Skip to main content

INI YANG BOLEH ANDA LAKUKAN JIKA DITINDIH KETIKA TIDUR

Assalamualaikum...



Keadaan di tindih ketika tidur atau kita sebut sebagai sleep paralysis
memang terjadi kepada ramai orang..
Kejadian begini bukan sesuatu yang baru dan asing.
Rata-rata nya ramai yang mengalaminya ketika remaja
dan ada yang berlarutan sehingga usia mencecah 30 an.

Apa yang boleh dilakukan ketika sleep paralysis berlaku??

1-Jangan melawan.
Biasanya bila ini berlaku kita akan cuba meronta untuk melepas kan diri,.
Dah tentu ianya tidak akan membantu malah ianya
akan membuatkan anda lebih sukar untuk bernafas.
sebaiknya anda kekal tenang dan rileks.

2-Fokus dengan pernafasan..
Cuba untuk bernafas dengan tenang.
lakukan perlahan2 sambil pejam kan mata kerana jika anda membuka
mata anda akan melihat perkara2 yang menakutkan
seperti lembaga hitam yang besar.

3-Cuba gerak kan jari kaki.
dalam keadaan tenang,bernafas perlahan-lahan
cuba anda gerak kan jari kaki anda.
selalunya jika anda dapat menggerak kan jari kaki,
perlahan-lahan keadaan akan kembali reda.


4-genggam tangan
Ianya tidak mudah namun jika anda cuba
berulang kali ianya akan berakhir dengan cepat.

5-lakukan gerakan wajah.
Contohnya sepeti memuncung kan bibir atau mengerutkan dahi.

6- membaca surah tertentu.
Dengan tenang,cuba gerak kan bibir anda dengan membaca
surah2 tertentu seperti ayat kursi atau alfatihah.
baca dengan tenang dan jelas pada pendengarana anda sendiri.


Sebaiknya apabila anda sudah sedar
segera cuci muka dan berpindah tempat tidur.
Jika tidak ,berkemungkinan besar ianya akan berlaku lagi.
Hindari dari perkara2 yang boleh
membuat anda tertekan dan letih.
banyak kan bersenam dan membaca doa
sebelum tidur.


sekian..

Comments

  1. Tq info sis ni ye?

    ReplyDelete
  2. Info yang bagus,sebab sblum ni SIL selalu kena.

    ReplyDelete
  3. salam singgah sini sis...diana pernah terkena sekali macam ni...Diana baca ayat Al-Quran iaitu ayat kursi dan Al-Fatihah silih berganti...Alhamdulilah terlepas juga akhirnya...

    ReplyDelete
  4. Pernh juga Lya alami..baca ayat suci Al-quran barula blh trsedar

    ReplyDelete
  5. kalau bermalam ditempat yg kita xbiasa gangguan gini akan dialami...sebelum tidur mmg perlu baca apa saja ayat suci yg dihafal...

    ReplyDelete
  6. Dulu masa sebelum kawen pernah kena...mmg seram! Sekarang ni asal time tidur jer mmg dah letih-seletihnya...tido membongkang sampai subuh, klu kena tindih pon dah tak terlayan rasanya! Haha

    ReplyDelete
  7. dulu sellau kena.. tp skrg alhamdullh.. sebab sebelum tidur memang mainkan mp3 surah2

    ReplyDelete
  8. mmm..saya memang dah biasa dengan benda ni dari kecil sampai ketua..Mcm2 cerita ada. Selalunya datang bersama mimpi. Orang kata semangat lemah..baca ayat sampai herut mulut..penat tu tak usah ckap lah...kerana terbiasa saya tidak pernah rasa takut dan memikirkannya walau kadang2 tu rasa menganggu.Macam2 saya berusaha, cuma sekarang dah tua dia makin mengurang. Hantu pun dah tak stim tengok kut...hehee...Cara saya; bila sedar kena bangun juga, kencing dulu & ambil air sembahyang. Baru tidur balik.baca ayat2 suci..kursi, tiga qul..Kadang2 buka hdphone dengar ayat rukyah sampai lena.

    ReplyDelete
  9. Thanks for sharing. Alhamdulillah...so far tak pernah kena lagi.

    ReplyDelete
  10. Pada suatu masa dahulu, saya memang kerap kena sampaikan dah lali. Telinga saya berdesing kuat bila ia nak terjadi. Siap boleh kata dalam hati lagi 'dah datang dah!'

    Saya pernah tulis tentang ni tapi thanks ya, Diana. Boleh masuk kisah seram blog saya minggu depan tentang ni. Hihihi!

    ReplyDelete
  11. Syukur akak dah lama tak kene tindih camni lagi...

    ReplyDelete
  12. Letih kena tindoh smpi lenguh satu bdn dan sesak nfas. Dah tua ni syukur x kena gangguan lg

    Tq info ni. X tau pula klu gerak blh membantu. Ada yg kata klu org tido sblh kita then tersentuh kita pun benda tu akan hilang

    ReplyDelete
  13. dulu masa study pernah kena tapi masa kena tu memang gelabah dan nak baca doa ke surah ape pun tak terdaya..memang mudah gabra dan takut..apepun ada tips ni sangat berguna untuk mereka yang selalu terkena tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …