Skip to main content

NAK YANG SEBULAN RM8 ATAU SEBULAN RM80?

Assalamualaikum...



Salah satu masalah besar kat rumah saya ni ialah berebut siaran tv.
Adik dah tentu2 nak tengok siaran yang ada citer upin ipin je..
tak tahu la ..sejak seminggu dua ni memang
nampak dia berminat dengan upin ipin..
Lepas habis Upin Ipin nak tengok Robocar Poli..
Apa dia ingat siaran tv tu boleh ikut suka hati dia nak tengok apa dan bila.



Yang kakak pulak lebih suka layan TVIQ.
Kalau malam memang tak de saya buka kartun..
dah biasa..diaorang pun malam2 tak de minta kartun dah..
Tapi tetap berebut sebab malam adik suka tengok Net Geo Wild.
nak tengok haiyiwan..sebut betul2 ye..haiyiwan!
tapi malam2 dia tak berebut la tv dengan kakak..
dia berebut dengan ibu pulak sebab ibu nak tengok drama korea.



Tapi sekarang ni saya rasa macam dah nampak je
penyelesaian pada masalah besar ni..hahaha..
Masalah ni akan selesai kalau anak2 saya
boleh tengok rancangan yang diaorang suka tanpa
ada gangguan..hehehh...
Nak tahu apa dia??cepat2 klik sini...
dah la murah je..murah 10x ganda dari tv setellite yang kita dok langgan sekarang ni..



Dah boleh rasanya kot kalau kita
hentikan je langganan tv setellite yang kita guna sekarang ni..
Buat apa bayar mahal kalau yang murah dah ada..kan??
sebulan rm8..lagi nak fikir ke??

kalau berminat jugak meh tengok kat sini
untuk maklumat lanjut..!!


sekian..

Comments

  1. Wah mcm best ja ni murah plak tu

    ReplyDelete
  2. Sempoi package ni...
    Apapun perkataan haiyiwan tu sangat chomelll ok! Hahaha...

    ReplyDelete
  3. Wah murahnya. Anak-anak saya suka layan youtube diana. Tengok upin ipin, shin chan. Pening kepala. Saya suka layan channel 702, tapi tak pun. Sibuk, tak pun tido aje..
    Kalau murah bagus sgt tu....

    ReplyDelete
  4. MURAHNYA...BOLEH LANGGAN NI...JAUH BEZA HARGANYA.

    ReplyDelete
  5. hehehe macam best jerk!!! tq sharing,, sesuai sangat dengan keadaan yang berebut2 nie hihi,,

    ReplyDelete
  6. eemm.. rasa macam pembaziran dengan siaran berbayar yang ada ni tapi sebab kawasan perumahan ai, hanya itu je yang clear boleh dapat siaran tv, terpaksalah guna.. memang kalau ada peluang, nak tukar terus.. selagi boleh jimat kita jimat.. ;)

    ReplyDelete
  7. yelah murah
    saya pun perlu pertimbangkan nak teruskan langganan

    ReplyDelete
  8. Kalau ada pilihan memang nak terminate aje asteruk ni. Penat dok khatam berulangkali segala ceritanya. Rumah saya pun saya bagi peluang tengok kartun sampai pukul 9 malam. Lepas tu TV saya yang punya. Eh, kita yang bayar apahal pulak time menonton kita yang limitedkan!

    ReplyDelete
  9. rumah itew TV pun tarak ada.. hehe keje ngadap laptop..

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …