Skip to main content

RESEPI KUIH SERI MUKA YANG MUDAH DAN SEDAP

Assalamualaikum...




Saya ada buat kuih seri muka ni..Last saya buat kuih ni tahun lepas kot..tak berapa nak jadi .boleh makan sendiri je..tak bagi kat orang sebab rupa tak cantik..heheheh

Tapi kali ni buat kli kedua ada la kemajuan sikit.Kuih ni memang kegemaran saya.Dulu saya tak suka kuih ni..Tapi sejak mengandungkat Mikhail jadi suka sampai suami beli hari2..dah berlalu zaman mengandung ni pun masih suka lagi kuih ni..Tu yang tergerak hati nak belajar buat sendiri..

Meh la kita tengok resepi2 nya..saya sukat guna sudu je.sebab kalau sukat guna cawan macm banyak pulak ..bukan nak hantar ke masjid..setakat makan sendiri,,cukup la satu dulang kecik tu je...

Bahan-bahan nya

Bahagian bawah
2 cawan beras pulut (sukat guna cup yang sukat beras periuk nasik tu)
1/2 sudu kecil garam
2 cawan santan

cara-caranya;

Bersihkan beras pulut dan rendam dalam 4-5 jam.
kemudian buang air rendam beras pulut tu dan masuk kan dalam loyang.
Masuk kan garam ke dalam santan.kacau sebati dan tuang dalam loyang yang ada pulut tu.
kukus pulut sampai lembut.(15-20 minit),
Dah siap kukus ,tekan2 sikit pulut tu bagi padat.ketepikan.

Sekarang kita nak buat bahagian atasnya nya.
Masa ni boleh panaskan pengukus

bahan-bahan nya

 bahagian atas
1 biji telur
3 sudu besar gula pasir
3 sudu besar gula merah
2 cawan air (saya sukat guna cup yang sukat beras tu)
1 cawan santan (saya guna santan kotak)
1 sudu besar  tepung jangung
2 sudu besar tepung gandum


cara-caranya-

Masuk kan air ,gula pasir dan gula merah dalam periuk.masak sampai mendidih.guna api kecil.

dalam bekas lain masuk kan santan,tepung gandung , tepung jagung dan telur ..kacau sebati...saya guna handmixer je..masuk kan dalam periuk yang ada air gula tu dan kacau dengan api perlahan.

Bila dah pekat sikit,terus masuk kan dalam loyang yang ada pulut tadi.

Ratakan bahagian atas tu..kemudian kukus sampai masak(15-20 minit.)



dah siap boleh la potong2.sejuk kan dulu sebelum potong.potong guna pisau plastik.Selamat mencuba..

<<<..ikut 3 langkah mudah ini dan awak ada peluang untuk ke Tokyo Jepun Oktober ini...!!

sekian.


Comments

  1. wahhh nampak menarik nih... dan nampak sedap juga nih...

    ReplyDelete
  2. Senang plak nak mmbuatnya ingtkn susah..nnt Lya nak try la

    ReplyDelete
  3. SELAMAT PETANG..SYIRA SINGGAH BLOGWALKING :D
    NAK TAK SYIRA PROMOTE BLOG DAN IG ??
    TINGGALKAN LINK DI PAGE BOG SYIRA LOKMAN
    https://www.facebook.com/syiralokman5

    TERIMA KASIH :)

    ReplyDelete
  4. suka jg yg coklat ni. yg ungu n hijau pun sy baham ;-)

    ReplyDelete
  5. sedapnye.. menjadi pulak tu.. time kasih atas perkongsian resipi..

    ReplyDelete
  6. SEDAPNYA...
    JM KENA CUBA TU...

    ReplyDelete
  7. Salam singgah petang sis...wahh...sedapnya...ada masa Diana pun nak try juga...

    ReplyDelete
  8. Aduhhhh.terliurnya kak.fav sy ni.bila kita nk jumpa ni kak.

    ReplyDelete
  9. Elok jadinya ya...kuih2 tradisional ni mmg sedap..pandai diana buat..

    ReplyDelete
  10. Cantik kejadiannya..
    Sy ni tak minatsgt kuih ni zaman budak2 dulu. Sejak hamilkan syafiq tup tup suka sgt. Klu buat tu 1/2 sy mkn sorang tau.

    ReplyDelete
  11. Kalau dah ada perubahan dari yang pertama kali tu, Diana dah masterlah. Boleh buat banyak-banyak hantar sepiring ke rumah jiran kiri kanan depan belakang ^_^ Mana tau orang kata sedap bangat, boleh buat jual pulak. Tambah lagi income sampingan :)

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …