Skip to main content

LELAKI DAN WANITA..SIAPA SEPATUTNYA YANG PANDAI MEMASAK??

Assalamualaikum...


Biasa nya orang rajin memasak ni mesti gemuk2 kan??
sebab dia masak dia yang makan.hahah..(saya la tu..)
Tapi ada yang pelik apasal chef2 cantik ni suka masak tapi tak gemuk..
cantik giler..Tak caya try tengok kat sini..
Alah..nak tau kenapa??sebab dia orang cuma tahu memasak..
tapi tak rajin pun memasak..
nak diaorang masak ,kena bayar la...hahahahh


Saya ada ramai kawan-kawan yang suka memasak.
Bukan kawan2 kat laman sosial je tapi yang kat luar pun
ramai yang suka memasak dan rajin kongsi2 mangkuk tingkat.
hahha...bukan kongsi resepi ye..tapi kongsi mangkuk tingkat..
itu lebih best dari kongsi resepi..heheh...

Orang lelaki pun mesti kalau nak cari isteri nak yang boleh memasak.
Tak pandai pun tak pe asal dia boleh memasak.
Makcik2 pun sama..kalau ada anak2 bujang tu
mesti lah dia nak anak dia kawen dengan perempuan yang pandai memasak..
Walaupun anak dara dia siang malam terbongkang je dalam bilik.
mak dah siap masak baru dia keluar bilik.
tapi tak agak2 nak menantu yang rajin masak..


Penting ke pandai memasak ni??
kalau si isteri tu suri rumah memang penting lah 'untuk dia pandai memasak..
kalau isteri nya bekerja, sama macam suami..
penting untuk suami isteri pandai memasak.hahahah..
nampak tak ??



Waktu  isteri kerja lebih masa apa salahnya
suami yang balik awal tu siap kan bahan2 untuk memasak.
nanti isteri balik,tak la dia penat nak kena masak pulak..
makan pun cepat..nak tunggu isteri balik baru nak masak
silap2 mengamuk anak2..

"Alah..makan je kat luar.." kata si isteri...

sekali sekala boleh la..
kalau buat buat hari2 selama 10 tahun berkahwin,
tunggu la 20 tahun akan datang tengok apa laki kau mengungkit..
"awak tu tak pernah nya nak masak.."
"saya ni dah berpuluh tahun tak merasa air tangan awak.."
"selama kita kawen tak pernah awak nak masak.."

Tak percaya??belum kena??
tunggu je la..

hahaha..

Ramai lelaki yang kata..
"tak cantik pun tak pe..asal tahu memasak.."
tapi pantang nampak perempuan cantik sikit
terus lupa betapa sedap nya masak lemak cili padi yang bini masak malam tadi.

Jadi penting ke tahu memasak ni...??
ye!!penting untuk suami isteri tahu memasak..
Tugas memasak jangan letak kat satu pihak je..
kalau letak kat satu pihak je jadi lah macam kes
mak mertua yang sibuk nak cari menantu pandai masak
padahal anak sendiri main masak2 pun tak pernah.


sekian...


Comments

  1. asben saya kadang2 dia masak jugak. Bukan sebab kita tak masak sebab memang dia nak masak walau kadang2 ntah apa2 dia masak. Ada je menu baru dia nak cuba

    ReplyDelete
  2. Yup.kalau boleh suami isteri sama sama boleh memasak..yang simple simple pun ok sebenarnya.PC setuju..kadang mertua selalu komplen menantu tak pandai masak..sedangkan anak sendiri tak suka masak.anehkan tapi itu hakikat.masak ni boleh berubah status..kalau single untuk perut sendiri ok je bermalas malasan..tapi bila dah berumahtangga nak bermalasan sentiasa tunggulah balasan..boleh timbul masalah.tak pandai kalau rajin belajar in sya Allah boleh.tapi kalau malas..ermmm....,

    ReplyDelete
  3. Julia berazam nak latih Qaiser ilman pandai memasak satu hari nanti...serius diana. Sebabnya bila orang lelaki pandai memasak, esok dia berlajar jauh2 atau kahwin nanti kita sebagai ibu dah tak perlu rasa risau...seronok bila ilmu memasak perturun pada anak lelaki...now my Qi suka tlg di dapur mcm tumbuk bawang...yeyyy

    ReplyDelete
  4. ok, fine.. paragraph last tu mmg menusuk ke qolbu mak2 mertua yg seumpamanye. ha3..

    ReplyDelete
  5. sy x reti masak..laki pn sama..tp sy suka utk cuba memasak..haha yg penting effort tu ada...rsnya org laki masak selalunya sedap..ce pi restoren² or hotel²...chef² majoriti laki..jarang sgt jmpe tukang masak pompuan...klu ada pn x sedap dorang masak...tp kt rmh masakan mak yg sedap...bkn masakan ayah...pelik kan? :p

    ReplyDelete
  6. seben kite paling xtau masak..skang dh bole la sket2..tp yg ramainya chef lelaki kan..sepupu sy ade..sorg chef kat hotel..sorg lg tukang msk kt hospital..

    ReplyDelete
  7. Masalahnyakan mak mertua yang cari menantu pandai masak tu,dia sendiri pun tak berapa pandai masak masa mula-mula kahwin. Lagi terrible, sampai nak cari menantu pun dia tak berapa pandai masak! Macamana ni?

    Pada sayalah kalau suami pandai masak itu satu bonus. Suami saya takdalah pandai masak mana (isteri dia pun tidak juga) tapi sesekali tu adalah juga masakkan untuk saya. Jadi sebab itulah saya sayang suami saya. Hahaha!

    Apa motif komen pun tak tahulah ni. Kak Diana jangan delete tau ^_^

    ReplyDelete
  8. Memasak tak perlu sgt pandai bagai chef asalkan .. Asalkan rajin...

    ReplyDelete
  9. Tau masak tu penting....kalau terer, tu satu bonus. Kang kalau dpt bini tak pandai masak kang.....sian anak jantan mak asyik kena beli jer hihi....

    ReplyDelete
  10. suami saya tak pernah memasak..sebabnya saya yang tak bagi! hahaha...rasa cam sepah jer dapur saya kalau org lain buat kerja...hanya saya yang tau selok belok dapur saya tu..(padahal dapoq sekangkang kera jer pon! hahaha)

    ReplyDelete
  11. Salam, haa bab dah lama2 tu mengungkit tu mmg betul, kawan dgn org2 yg dah kahwin ni kan...so banyak lah citer yg kite dgr...lama2 confirm ade bab ungkit-mengungkit...so setel lah sendiri, hahah

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …