Skip to main content

MEMANG MALAS NAK LAYAN KARENAH PELANGGAN TAPI.....

Assalamualaikum...



Macam best pulak bila ada yang whatsapp dan pm saya semalam dan tanya
"akak cuti ke..lama tak update blog..."
"Diana sibuk ye..akak buka blog last update 17 haribulan...."

terasa diri ini disayangi pulak...tapi
ayat last nya tu...

"saya nak tanya pasal iklan review..."

ekekekek...apa kau ingat orang sayang kat kau ke..
Orang pm tu tanya pasal iklan review la..
hahahah...makcik nak perasan diri disayangi pun tak boleh..
sedih makcik rasa..

Gitu la bila jadi blogger  atau pun kau ada perniagaan yang melibatkan online ni..
kena peka dengan semua laman sosial yang kau ada..
Walaupun kau bercuti,  sebelum tidur kena juga buka untuk baca
mesej2 dan pesanan .Jangan pulak niat nak baca je
tapi kau sempat lagi like,komen balas semua..
Cuma baca untuk tahu je..Kan kau tengah bercuti..
mana yang penting tu balas segera dan maklum kan kau tengah bercuti..
jangan diam je lagi2 kalau ada hal melibatkan duit nak masuk poket ni..
.

Kadang2 pelanggan ni dia bukan paham pun kau tengah bercuti ke,kau sakit ke..
yang penting apa dia nak kau bagi..itu je..
Orang macam ni memang buat kita rasa sakit hati..
Tapi bayangkan dia tu la yang mungkin akan jadi pelanggan tetap kita.
Sebab itu walau macam mana pun
kita buat lah yang terbaik.Mungkin pelanggan macam ni sekadar nak
menguji sejauh mana serius nya kita terhadap apa yang
kita tawarkan pada orang lain..
Kali kedua nanti rupanya dia tak la seteruk yang kita sangka...kan??

Saya agak takut nak berurusan dengan penjual dan blogger yang
agak cerewet dalam melayan pelanggan dia..

"whatsapp segera..serius buyer only.."

peniaga online yang ni memang saya tak pandang la..
tak tahu ke setiap aktiviti jual beli tu kena la ada perbincangan..
kalau berbincang pun belum tapi terus kau
nak suruh beli,cemana la cara kau berniaga tu ye?was2 jugak la..
Walaupun perniagaan kau memang terkenal dan dipercayai ramai
tapi hak pelanggan jangan kau nak sangkal..
Nak beli atau tak nak beli itu hak dia..

Satu lagi peniaga online yang suka dedahkan buruk
pelanggan pada umum..
Pelanggan silap type pun dibahan nya sampai
jadi viral kat laman sosial.
yang ni pun saya tak mau berurusan.



Nak berniaga ni bukan senang..
sebab kita berurusan dengan orang lain..
Sebab tu kalau siapa tak tahan memang boleh nangis la..hehe

Ok la..panjang pulak membebel..
selamat bercuti semua...

BIAR PELANGGAN VIRALKAN KITA,JANGAN KITA VIRALKAN PELANGGAN..

hahaha..


sekian...

Comments

  1. Lama sangat-sangat tak jenguk DianaRashid.Com,
    dari guna blog ahsfantasy24.com sampai sekarang dah tukar,
    ni lah baru sampai sini semula. Nice blog dear :)

    ReplyDelete
  2. Betul3..."serious buyer only" tu selalunya potong stim lah saya nak teruskan purchase. Ada pulak peniaga online yang siap warning kalau back out akan di block. Ayoyoo... macam gengster hahaha!

    ReplyDelete
  3. ada yg tanya walau tuk bisnis oklh tu tnda ada yg ingat n percayakan kita...

    ReplyDelete
  4. niaga online ni semua kena main peranan.... tolak ansur insyaAllah semuanya akan baik2 saja...

    ReplyDelete
  5. Memang kena tabah dan tahan sabar..

    ReplyDelete
  6. nk duit masyuk kena la sbr...awl² meniaga sy pn xreti gak nk lyn peel customer..mujur asben byk tlg..dh lama², dh lali dgn perangai org..kita pn pnh jd customer yg cerewet so xyah la eksyen sgt dgn org kan..ehehe :)

    ReplyDelete
  7. Mcm2 erkk karenah pelanggan..gitula juga Lya sbg tukang jahit ni..x kurangnya

    ReplyDelete
  8. Salam, ahaha...sy ni klw akak tak up-date blog, mmg sy cam tertunggu2 jugak lah...tp bukan sbb nak tanye psl review iklan ye, hahaha..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …