Skip to main content

FACEBOOK PAGE TENTANG RUMAHTANGGA TU MEMANG BOLEH SELESAIKAN MASALAH KE?

Assalamualaikum...



Ada tak nmpak facebook page yang cerita pasal rumah tangga tu??
Page tu dibuat untuk siapa2 yang ada masalah rumahtangga
dan pengikut2 lain boleh bagi cadangan dan pendpat tentang masalah
yng dialami oleh pengadu..

sebenarnya kan...
saya kurang setuju dengan adanya page dan group2 macam tu..
memang la akan ada yang kata 'bagus sebab boleh kongsi pengalaman."
atau pun akan ada yang kata " boleh jadi panduan untuk orang lain..'

Tapi bagi saya ianya tak  membantu  sipengadu pun.
yang bagi pendapat tu bukan nya pakar kaunseling..
Ada ramai kat dalam tu yang suka bagi pendapat guna perasaan.
Tak fikir panjang dan ada yang hanya bagi komen2 yang
menjatuhkan semangat si pengadu.
yang berkongsi jalan penyelasaian yang baik dan berguna hanya sorang dua saja.

Bila baca masalah2 yang ditulis oleh pengadu saya
rasa mesti bertambah stress si pengadu bila
baca komen2 kat bawah nya tu...
Ada yang tak ambil serius pun masalah si pengadu tu.
Boleh buat lawak lagi dan ada yang sampai menghina si pengadu..

Paling tak best bila
ada pulak yang membuka pekung sendiri.
Sipengadu tu siap tulis "tolong rahsiakan identiti saya"
tapi yang bagi komen tu habis semua dia cerita pasal rumahtangga dia..
"suami saya pun macam tu..perangai tak semegah.."
"mak mertua saya pun jahat mulut nya..suka melaga-lagakan anak menantu.."
"biras saya macam tu jugak..kuat mencuri.."

adoi hai..dari nak cerita pasal masalah si pengadu terus
dia yang tukang komen pulak buat aduan..
Sebab tu la saya tak suka page2 yang cerita pasal masalah rumahtangga ni..
Kalau hidup kau bermasalah sangat baik jumpa pakar kaunseling kat pejabat kadi tu terus..
tak pun cerita kat orang2 tertentu je la..Yang pasti bukan di laman sosial.

sekian..



Comments

  1. ade jugak ek page mcm tu.. ish2.. lagipun tak baik citer masalah rumahtangge kt org lain kn, better selesaikan sendiri face to face atau jumpe yang lebih pakar..

    ReplyDelete
  2. erm hari ni kan ramai yang mengadu dengan FB DR, berdoa pun dekat wall..ermm kak ana setuju sangat dengan pendapat DR dalam entri ni.

    ReplyDelete
  3. meluah rasa hati sesuka hati..heh..heh..

    ReplyDelete
  4. page luahan hati la ni..lebih baik mengadu ngan Allah dr mengadu ngan org yg kite xkenal pun..wlupun identiti dirahsiakan, tp xsemestinya yg bg pendapat tu ideanya bernas..dia xtau pun jalan citer, kisah sebenar..so baiklah mengadu ngan Allah je ;)

    ReplyDelete
  5. pelik fb plak tmpt luahan perAsaan.... aku mmg pelik bila tgk org dok update je kat fb klu update share2 tu ok la ..cam cth kita buat entry share no hal ni menda dlm kain pun update tu aku pelik

    ReplyDelete
  6. Kikiki....memang ada pon dik page camni kat fesbuk....akak selalu lebih suka baca komen....betol.sgt ape yg adik ckp tu kadang2 tak malu abis kisah dlm rumah dia cerita....akak mampu tepuk dahi je

    ReplyDelete
  7. haha! saya tahu page mana tu!! saya follow juga cerita2 kat situ..tapi tak banyak pun kisah yang boleh dijadikan tauladan...lebih banyak yang negatif dan kekadang perkongsian kosong yang buang masa kita scroll dan baca separuh jalan..

    ReplyDelete
  8. Betul tu... Buka aub sendiri dan aib keluarga sendiri .

    ReplyDelete
  9. selalu jd silent reader je kat page tu huhuhu



    Azney singgah dari segmen BW Uzu

    #76. http://www.azneyshamsuddin.com/

    ReplyDelete
  10. Salam, sy setuju kak pasal ni. Tujuan page tu dibuat baik, tapi tulah, yg tukang komen pulak yg jadikan benda tu macam tak baik. Dah macam mengumpat laki / isteri / mertua sendiri lah pulak.. huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …