Skip to main content

NAK KUCING YANG ADA AKAL MACAM MANUSIA MEMANG TAK JUMPA LA...

Assalamualaikum...


Bagi peminat2 kucing,kalau cerita pasal kucing sehari suntuk pun tak habis..
Macam adik beradik saya la..bila berkumpul , sembang kucing mesti ada..
lepas tu ,itu lah topik paling lama yang dibualkan..
Campur sekali dengan babak2 menggomol kucing dan test kucing2 punya
kelincahan dan kecomelan diaorang..eheheh
Saya bela kucing sejak zaman sekolah lagi..
Kucing pertama nama Zack..yang kedua nama Bulat,
yang ke tiga nama Meow dan sekarang nama Cici...

Tak mau cerita pasal kucing sendiri sebab nanti tak habis sampai 4,5 perenggan..
nak cerita pasal kucing orang..

Saya baca kat blog Yui,dia post pasal nak minta sesiapa ambil kucing untuk dijaga
tapi tak de siapa yang berminat.
Sebab kucing tu kucing jalanan dan kucing biasa2 je.
bagi sesetengah orang dia nak bela kucing2 mahal dan berbulu tebal saja..
Yang biasa2 ni kalau jumpa tepi jalan pun dia tolak dengan kaki je..
ada sesetengah tu ,  dia hentak2 kaki dia supaya kucing tu takut dan lari.
dia buat macam kucing tu datang nak makan kaki dia je..
Lagi jahanam bila kita bagi kucing jalanan ni makan , kita pulak yang kena marah.
katanya ia akan buat kucing tu tak mahu kemana2?


Saya pernah jumpa orang yang bila dia tengok
kucing tu garu2 muka pun dia rasa macam jijik sangat.
Yang awak garu2 badan awak tu ingat tak jijik ke?
gosok2 hidung awak lepas tu  seluk  plastik jajan kawan sebelah.
lagi dasyat dia punya jijik tu..
tu la sikap manusia..kalau kucing buat jadi salah..
kalau dia yang buat tak pe pulak..

Kucing tu sejenis haiwan.dia bukan manusia.
kalau akal dia macam manusia ,awak nak ke pi kerja
tengok2 majikan awak ialah seekor kucing..
Ataupun peluang anak awak nak masuk universiti tipis sebab
anak  nak kena bersaing dengan kucing..



Untung la setakat kucing tu mengiau2 mintak makan  dari bawah meja je..
Itu je yang dia mampu buat.
tak de la sampai tahap dia tahan taxi ikut kita dari belakang sampai ke rumah kita.

Tak kan jatuh miskin la kalau setakat  belanja whiskes harga 5-6 ringgit tu
untuk kucing jalanan ni..sebungkus tu diaorang boleh makan ramai2..
buat baik bukan dengan manusia je..
tapi dengan haiwan pun kena juga..itu tanggungjawab kita...
kalau  cuma nak buat baik dengan manusia je nampak sangt
kita ada niat lain kat orang tu..


Bukan nak suruh di timang2 kucing yang kita jumpa tepi jalan tu..
cuma jangan pandang dia dengan perasaan jijik..berilah sdia makanan kalau mampu
Dia pun ada hak untuk hidup,
itu saja...

sekian..

Comments

  1. Kucing tepi jalan tu lagi unik, mudah dijaga dan pandai berdikari berbanding kucing yang berbulu tebal tu, seriusss, nak jaga pun x susah sgt sakit pun kurang....tapi jgn lah tolak dengan kaki...mereka pun ada perasaan kan diana, kalau tak suka pun cuba bawa dia ke kawasan yang mudah dia dpt makanan macam psr ke kan...siannya julia tak sampai hati lah.

    ReplyDelete
  2. Orang yg suka dgn haiwan spt kucing mempunyai sifat penyayang yg tinggi.

    ReplyDelete
  3. itulah kak.. yui pos kat group kucing tau semua tp yela kt takleh pksa.. citaras org len2.. so skg dia dh slmt kat kg.. duk dgn abag2 n akak2 kat sana..huhuh

    ReplyDelete
  4. kesian kan ... tp aku mmg geli klu kucing tu ada kurap or penyakit ...wlupun aku ni pencinta kucing ...tp klu kucing tepi jln berpenyakit mmg aku halau ...sbb anak-anak aku ...budak2 tu bkn kira kucing apa semua nk tangkap peluk ...huhuhu

    ReplyDelete
  5. saya pernah ada kawan yang tak suka kucing, benci kucing, jijik kucing....kawan macam ni saya tak pernah invite datang rumah saya coz saya tak suka orang benci jijik kucing saya walaupun kucing saya sama standard dengan kucing jalanan je sebab kucing saya semuanya kutip tepi jalan

    ReplyDelete
  6. ustaz saya dulu penah kabor
    sedekah paling mudah adalah sedekah pada haiwan

    saya tak suka bela binatang
    tapi saya tak penah halau kalau dia datang
    rumah lama dulu kucing selalu datang
    saya bagi apa yang saya ada
    agaknya sebagai membalas budi, habis tikus rumah lama dulu dia kerjakan =)

    ReplyDelete
  7. Tak nak bagi kasih sayang tak apa..TAPI JANGAN SEKSA KUCING2 TU..

    ReplyDelete
  8. Mrs. A suka kucing yang biasa-biasa aje tak susah jaga senang kata kucing kampung.
    Betul pernah pergi kedai makan pastu bagilah ada kekucing tu makan. owner siap cakap kak jangan bagi yer... huk aloh suka hati hakak ler... nak bagi pun kan lauk akak. Akak yang bayor

    ReplyDelete
  9. Lya x smpai ati tgk kucing2 yg terbiar..kesian...rasa nak bawa blik ja

    ReplyDelete
  10. Terasa mak tau....sebab kekadang kalau jumpa kucing jalanan yg kurap...mak ada kalanya geli weyh.... bila baca entri awak ni makcik, tetiba jadi insap sekejap....

    Ni ha kat rumah ni ada sekor kucing ni suka betul dtg nak makan tp dia ni seme, asyik bersin, siap keluar hingus....kalau dia menjilat bulu habis basah badan mcm kena hujan. Tu yg mak malas tu ...hoho

    ReplyDelete
  11. Ya memang kucing tak ada akal seperti manusia.ucing kadayan adalah..;)

    ReplyDelete
  12. Saya ni memang bukan peminat kucing tapi takdalah sampai berharap kucing tu ada akal macam manusia ^_^ Saya bukan tak suka tapi saya ni penggeli. Kalau kucing datang kat saya, takdalah saya tendang terajang tapi saya pun adalah hentak kaki suruh kucing tu pergi dari situ sebab saya geli. Hehehe!

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …