Skip to main content

TIBA-TIBA SAJA SAYA SUKA EMAS!!

Assalamualaikum...

Pinjam gambar sat ye Bee..hehe
Sekarang ni saya tengok ramai kawan2 yang dah berminat dengan emas..
kat facebook saya ada 2 orang rakan saya jual emas..
memang sedikit sebanyak post2 diaorang tentang emas buat saya
rasa berminat jugak nak mengumpul emas..
Saya memang percaya 100% kat rakan fb saya yang jual emas ni..
sebab saya kenal..kalau tak kenal memang was2 jugak la..

Kalau sebelum ni beli emas setakat untuk beli bila tengok dia cantik je..
Tapi sekarang sejak diaorang berdua tu asyik cerita pasal
emas memang bergelora rasa hati ni nak kumpul emas pulak..

Tambah pulak saya bukan orang yang suka pakai barang kemas..
saya pakai pun sebab suami suruh.
kalau ikutkan hati memang tak mau pakai sebab
saya ni agak cuai sikit..
Rantai tangan saya pernah hilang sebelum puasa hari tu..
saya sampai pasrah dah sebab cari tak jumpa..
last2 suami jumpa kat tepi laci kabinet dapur
baru teringat yang saya ada sapu2 kat celah2 laci hari tu..
mungkin masa tu la dia jatuh..

tapi saya kurang setuju dengan mak ayah
yang pakaikan barang kemas pada anak2 diaorang..
bahaya la..kita yang tua pun penyamun berani dekat
ni kan pulak budak2..
Tapi tu la..Mak ayah ni mungkin ada alasan sendiri kenapa
dia pakaikan anak dengan barang emas.
mungkin anak mereka tu 24 jam dalam pengawasan mereka..
entah la..terpulang la.

tapi saya takut sikit sebab anak saudara saya pernah
kena rentap rantainya masa dalam keadaaan sesak di kipmart,JB.
Maisara dulu saya pakaikan jugak..tapi tak lama pun..
sebab ada makcik kat sini pesan jangan pakaikan..
Sudahnya rantai tu memang simpan je..
sekarng ni rasa macam nak kumpul emas banyak2..
bukan untuk pakai tapi untuk simpanan masa depan..
Duit yang dapat melalui blog bulan ni pun saya nak beli emas bulan depan..
tak sabaq aih..hehehe..

<<<...Nak senang bukan senang...tak pelik kalau orang senang dengan usaha setengah mati.Klik sini kalau nak senang!!


sekian...


Comments

  1. ida bukan nye suka sangat emas..tapi cincin emas kemain bnyk..heheh..yg tu suka la

    ReplyDelete
  2. Lya suka juga tgk emas tpi nak memakainya memg kurg gemar..takut kna rompak hhaha.ada pun pkai seketul Cincin tunang d jari hihi

    ReplyDelete
  3. saya bukan pengemar,tp time raya kene la pakai. nanti kesian plak suami org pandang2. pakai cincin pun jadila

    ReplyDelete
  4. suka sangat dengan emas tapi beserdahana :)

    ReplyDelete
  5. Hehehe.. Suka dgn emas tapi suka pakai cincin emas je..

    ReplyDelete
  6. Beli jangan x beli....banyak tu dPat tu...syoks aa

    ReplyDelete
  7. salam singgah sini sis...Diana pun suka pakai emas...tapi tak nak pakai sampai penuh kat jari....hihi...

    ReplyDelete
  8. elok tu kumpul emas..pelaburan emas..

    ReplyDelete
  9. baiklah duit terkumpul beli emas drpd yg lain2 demi masa depan.

    ReplyDelete
  10. Emas juga satu pelaburan terutama ketika masa-masa terdesak nak guna duit!

    ReplyDelete
  11. Saya hanya suka cincin emas...rantai & gelang mmg tak suka...klu beli pon jarang sangat nak pakai..rimas!

    ReplyDelete
  12. huda pun tak minat sgt dgn emas nie..kecik2 dulu allergic..bile dh beso bole laa pkai, tp adiah kawen pun emas puteh :P nie skrg mule minat dh nak emas dinar..jom ramai2 invest dgn emas :)

    ReplyDelete
  13. Saya tak suka emas apatah lagi nak pakai..Tak tau la tak bernafsu dari kecik, asal pakai je asik nak cabut je pasal rimas, tak taulah kenapa cam alergik gitu..Setakat beli nak simpan ok kot, kadang cuba pakai tapi memang tak lama la lepas tu simpan balik, suami pun takde la paksa ke apa ke kan..Tapi kalau dia nak belikan ke apa ke saya ok jer..:) Jam pun saya tak pakai, lagi la barang kemas huhu..

    ReplyDelete
  14. ta bape minat sgt emas. mgkin sbb lom kawen kot.haha

    ReplyDelete
  15. Sy pun dalam misi kumpul emas utk jangkamasa panjang.

    Jemput singgah umah ye

    http://marsha-marshashahirnnia.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. Nani suka jugak emas tapi jarang2 pakai.

    ReplyDelete
  17. suka emas gak.. hehehe.. pompuan mestila suka emas kan.. usha gak fb kak bee tu..

    ReplyDelete
  18. emas untuk masa depan bagus kan?

    ReplyDelete
  19. emas tak de inflasi so kalau jual harga melambung dari membeli. skrg harga emas da trn mmg sesuai kalu nk membeli

    ReplyDelete
  20. Salam, haaa emas..bila lah sy ni nk mula berminat terhadap emas ye..tggu duit byk sikitlah, hahah..mase sy kecik dulu pun mmg penah kena..tp dia xrentap, dia bukak cangkuk rantai tu, gentlemen konon~

    ReplyDelete
  21. Kwn fb sy pun ada jual emas. Siap blh pos tp laki sy x bg beli pos pos ni bahaya nnt hilang katanya. Ank sy cuma sy pkikan gelai dan rantai je . Tu pun time raya. Dlm tudung dgn baju kurung xde sape nmpk dan hny kat kg sy dan mertua je blk je umah terus sy ambik. Serik ooo masa maisarah kecik gelang kaki dia hilang masa duk melepak kat kedai cendol mertua.mujur x cedera ank saya. Serik sgt lps tu. sgt bahaya .. Sbb tu klu nk jln mana2 terlupa la nk tanggal kan gelang ank (halus cam janggut udang je pun). Sanggup sy bw g tempat tersorok terus cabut. Klu kena ragut ank yg cedera. Bkn risau bab kerugian. Owh ye.. Ada tak awk baca kisah semalam ke kelmarin klu x silap di pasir gudang ke mana ntah. Di johor la. ada kes samun dia kerat tgn pompuan tu sbb nk ambik gelang. Mujur tgn tu blh sambung semula. Sy baca status sedara sy share psl kejadian tu.

    ReplyDelete
  22. Wow, duit dari blog nak beli emas ni! Banyaklah tu hasilnya, Diana. Kalau macam saya ni, nak beli Kitkat yang 3 RM6.95 pun tak dapat sebulan ^_^

    Saya pun tak suka pakai barang kemas. Saya ni pelik, kalau costume jewelries tu saya tak apa tapi kalau emas tulin, kulit saya gatal. Nampak sangat tubuh saya ni cheapskate emas tulin tak nak! Pelik kan...

    Saya pun ada juga hati nak kumpul barang kemas tapi tak nak pakai. Nanti-nanti bila harga emas naik, kita jual ambil tunai. Tapi suami tak bagi pulak!

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …