Monday, 17 August 2015

WARTAWAN HIBURAN HINA PM DIGANTUNG KERJA?

Assalamualaikum...

Saya memang dari dulu tak berapa gemar dengan sorang wartawan ni..
Selalu saya dengar kalau dia tanya artis2 ni dia  kerap juga kata" ...blogger2 kata...bla bla..bla.."
sikit2 nak salah kan blogger..
padahal diaorang yang nak tanya ,tapi diletak kan salah tu pada blogger..

Baru2 ni saya tengok dia ada jugak berbalas2 komen tentang gambar PM kita yang dia kongsi di laman IG dia..
ramai yang tak puas hati dengan gambar yang di kongsi tu..
seolah2 mengina pemimpin negara..
malah dengan sengaja dia mendedahkan nama2 pemilik IG yang tak setuju dengan dia dan menggelar mereka sebagai macai.


Memang la ramai yang tak suka kat PM kita tu tapi rasanya sebagai seorang wartawan Hiburan
dan dikenali ramai dia tak patut buat macam tu..
Kerja dengan tv3 pulak tu..heheh
lain la kalau dia orang biasa2 yang kerjanya tak melibatkan media yang menyokong kuat PM kita tu..kan???

Dan beberapa hari lepas dia memuat naik status memohon maaf atas 
"kebodohan" dia memuat naik gambar PM tu dan 
menegaskan ianya bukan dengan niat untuk menghina..



Macam kelakar pulak rasa bila baca status mohon maaf tu sebab 
dia sendiri menggelarkan mereka2 yang membela PM tu sebagai macai.
jadi kat situ pun kita boleh nilai niat dia muat naik gambar tersebut..kan??

Lepas ni sila la belajar menghormati orang lain ye..
Tak suka diam2 sudah..
awak tu wartawan..tak sayang kerjaya ke??
ada jugak yang kata dia di gantung kerja..tak tahu la betul ke tidak 
harap2 tidak la...



sekian..

19 comments:

  1. buat malu org Kedah ja...

    ReplyDelete
  2. Moga menjadi sempadan untuk masa2 akan datang..

    ReplyDelete
  3. setuju dengan DR, kadang-kadang dah keterlaluan menghina dan mengaibkan orang depa2 ni :(

    ReplyDelete
  4. semoga jadi pengajaran...hidup berbudi bahasa dipandang tinggi.

    ReplyDelete
  5. Selalu dia suka buat org bikin panas sekarang diri sendiri bikin panas..
    Harap dia sedar, jangan sesekali mengada-adakan cerita pastu tuduh pihak lain.. Ingat diri tu hebat..

    ReplyDelete
  6. itulah selalu kutuk blogger kan dah terkena batang hidung sendiri... sabar jelah

    ReplyDelete
  7. Hahahaha dia ni mmg.last2 kena sendiri.tulah.asek nk pk diri awak je betul.xtau ke tv3 tu kroni Umno.hehehe

    ReplyDelete
  8. Lepas ini dia nak kerja apa..hehe

    ReplyDelete
  9. Sekarang mudah sangat nak kongsi apa-apa. Klik je. Fikir sebelum meng-klik. Hehe.

    VitaminSuci.

    ReplyDelete
  10. Bila berbuat tanpa berfikir panjang inilah akibatnya Dee
    Sendiri kena tanggung - malu kerana dia adalah wartawan selebriti.

    ReplyDelete
  11. alahaiiiii... bg saya, kalau kita xsuka seseorang, diam2 sudah kan... xprlu nak diheboh2kan... kalau ianya mendatangkan pahala, bolehla buat... kan dah berat bahu sebelah kiri tu... berfikir sebelum bertindak

    ReplyDelete
  12. sepatutnya dia tahu, selagi berkerja makan gaji, nama baik majikan kena jaga.

    ReplyDelete
  13. Hmmm.. Akhirnya izuan dah terkena. Berhati² lah memuat status.

    ReplyDelete
  14. Makan diri sendiri akhirnya. Moga jd pengajaran bg semua

    ReplyDelete
  15. Ini lah namanya kerana mulut badan binasa..
    Kalau dah tak suka diam2 sudah. Tak perlu kowt sampai nak menghina bagai.. Kalau ye pun nak dijadikan gurauan rasanya patut fikir 44kali dulu kwot.. bkn semua benda blh dibuat gurau..

    ReplyDelete
  16. Diam jer lah klo dah tak suka. Kan dah kena. Pengaruh jibby ni dah lah kuat.

    ReplyDelete
  17. dia saje je nk 'bikin panas' tu! lps ni, buleh la nas ahmad si reporter rambut ketak2 terjah dia pulak. ha3..

    ReplyDelete
  18. Pun tak tahu juga pasal ni. Baca beberapa blog barulah tahu ~_^ Dia ni kalau tanya soalan panas tak agak-agak tapi bila terkena tau pulak marah macam kes sebelum ni.

    Yalah suka tak suka, itukan pemimpin negara. Nak gurau-gurau kasar pun, dalam rumah cukuplah; dengan orang-orang yang kita kenal benar. Ni upload dalam media sosial buat apa. Walaupun bukan dia yang edit, dia tukang menyebarkan jugakan! Salahlah tu!

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();