2..kan?
Tak kira la baju kurung ke,jubah ke..
Ambil peluang ni..
Bermula hari ni ,
kita nak Sentiasa menutup aurat dan berpakaian sopan..
Bukan hari jumaat sahaja..tapi setiap hari..

Untuk orang lelaki jangan lupa solat jumaat.
Ada orang yang bila jam 12 dia keluar dulu.
Ingatkan nak ke masjid rupanya
Dia balik rumah, tido..
Dekat jam 2 nanti dia bangun pi kerja balik..

Jangan buat gitu ye..
Mulai hari ni tinggalkan perangai pelik tu..
Ambil peluang ini untuk jadi lebih baik..
Malu la kat anak2,kat jiran2,kat kekasih
Kalau diaorang tahu awak tak pi solat jumaat..
Kan??


Sekian...

Thursday, 29 October 2015

SYARAHAN IBLIS UNTUK PENGHUNI NERAKA

Assalamualaikum....

Dalam sebuah hadis diterangkan bahawa apabila penghuni neraka sudah sampai ke neraka maka disitu disediakan sebuah mimbar daripada api , dipakaikan pakaian daripada api , bermahkotakan daripada api dan diikat iblis dengan tali daripada api.

Ketika itu terdengarlah suara menyeru iblis. " wahai iblis, naiklah kamu ke atas mimbar dah bersyarahlah kamu kepada penghuni neraka"



Iblis pun naik ke atas mimbar dan berkata " wahai para penghuni neraka !Wahai orang-orang yang kafir dan orang-orang yang munafik!seseungguhnya Allah telah menjanjikan kepada kamu dengan janji yang benar dan bahawa kamu semua mati, akan di halau dan di hisab untuk menjadi dua kumpulan.Satu kumpulan ke syurga dan satu lagi ke neraka Sa'ir...".

"..Kamu semua menyangka bahawa kamu tidak akan meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia selama-lamanya...

Tidak!Tidaklah ada bagiku kekuasaan ke atas mu melainkan aku hanya mengganggu dan memperdayakan kamu semua dengan tipu muslihat .Akhirnya kamu semua mengikuti aku.Maka dosanya adalah untuk kamu.

Oleh itu jangan lah kamu mengumpat dan mencaci aku sebaliknya umpat lah diri kamu sendiri kerana sesungguhnya kamu sendiri lah lebih berhak mengumpat daripada aku mengumpat"

Iblis terus berucap sambil menyoal kebodohan penghuni neraka.Sambil menempelak ,iblis mengakui Allah lah yang paling berkuasa menciptakan segala sesuatu.

"Mengapa kamu tidak mahu menyembah Allah sedangkan dialah yang menciptakan segala sesuatu?"Soal Iblis.

Iblis mengakhiri syarahan nya  dengan berkata " hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua daripda siksaan Allah dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan aku.Sesungguhnya pada hari ini aku telah terlepas daripada apa yang telah aku katakan kepada kamu dahulu,sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari hadrat tuhan, seru sekalian alam"

Setelah itu Iblis di pukul malaikat Zabaniah dengan tombak daripda api dan jatuh ke neraka paling bawah. Kekal iblis di situ bersama-sama dengan pengikut-poengikut setianya....


sekian..

SHAHRUKH KHAN DI USIA 50 TAHUN..

Assalamualaikum..

Malam tadi hilang sakit kepala saya bila buka TV2 tengok2 ada filem Hindustan kegemaran saya.
Dil to Pagal Hai...Bila tengok Shahrukh Khan tu macam tak percaya je
yang saya boleh minat seorang pelakon walau dah bertahun lama..
Umur Shahrukh Khan pun dah nak masuk 50 tak lama lagi..
2 November ni genap usia nya 50 tahun..
Entah sejak umur dia berapa la yang saya mula minat dia.
lupa dah..rasanya masa tu umur saya baru 15 tahun...
err..kira la sendiri berapa umur Shahrukh Khan masa tu..hehehe..



Apa??Umur shahrukh Khan dah nak masuk 50??
ye adik2...yang adik2 minat tu pelakon tua je dik oi..
hahhaha...Tapi tak nampak macam 50 pun..kan??
dari gaya dia berfesyen, gaya bercakap nya..ada ke macam usia cak cecah 50??

Shahrukh Khan mengakui sepanjang hidupnya dia
sudah banyak membuat sesuatu yang boleh dibanggakan .
Walaupun usia sudah mencecah setengah abad dia masih
juga melakukan sesuatu yang orang lain suka.
Dia masih memegang watak utama untuk filem lakonan nya.
Dia sentiasa menjadi perhatian lensa kamera dan
kehidupan peribadinya juga sering menjadi tumpuan .

Sempena ulang tahun Shahrukh Khan yang ke 50,
satu pengambaran video pendek diadakan oleh
majalah Vouge bersama Shahrukh Khan .
Nak tengok kena tunggu la 2 Nov nanti ye....



Ini dia wajah terkini Shahrukh Khan...
Muka je kedut sikit..leher tak kedut..ekekek..


sekian..

INI LAH BAHAYA NYA BILA BUAT AKAUN PALSU DI INSTAGRAM

Assalamualaikum...

Saya ni kalau anak2 tidur atau sibuk dengan hal masing2 memang suka sangat
mencuci mata di Instagram.
satu yang best kat instagram ni awak boleh tengok
betapa gigihnya manusia2 buat akaun palsu semata2
nak menghentam orang.



Bagi saya ianya memerlukan orang yang rajin untuk buat benda2 macam ni..
Dah la instagram ni makan data internet yang tinggi jugak.
Itu apa yang saya selalu dengar dari adik2 saya yang
selalu bagi alasan kenapa jarang like gambar2 saya kat Ig..
"malas la buka IG..makan data mobile banyak tau..
kejap je dah habis..rugi.." kedekut betul!heheh

Jadi bila ada yang buat akaun palsu semata2 untuk
satu dua komen menghentem orang saya rasa
orang macam ni sangat rajin dan tekad!hehehe.
Buat Email baru , fikir nama yang bagus,
banyak juga nak kena buat tu untuk semata2 1 komen panas...

Tapi jangan tak tahu apa yang awak buat tu mudah sangat di kesan.
macam yang terjadi pada seorang wanita yang
berpura-pura mengakui dia seorang kerani di mahkamah.
Ramai yang keliru dengan komen yang ditinggalkan di laman IG Rita Rudaini
yang dikatakan dari akaun seorang yang mengakui dia kerani mahkamah.




Namun tak lama kemudian staff dari mahkamah sendiri
mengesahkan pemilik akaun berkenaan bukan salah seorang pekerja di situ dan
lebih memalukan dia terpaksa memohon maaf kepada Rita Rudaini sendiri.

Alahai..kan ke dah kena.
Gigih sangat nak mengenakan si Rita ni sampai buat akaun palsu,.
Dapat apa entah la..dapat malu je.
Kalau rasa tak de apa nak komen baik diam je la..
setuju dengan komen Rita ni...

sekian...

Wednesday, 28 October 2015

PAGEVIEW DARI 10000 TERUS JADI 6000

Assalamualaikum...

Hampir sebulan  blog saya bermasalah..
Semuanya bermula bila saya tukar template dan tukar kotak komen.
Ada yang kata susah nak komen, lambat loading,
lepas tu tukar pulak template dan kata iklan tak keluar pulak..
macam-macam sampai saya pening kepala.


Saya ada juga tanyakan pendapat blogger lain tentang ni.
Tentang masalah iklan tak keluar saya minta
jasa baik blogger SEO yang hebat ni..Adzril Maizan sejahtera
Dia buat sekejap je dah ok..
Macam mana saya buat tak ok2 entah la..
hahaha...rasa malu je ..
dah la dia tak minta bayaran..
lepas tu siap nak sewa kotak iklan pulak..ekekekek..

Kemudian tak lama lepas tu kotak komen pulak tak keluar..
saya dah uninstall commentluv dan
fikir nak pakai kotak komen blogger je..
memandangkan ramai yang tak suka dan merungut
dengan commentluv yang bagi mereka tak mesra .
Ok..jadi kita tukar ke kotak komen blogger..

Bila dan buang commentluv, komen blogger pulak tak keluar.
Fikir sampai 2 hari cemana nak buat.
Mintak tolong kat blogger di BBN (Best Blogger Network)
terima kasih Encik Hasrul Hasan yang sudi menjelas kan tentang
cara nak atasi masalah komen..
tapi buat dengan kepala otak saya ni
tak boleh nak faham pulak..hahahh..

Ada juga tanya pada blogger Khaty Arbain..
Terima kasih sudi melayan pertanyaan saya yang macam2 ni..
Boring..saya tau tu..hahahh

Bagi yang tanya  macam mana saya buat untuk
atasi masalah kotak komen hilang tu...
mudah je..kalau dah  uninstall commentluv, dah tukar template,
tapi kotak komen blogger tak muncul,
awak update je entry baru..lepas tu mesti kotak komen blogger akan muncul.

Kesan dari masalah yang saya hadapi hampir sebulan ni..
pageview dan visitor blog saya merosot banyak.
Kalau sebelum ni pageview cecah 10k-11k..
tapi untuk 2-3 minggu ni pageview blog saya hanya 6k-7k sahaja.
sedih tapi nak buat macam mana..kan??

Tapi sekarang semua dah ok..
selama 2 hari memang saya cuma kisahkan blog saya ni je..
Alhamdulillah saya jumpa penyelesaian nya dengan membaca banyak blog2
yang saya google..pageview pun dah naik balik..
template pun dah tukar..loading lebih cepat..kan??
jangan ada yang merungut lagi lepas ni ye..
kalau tidak, pengsan la makcik!!!

sekian..

DAH TAK SABAR-SABAR SANGAT NAK BERLAKI ...

Assalamualaikum...

Saya akui la zaman sekarang anak2 muda lebih terbuka dalam bagi pandangan dan pendapat.Bukan tu saja,tapi diaorang berani juga melempaRkan komen2 yang tak manis, maki hamun dan sebagainya.Tak kira la lelaki ke perempuan.Masing2 berani dan lantang.kalau diajak bergaduh segela benda dia sebut..



Tapi bukan semua..cuma ramai yang macam tu..Salah satu perkara yang langsung anak-anak muda ni tak segan silu nak luahkan ialah perkara berkaitan kahwin.kalau lelaki itu benda biasa la bila dia kata tak sabar nak kawen.Zaman ayah ,tokwan kita dulu anak lelaki kalau nak mengaku tak sabar kawen tu memang sambil malu2 merah muka la.Zaman sekarang itu benda biasa..

Jangan kan lelaki,anak gadis pun sekarang terang2 mengaku di facebook tak sabar nak kahwin..mengaku bergetar segala tulang dan urat, mengaku tak sabar2 nak dapat imam dan sebagainya..Tak de selindung2 dah.Zaman makcik dulu tak dak macam ni..hahahah..

Kami dulu nak kawin pun bagitau bisik2.Kawan-kawan pun tak tahu..Dah bertunang tetap tarikh baru la dok canang merata kata nak kahwin.Tapi sekarang kawan2 dulu yang tahu dia nak kahwin.Mak ayah tak tau apa cerita pun lagi..ahahhaah....

Saya cuma harap adik2 ni kekalkan lah sikap malu tu ye.Kurang2 kan sikit tunjuk betapa nak sangat awak tu kahwin.Orang lelaki rasa seram je tengok anak2 gadis macam ni..Entah apa lah yang bersarang dalam hati diaorang bila tengok awak dok update status kesunyian tak bersuami dan betapa tak bersabar nya nak berlaki..



sekian...

AWAS!!PRODUK KECANTIKAN INI BOLEH BUAT ANDA KETAGIH

Assalamualaikum...

Ada satu kerisauan bagi wanita-wanita macam saya yang berusia melebihi 35 tahun .Dah tentu  ianya tentang kecantikan kulit.Waktu ni bukan risau pasal kulit berkedut ke,berjerawat ke, sebab kedut tu dah tentu akan ada nanti-nanti..Jerawat pulak susah nk tumbuh bila dah berusia ni..Yang paling kami takut adalah timbulnya jeragat.Bangun pagi macam tak sabar2 nak tengok muka kat cermin sebab takut ada jeragat.Tau tak jeragat yang tumbuh bila kita berusia ni boleh kita cegah dengan menggunakan BB Cream Seqy beauty?

dah boleh komen!

Assalamualaikum...

Belum boleh komen ke entry kat blog saya ni..
Macam2 dah buat nih..
harap2 esok berlaku keajaiban..
tetiba boleh komen..
ekekek...

Ok la..jom sambung tilik coding lagi..
kot2 dengan merenung lama2 sampai penaing akan
membuatkan blog saya kembali boleh komen..ekekek...

update: oh..rupanya kena update entry baru je..lepas tu keluar la kotak komen tu..hahah..gelak kan diri sendiri..:)


sekian..

Tuesday, 27 October 2015

CARA MUDAH MENCANTIK KAN PAYUDARA SEAWAL 3 HARI

STICKY POST!


Assalamualaikum...

"Kecik nya..macam nasik lemak 50 sen je.."
sakit hati kan kalau dengar orang kritik kita macam tu??
lagi pedih kalau yang kata macam tu ialah pasangan kita sendiri.

Monday, 26 October 2015

GADIS USIA 13 PENGGAL KEPALA KANAK-KANAK 5 TAHUN UNTUK BALAS DENDAM

Assalamualaikum..


Seorang gadis berusia 13 tahun mengaku memenggal kepala seorang kanak-kanak lelaki yang dikatakan anak kepada lelaki yang telah memperkosa dirinya .Perbuatan tersebut diakatakan sebagai cara untuk dia membalas dendam terhadap lelaki tersebut.

AWAS!!PRODUK KECANTIKAN INI BOLEH BUAT ANDA KETAGIH...

Assalamualaikum...

BB cream Seqy beauty

Ada satu kerisauan bagi wanita-wanita macam saya yang berusia melebihi 35 tahun .Dah tentu  ianya tentang kecantikan kulit.Waktu ni bukan risau pasal kulit berkedut ke,berjerawat ke, sebab kedut tu dah tentu akan ada nanti-nanti..Jerawat pulak susah nk tumbuh bila dah berusia ni..Yang paling kami takut adalah timbulnya jeragat.Bangun pagi macam tak sabar2 nak tengok muka kat cermin sebab takut ada jeragat.Tau tak jeragat yang tumbuh bila kita berusia ni boleh kita cegah dengan menggunakan BB Cream Seqy beauty?

SCHA DI KRITIK KERANA TIDAK BERSOLEK

Assalamualaikum...

Kalau diberi pilihan dah tentu ramai wanita memilih untuk bersolek.
Yang tak suka bersolek pun ramai jugak..
Tapi tengok keadaan tempat dan masa.setakat nak bersantai2 tak 
payah nak bersolek rasanya.

Sunday, 25 October 2015

KOMISYEN LEBAT DENGAN AFFILIATE

Assalamualaikum...

Sibuk sungguh saya hari ni..Maklum la anak cuti..tak boleh nak beronline lama2.Selalu sangat bagi alasan tu..kan??tapi ada yang tanya saya macam mana saya maintain dapat income dari blog ni walaupun saya cuma online masa-masa tertentu sahaja..ha..ni nak cerita ni...nak tahu lebih lanjut kena la baca,...

Saturday, 24 October 2015

PROFESOR BERI CADANGAN BOLEH KONGSI ISTERI JIKA PENDAPATAN RENDAH

Assalamualaikum...

Sekarang ni zaman manusia berfikir diluar kotak.
Sampai hilang kewarasan dan kalau boleh bertindak pun
biar sama macam binatang tak payah guna akal.
Tak boleh ikut sangat akal manusia ..
Kena fikir lain dari manusia..
jadi ikut lah macam fikrian binatang.

GAMBAR PUTING BELIUNG MELANDA PANTAI DI ITALI

Assalamualaikum...

Nak kongsikan dengan kawan2
gambar-gambar puting beliung besar yang
melanda pantai di  di Genoa, barat laut Itali , selasa lalu.
Gambar di rakam oleh seorang pelancong di pantai tersebut
.Menurutnya ketika kejadian hujan turung dengan lebat
disertai dengan guruh dan kilat yang memenuhi ruang langit.

Friday, 23 October 2015

PERLU KE BUAT ENTRY LEPAS DAPAT HADIAH GA?

Assalamualaikum...

Kelmarin saya dah umumkan senarai pemenang giveaway.
boleh tengok sini bagi yang terlepas entry tu......
Hujung2 entry tu saya ada cadangkan buat entry lepas dapat hadiah..
tapi tak de lah saya paksa benda tu..
Ada yang mai tanya saya ni...
"akak..memang wajib ke buat entry untuk hadiah tu??"

SEHELAI SPENDA PUN AIDIL TAK PERNAH BELI -RITA RUDAINI

Assalalamualaikum...

Nampaknya perang dingin antara Rita Rudaini dan bekas suaminya Aidil  Zafuan masih belum berakhir .Walaupun ramai yang menyangka krisis  mereka menemui jalan damai apabila mahkamah mengarahkan Aidil membayar wang mutaah kepada Rita namun kenyataan Aidil yang seakan mengambil ringan berkaitan hal tersebut membuatkan Rita naik angin dan mula membuat kenyataan balas di laman IG miliknya.

Thursday, 22 October 2015

ALMY NADIA AKUI SENSETIF BILA TIMBUL ISU ANAK

Assalamualaikum...

"Itu  anak siapa?" ..Itulah soalan yang kerap ditanya pada Almy Nadia Sejak kehadiran Nur Afrina Darwisyah dalam hidup nya.Dilaman Ig nya juga kerap ada pengikut yang bertanyakan soalan ini walaupun  dari gambar2 yang dimuat naik oleh Almy menunjuk kan betapa hubungan seorang ibu dan anak itu jelas .

Giveaway Duit Saku Dari BBL


< Klik gambar untuk join >

Assalamualaikum & hello there,


Rasanya dah makin stress rakyat Malaysia dengan isu harga barang & perkhidmatan dah naik. Pergi sana - harga barang naik, pergi situ - harga itu naik & datang sini pun dah naik harga. Tapi jangan risau jangan kusut kepala kerana BBL nak kasi duit saku untuk korang! 

Tepuk tangan sikit!

Boleh buat belanja nasi lemak & teh tarik untuk breakfast atau beli nasi goreng telur mata makan malam ya. Kiran macam BBL belanja versi digital la. Okay check out berapa banyak duit saku untuk pemenang.

Hadiah duit saku dari BBL

Duit saku RM30 
untuk 1 orang pemenang

Duit saku RM20 
untuk 1 orang pemenang


Duit saku RM10 
untuk 2 orang pemenang

Duit saku RM5 
untuk 4 orang pemenang

Cara nak join sangat mudah. Follow step dibawah :

1. Add BBL di

Follow blog
http://budakbandunglaici.blogspot.com/

LIKE fan page
facebook.com/pages/budakbandunglaiciblogspotcom

Add Google+
plus.google.com/marouapplehijau

Add Twitter
twitter.com/marouapplehijau

Add  Instagram
instagram.com/marou_apple_hijau/

2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway Duit Saku Dari BBL"

3. Copy coding yang disediakan & paste kat ruang HTML & publish entri


Cara nak paste code dalam entri


4. Tinggalkan link URL entri korang dalam kotak komen SINI (link)

Tu saja. Senang sangat kan.

Tarikh tamat giveaway pada 14 November 2015

Pemenang akan diumunkan pada 16 November 2015 nanti


BBL ~ Cepat submit link URL korang
o\( ̄ρ ̄)/o

Sekian terima kasih & selamat hari raya

GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY

GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY



JOM MERIAHKAN SEGMEN 
GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY
KLIK BANNER SEGMEN UNTUK INFO LANJUT

DETAIL SEGMEN

 ** GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY
** 19 PEMENANG DI CARI
** MULA : 21 OKTOBER 2015
** TAMAT : 31 OKTOBER 2015


GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY ini di taja sepenuhnya oleh Kathy, Mamaniza, Sofu, Suria, Sally,  Hani, Eyra, Fuza, Adna, Ayumie, Yong, Zie, Eda, Hana, Yana Yani, Ida, Fiza, Ida Bits & Aida.

Fuyooo !!! Giveaway by Mama Darwiish



klik banner untuk join
FUYOOO !!! GIVEAWAY 
by Mama Darwiish
Hadiah  :
1x Leonovo A560 + 8Gb SD Card 
1x Cartoon Power Bank 8800 mAh 
1x Mini MP3
1x Neesya Serum
1x Cash RM50
Tempoh :
28 Sept 2015 - 28 Okt 2015
Pengumuman Pemenang 31 Okt 2015
Syarat-syarat :
1. Blogger yang beralamat di malaysia
2. Wajib mempunyai akaun instagram
3. Follow, Add, Like semua blog, fanpage, G+, instagram penaja
4. Copy Code yang disediakan dan paste di ruang html blog anda
5. Tag minimum 3 rakan  anda yang lain dan pastikan mereka tahu
6. Tinggalkan link penyertaan & emel di kotak komen entri ini
Pemilihan pemenang :
1. Kesemua pemenang akan dipilih menggunakan random
2. Penyertaan akan terbatal jika gagal ikut syarat terutama No.2
3. Pemenang akan dihubungi melalui email
Follow Blog  : http://mamadarwiish.blogspot.my/ http://sharingiscaring-fiza.blogspot.my/ http://unclezuan.com/ http://mrspuex.blogspot.my/ http://mekzumbie.blogspot.my/ http://www.hafizhafizol.my/ http://aderakukeysah.blogspot.my/ Follow G+ :  : Khalid Kyle Blurrydino
Like Page Penaja :
Mama Darwiish
SuperMom With SuperKids
Blog Uncle Zuan
MrsPuexDotBlogspotDotCom
Gloxina17
Acacia Beauty Care HQ
Qyra Beauty Care
Follow Instagram :
@aiinbaharom
@fizaabdrahman
@unclezuan11
@znooraini @mek_zumbie @hafiz_hafizol @khalidkyle
@gloxina17
@acaciabeautycarehq
@qyrabeautycare

BACA INI JIKA ANDA RASA ANDA TIDAK CANTIK

Assalamualaikum...

Ada tak orang yang rasa dia tak cantik..kalau ada yang rasa macam tu elok la baca ini..Ketika usia kita dialam remaja ,ada ramai yang selalu merasa tidak puas hati dengn paras rupa mereka.ada yang sampai ada sikap rendah diri dan hilang keyakinan untuk berdepan dengan orang ramai..

RESEPI DAGING GORENG LADA HITAM

Assalamualaikum.

Masak daging  goreng ada hitam ni  minggu lepas kot..mudah je buat nya tapi ramai sungguh yang tanya resepi daging goreng lada hitam ni..hhehe..resepi nya campak2 saja..nak tahu ke resepi mudah saya??jom kita tengok..

INI TANDA BRA ANDA PATUT DI GANTI BARU

Assalamualaikum...

Bra atau baju dalam adalah pakaian yang sangt penting untuk wanita.
Dari segi ukuran, warna, jenis fabrik, saiz tali dan banyak lagi
ianya perlu di pilih dengan teliti demi keselesaan si pemakai.
Bra yang tidak sesuai boleh menyebabkan masalah kesihatan malah ada yang
boleh merosak kan kulit
namun ada masa-masanya pakaian dalam ini harus di
teliti jika sudah terlalu lama dan berusia.

PUASA DI BULAN MUHARRAM

Assalamualaikum..

Saya nak kongsikan sedikit tentang puasa sunat dibulan Muharram..
Dah tentu banyak kelebihan nya..
Jom puasa...






Semoga bermanfaat untuk semua...

Sekian..

Wednesday, 21 October 2015

MARAH BUNYI BISING GAJAH SERANG PENUNGGANG MOTORSIKAL

Assalamualaikum...

Marah dan gelisah dengan bunyi motorsikal
menyebabkan sekumpulan gajah  menyerang
seorang penunggang motorsikal.
Kejadian berlaku ketika penunggang tersebut melalui
jalan raya di Taman Negara Khao Yai berhampiran
bandar Korat, di timur laut Thailand.

DUDUK KAT LUAR PUN SELESA MACAM KAT RUMAH SENDIRI

Assalamualaikum...

Saya dok tengok iklan sorang artis yang dok membeli
barang macam2 kat stesen minyak ni..
Pernah tengok tak iklan tu..
Bila saya tengok iklan ni saya mula terfikir
padan la orang sekarang ni patah kaki bila tiba musim jerebu..
sebab dok kat atas jalan saja pun dah cukup selesa.

PESERTA GEGAR VAGANZA DITAHAN MILIKI SENJATA API

Assalamualaikum..


Terbaca berita ni pagi tadi..

KUALA LUMPUR, 21 Oktober: Seorang vokalis sebuah kumpulan yang popular sekitar tahun 90-an ditahan awal pagi tadi, kerana memiliki senjata api.

Penahanan itu disahkan Ketua Polis Daerah Sentul, R. Munusamy ketika dihubungi sebentar tadi.

Penyanyi tersebut yang juga seorang peserta rancangan realiti, Gegar Vaganza musim kedua, dipercayai ditahan bersama seorang rakannya di Sentul.

Wah sangat..siapa kah artis itu..
Ada yang kata dia ialah Amir Ukays..
Tak pasti la tapi dah tersebar di whatsapp.
takut ianya berita rekaan untuk mencemarkan Imej Amir je
lagipun pistol pun macam pistol mainan  je..hahaha..
(komen makcik yang tak pernah tengok pistol..)





Kalau betul la berita ni mesti ramai peminat2 Amir yang risau
penyanyi kesayangan ramai ni boleh ke 
beraksi di pentas GV untuk minggu ke dua nanti..

Yang tu kita tunggu je la.
Diharapkan Amir tak la sampai menarik diri
Kerana dia ni antara peserta 
Yang dinanti2 kan persembahan  nya..

tertanya2 jugak buat apa la sampai nak simpan senjata api..
Ada musuh ke?

Sekarang ni berita2 macam ni tersebar cepat je..
orang biasa pun senang dapat perhatian ini kan pulak artis.

berita main2 pun orang ambik kesah..
ni kan pulak berita serius..:P

Sekian..

SENARAI PEMENANG GIVEAWAY DIANARASHID BERSAMA MAMALINK.COM.MY

Assalamualaikum...

Pagi ni saya nak umumkan senarai pemenang Giveaway Dianarashid bersama mamalink.com.my anjur kan.Giveaway ini turut dimeriahkan dengan penajaaan beberapa blogger iaitu dari www.safurara.com , blogashalya.blogspot.my/ dan www.bahejabella.com.

Tuesday, 20 October 2015

SAYA BUAT BUKAN SEBAB DUIT

Assalamualaikum...


"Petang ni teman pi rumah **** boleh tak?"

" tak boleh..esok boleh tak..ada kerja nak buat petang ni.."

" erm..tu la..tak de kerja cari kerja..kan dah susah nak pi mana2.."

BLOGGER INDONESIA MEMANG HEBAT..

Asalamualaikum...

Semalam patutnya banyak entry saya keluar tau..
tapi sebab semalam sibuk godek2 blog
tu yang ada satu entry je...
Template blog saya ni macam ada masalah sikit.
Iklan Banner tak keluar kat mobile .
tu yang sibuk menggodek macam2..
lepas tu sibuk dengan urusan rumahtangga nya..
mana la nak sempat mengarang entry macam2..

Monday, 19 October 2015

SENARAI PESERTA GIVEAWAY DIANARASHID BERSAMA MAMALINK.COM.MY

Assalamualaikum...


Terima kasih pada yang menyertai Giveaway Dianarashid bersama mamalink.com.my yang saya dan mamalink.com.my anjurkan sejak 2 minggu lalu.Berikut adlah senarai peserta yang mengambil bahagian.terima kasih untuk semua.Diharapkan semua peserta dah pun memenuhi syarat2 penyertaan..

INI YANG ANDA BOLEH BUAT DENGAN KAIN SAREE CANTIK DAN MURAH

STICKY POST


Assalamualaikum...

saya bukan pandai sangat nak bercakap tentang fesyen tapi sebagai seorang wanita dah tentu saya suka melihat fesyen-fesyen yang cantik.Salah satu fesyen yang paling saya suka ialah  bila ada gabungan dua fabrik dalam pakaian yang di pakai.dan yang paling saya suka dah tentu la kain saree (sari).Kain saree bukan lagi hanya digunakan oleh kaum india sahaja sekarang ni.lebih2 lagi kain saree ni harga nya murah,cantik dan berkualiti.Ianya setanding dengan kain songket.

GIVEAWAY DAH TAMAT...HARAP BERSABAR!!

Assalamualaikum...

Selamat pagi...
walaupun jerebu datang balik saya harap
awak2 semua dalam keadaaan sihat hari ni..
Saya pun minggu ni berharap sangat lah
diberikan kesihatan yang baik..

Sunday, 18 October 2015

KONTROVESI GORGEOUS BY RZW: CHE TA NASIHAT KAN JANGAN BERNIAGA KALAU TAK SABAR

Assalamualaikum....

Saya tak tahu pulak rupanya laris sungguh minyak wangi Che Ta ni..Ingatkan sambutan nya biasa2 saja.tapi bila baca komen2 dia IG Che Ta terkejut juga sebab yang dah beli,nak beli , nak beli tapi tak dapat2 , memang ramai.bukan sorang dua.Patut la sampai tak de stock.


Ada yang sampai marah2 sebab minyak wangi yang di order tak sampai-sampai.Duit kat pelanggan dah ambil untuk peniaga buat modal,,tapi minyak wangi tak juga dapat.Bila ada yang meluahkan rasa tak  puas hati dengan Che ta disebabkan barang tak dapat2 ni ,Che Ta pun naik angin juga la..Apa yang di saran kan oleh Che Ta tu memang betul sangat.kalau tak sabar jangan berniaga.lagipun Che Ta pun tak pernah suruh peniaga2 ni ambil bayaran dulu dari pelanggan yang nak beli minyak wangi dia.jadi tak patut la nak salah kan Che ta kalau ada yang marah2 bila duit dah bayar barang tak sampai.
.


Keluaran pertama minyak wangi Che Ta ni dikatakan mengalami masalah oleh pihak pengeluar dan ianya memang tak dapat dielak kan.Pihak Che ta juga dah memohon maaf kepada semua peniaga atas kelewatan dan berjanji barang yang dipesan akan samai pada mereka November ini.




Apa pun saya setuju dngan pendapat Che Ta ..Kalau tak de sabar jangan lah berniaga.Soal modal tu pulak, lebih baik kita gunakan modal kita sendiri.lagi2 kalau dah lama berniaga.Mustahil tak de modal untuk berniaga tapi nak berniaga.Mana boleh macam tu.takut jadi macam ni la...Barang tak dapat,pelanggan dah marah2, kita yang jual pun jadi sakit hati dan tertekan.Lepas tu mula salah kan pihak lain.


sekian...

Saturday, 17 October 2015

NAK TAHU KENAPA WANITA INI BERMAIN MUZIK UNTUK BABI?

Assalamualaikum...

Ingatkan cerita bohong tapi ini betul-betul terjadi..
Di China penternak mula memikirkan cara yang lebih drastik
untuk membuatkan mood babi yang diternak lebih baik.



Beberapa penternak menggunakan muzik sebagai
terapi kepada babi yang di bela supaya mood babi
akan lebih baik dan ini akan membuatkan daging nya lebih sedap
dan lebih berkualiti.

Gambar yang diambil pada 16 Oktober menunjukkan seorang gadis
bermain Zheng iaitu alat muzik tradisional Cina,
di hadapan sekumpulan  babi di Pusat pembiakan Beijing Universiti Pertanian.


Menurut penternak ini akan dapat membuatkan mood babi-babi tersebut
dalam keadaan baik ,bahagia dan ianya kan memberi kesan kepada daging babi2 itu.

Walaupun teori ini belum membuktikan
ianya berkesan namun apa yang dapat dilihat babi-bvabi tersebut nampak lebih rilek
dan seperti menghayati muzik yang dimaian kan..

hehehh..macam2 betul la..
ada berbagai cara orang buat untuk makan sedap kan..
ada yang sampai mencampurkan benda2 terlarang 
macam dalam entry ni..heheh..eiii..geli..

Ni setakat main kan muzik je kira okla..
Tapi betul ke babi2 tu tahu menghayati muzik tu..
agaknya penternek2  ni keliru antara babi dan bayi..
ekekek


sekian...

CERITA HANTU DI GOLD COAST AUSTRALIA

Assalamualaikum...



Awak percaya tak dengan kewujudan hantu??
Saya rasa ramai yang percaya walaupun tak pernah jumpa hantu..
Selama ni kita cuma banyak membaca dan mendengar tentang
kejadian2 mistik dan misteri yang boleh kita kaitkan dengan
kewujudan makhluk halus ini.
Seronok sebenarnya bila membaca dan mendengar cerita2 seram ni..
Takut tapi nak tahu..betul tak??

Ada beberapa kisah seram yang berlaku di Gold Coast ,Australia yang saya nak kongsikan...



Di dalam satu kawasan tanah perkuburan gereja ada kubur empat wanita,
seorang ibu, dua orang anak perempuan, dan satu lagi adalah kawan si ibu.
Kisahnya pada tarikh 14 disember 1913
salah seorang daripada mereka jatuh ke dalam empangan dan
yang lain cuba untuk menyelamatkan magsa
tetapi dalam masa beberapa minit keempat-empat mereka  telah mati
dalam kejadian tersebut,
Selepas kejadian tersebut ramai yang melihat seorang wanita berjalan-jalan
di kawasan kubur 4 mangsa itu..
Apa yang menakutkan wanita tersebut dilihat sedang menunjuk kearah menara gereja berkenaan
ramai yang mendakwa terlihat kelibat makhluk tersebut di waktu senja.

Kisah seram Lain yang berlaku di Gold Coast....



kejadian berlaku di rumah kelab terletak di palm Beach.
Desi Quinlan adalah seorang wanita hebat di zaman nya..
Di dipandang hebat kerana sikap setia dan menjaga tempat itu dengan baik.
Pada suatu hari Desi diserang ikan yu dan dia kemudian nya meninggal dunia.
walaupun dia telah tiada namun roh nya dikatakan masih berlegar2 di dalam rumah kelab tersebut.
ramai yang mendakwa barang2 didalam rumah kelab itu kerap berubah
dalam sekelip mata ,dia selalu mengubah gambar didinding ,
mengalaih kan sudu dan garfu dan ada yang mendakwa melihat lembaga
sepreti bayang2 yang sedang bergerak di dalam rumah kelab itu.
Nampaknya Desi seperti tidak mahu meninggalkan rumah kelab tersebut..

Seram .kan??tapi di gold coast ni bukan saja ada kejadian2 seram dan
Tapi ada juga  tempat2 
menarik yang awak boleh pergi di  di Gold Coast ni..
pada yang melancong ke Gold Coast jangan  la risau ye...heheh

sekian..



LELAKI MELAYU TAMPAR PENCUCI KERETA DAN MINTA RM1000 SEBAGAI GANTI RUGI

Assalamualaikum...


Video yangmenjadi viral hari ni apa bila satu akaun dengan nama Atie Abdul Hamid memuat naik sebuah video yang memaparkan seorang lelaki melayu menampar pekerja pencuci kereta yang dikatakan berasal dari banglasesh.Lelaki melayu tersebut naik angin apabila melihat peekerja pencuci kereta tersebut berada di dalam kereta nya di tempat duduk pemandu  sedang mencuci bahagian dalam cermin kereta nya.


Lelaki melayu terbabit dilihat memperkatakan sesuatu kepada pekerja pencuci kereta itu dan tidak lama kemudian dia menampar pekerja tersebut beberapa kali.

Bukan itu sahaja , lelaki melayu tersebut turut meminta rm1000 ringgit sebagai bayaran ganti rugi kerana duduk didalam keretanya.Pekerja pencuci keret itu dikatakan mengalamai kecederan dan dibawa ke klinik namun doktor mengesahkan dia mengalami kecederaan teruk dan di bawa ke hospital.


Pengguna facebook yang menonton video tersebut turut mengecam tindakan lelaki melayu tersebut dan ramai menganggap ianya tindakan yang tidak sepatutnya.malahan ianya seolah2 menunjuk kan sikap suka memandang rendah pada orang lain dan mengambil kesempatan.





Sepatutnya perkara kecil sebegini tak pelu lah nak bertindak melampau.lagipun bukan pekerja tersebut melakukan hal2 buruk di dalam kereta tu.dia cuma membersihkan kereta.Kalau rasa kereta tu tak boleh di sentuh orang lebih baik cuci sendiri saja.Tindakan dia meminta rm1000 juga dianggap melampau kerana tak mungkin berlaku kerosakan sehingga memerlukan ganti rugi sebanyak itu.nampak seolah-olah dia mengambil kesempatan atas orang lain...sikap yang burukk!


sekian..

Friday, 16 October 2015

KISAH SEBENAR WANITA YANG MENDAKWA DIRINYA DICERAI DAN MENDERITA KANSER

Assalamualaikum...

Zaman sekarang ni duit macam dah jadi raja dalam kehidupan kita.
segala2 nya kita sanggup buat
asalkan dapat duit walaupun cara kita tu
adalah dilarang dan ada yang sampai sanggup mempergunakan
orang yang sepatutnya kita lindungi dan sayangi..



Semalam saya terbaca tentang seorang ibu yang mendakwa
dirinya diceraikan suami dan terpaksa menyara anak nya
dengan bantuan bulanan dari lembaga zakat selangor hanya rm250.
menambah kan lagi deritanya dia mendakwa dia mengidap kanser payudara.



Memang kalau kita baca cerita macam ni
dah tentu kita akan kat kejam nya suami dia..
tak bertanggungjawab dan sebagainya..kan??

Tapi tak disangka-sangka rupanya wanita tersebut menipu malah
anak nya juga di katakan dipaksa
meminta sedekah.
Ada juga yang mengatakan sebenarnya bantuan
yang diterima setiap bulan adalah sebanyak rm500
dan suaminya dulu bukan lah lari meninggalkan nya dan anak2
tapi sebenarnya di halau oleh wanita ini.



Paling mengejutkan dia sebenarnya tidak
mempunyai penyakit kanser seperti yang didakwa.

Macam-macam manusia ni.
kalau dilihat dari gambar ni nampak
macam betul je
penderitaan yang dialami nya.
memang la rm500 tu bukan lah cukup pun..tapi tak boleh kah
berkata yang jujur dan jangan menipu..
Orang malaysia ni ramai yang baik hati dan suka menderma..
tak kira bangsa memang suka bantu membantu..
jadi tak perlu mereka2 cerita dan menangih simpati.
cakap je rm500 tak cukup untuk sara anak ,
mesti orang ramai boleh faham.lagi2 awak tu ibu tunggal...


sekian..



ROH JAHAT AKAN MENGHUKUM SETIAP BANDUAN DI PENJARA INI.

Assalamualaikum...

keadaan di dalam penjara al catraz


Pada waktu tertentu terdengar suara siulan yang menyeramkan, tangisan dan jeritan dari arah sel blok D di Penjara Alcatraz yang terletak di Teluk San Francisco,California,Amerika Syarikat.Bunyi tangisan itu diikuti dengan suara raungan bergema ,kemudian bertukar perlahan dan lemah.Esoknya pengawai penjara akan menemui mayat seorang banduan ditemui mati dengan kesan cakaran dan cekikan di tangan dan leher.



Banduan yang maut di sel blok D ini tidak dapat dikenal pasti punca kematian nya.ianya seolah2 serangan makhluk ganas yang ingin membalas dendam.Setiap banduan yang mati ada kesan cekik dan calar serta lebam-lebam di seluruh tubuh.Melalui bedah sisat sukar untuk mengesahkan yang bantuan tersebut membunuh diri.Adakah ianya disebabkan Roh Jahat yang telah menghukum banduan-banduan tersebut?



Filem the birdman of Alcatraz pernah difilemkan pada tahun 1962.ianya memaparkan Kisah roh jahat yang menyiksa banduan dengan kejam sehingga mati .Menurut ramai ianya adalah filem yang diadaptasi dari kisah sebenar di Penjara Alcatraz.

Al catraz  adalah sebuah pulau yang dipenuhi najis burung undan dan orang Asli Amerika percaya Pulau ini adalah pulau paling berpuaka.Mereka percaya pulau ini dihuni roh-roh jahat dan menjadi pulau larangan bagi puak-puak mereka.

Objek misteri yang berjaya dirakam


Pulau ini kemudian nya berubah menjadi pusat kawalan pertahanan yang strategik sebagai kubu kuat Golden Gate Bridge di San Farancisco.Malangnya ramai yang maut ketika proses pembinaan kubu ini.kebanyakan nya mati akibat cuaca buruk seperti ribut ,kabus dan hujan.

Tahun 1861 kubu ini kemudian nya dijadikan penjara.Tahanan di kurung dalam keadaan yang tersiksa .Tahanan akan diikat dan diterbalik kan.(kaki ke atas dan kepala di bawah.).Tahun 1930 penjara ini mula menempatkan penjenayah-penjenayah yang ganas dan mempunyai kesalahan berat,Dan di blok D ini lah ditempat kan mereka yang mempunyai kes jenayah rogol,bunuh ,perompak dan samseng.

kelibat seolah2 warden penjara yang berjaya di rakam 


Tahun-tahun  seterus nya ramai banduan yang ditempatkan di blok D ini akan menjadi gila.peluang untuk mereka melarikan diri juga tipis kerana keadaan ekosistem di pulau ini.Tahun 1969 penjara ini di tutup.kemudian nya dijadikan pusat pelancongan.ramai pelawat mendakwa ternampak kelibat dan perkara2 pelik berlaku di sini.

Alcatraz kekal sebagai bekas penjara paling digeruni di dunia!

sekian..