Skip to main content

RESEPI DAGING BAKAR DAN AIR ASAM YANG MUDAH DAN SEDAP.

Assalamualaikum....

Mesti ramai yang dapat daging korban ..kan?? rumah saya ni cuma saya dan suami je yang makan daging beriya-iya..kalau buat daging  bakar dan air asam lagi la anak-anak tak pandang .Buat sup anak2 makan sikit je..Dia orang lebih suka makan ayam.Sebab tu kalau beli daging sekilo punya la lama nak habis.hahah..Saya pulak jenis tak suka makan benda sama je..saya lebih suka ikan.

Oleh sebab kita ada lambakan daging untuk bekalan sehulan dua ni..Maka kita buat la makanan yang paling suami suka iaitu daging bakar dan air asam.Ada orang dia rebus je daging tu..kan? Tapi suami saya dia suka kalau lepas rebus di bakar sikit .

Untuk air asam, saya guna cara paling senang nak buat.heheh..ada macam2 versi air asam ni .Tapi kegemaran kami dah tentu yang diletak kan sedikit kerisik.Kena dengan daging dan kalau dengan ikan bakar pun lebih sedap.




Jom kita tengok cara buat daging bakar dan air asam versi saya.daging bakar air asam yang paling simple tapi paling sedap.Saya sediakan resepi ni untuk makan sekeluarga anggaran dalam 1/2 kilo daging ye..

Bahan-bahan

1/2 kilo daging 
1 biji bawang besar 
20 tangkai cili padi
2 biji tomato
1 sudu belacan
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
2 cawan air asam jawa
1 sudu besar kerisik

Cara-caranya..

Jadikan daging dalam 3 bahagian dan rebus selama 30 minit..kemudian angkat dan tos.Lumur daging dengan garam dan kunyit.bakar dalam 15 minit.

cara buat air asam.

Hiris bawang besar,tomato dan cili padi . Ambil dalam setengah bahan2 yang dihiris ni kemudian kisar bersama garam,gula,belacan, kerisik  dan air asam jawa..campurkan bahan kisar dengan lebihan bahan yang dihiris tadi...dah siap.!!

nak makan hiris  lah daging yang dah siap bakar tu dan hidangkan dengan air asam.

Mudah kan??
selamat mencuba...




sekian..

Comments

  1. Musim korban nih... Mmg daging aje lah kan. Resepi nih mmg mengiurkan..

    ReplyDelete
  2. ni fav kami ni ...klu blk kg belah kedah mmg ini la mknannye time aidil adha ni

    ReplyDelete
  3. kt kg sy pun buat air asam letak kerisik sikit..sedappppp..

    ReplyDelete
  4. saya suka juga makan daging ni
    lama dah tak buat gini
    lapo pula nengok gambo

    ReplyDelete
  5. Entri ni medti pageview tinggi ni...maklum ler dah bg tips tadi hihi....Okje tak pernah masak daging cenggini DR....nak try jugaklah...

    Weyh kita tak dapat daging korban pun

    ReplyDelete
  6. Kenyanglah makan daging korban lepas raya ni kan. Rasanya mahu sebulan lepas tu tak mahu sentuh daging :) Saya suka daging bakar. Kalau makan daging atau ikan bakar, cicah dengan air asam marbeles memanglah rasa tak mahu berhenti makan.

    Tapikan daging paling saya suka bila digoreng dengan kentang. Oh, mak...memang favorite saya!

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …