Skip to main content

MASALAH BESAR KE KALAU ENTRY TAK DE KOMEN?

Assalamualaikum...




Setiap kali saya tulis satu2 entry,saya berharap entry saya dapat banyak komen.
Bukan satu dua komen je..Paling sikit saya nak ada 10 komen untuk satu entry..
Blog saya ni blog yang santai je penulisan nya..
Saya tulis macam saya berbual2 je dengan awak..
Jadi bila tak de komen tu rasa macam bercakap sorang2 la..

Lain la kalau blog yang copy artikel2 berita kat Sinar ke,Hmetro ke, kan??
Yang tu kalau tak de komen pun tak kisah..
Dah tentu2 target dia ialah pageview dan jumlah pelawat sahaja.


kadang2 saya tengok ada blogger yang sangat ramai rakan blogger
yang rapat dan mesra dengan dia..
Saya agak blogger ni mesti mudah dapat banyak komen
dalam setiap entry dia.Tapi saya silap..
Mesra berbual di Facebook dan twitter bukan jaminan
 rakan blogger lain akan singgah dan komen2 kat entry kita.
padahal kalau di lihat entry yang dia tulis tu kadang2 melibatkan blogger lain jugak.
Contohnya tentang perjumpaan blogger , event blogger dan entry kipas lipas..hehe
entry yang puji2 blogger la maksudnya..

Bukan masalah besar pun kalau tak de komen,,kan??
Tapi saya terbaca kat blog HH..
antara sebab blog kurang komen ialah tak blogwalking,sombong,entry tak best.
Jadi awak fikir lah sendiri
awak yang mana satu ye..hahhaha..



Ada yang kata..
tak banyak komen tapi pageview saya tinggi tau..
Tipu la..entry personal cerita pasal anak,pasal beli barang dapur,
pi mandi kat kolam renang , kalau tak de komen ,jangan harap pageview pun tinggi..
kecuali kalau awak memang blogger terkenal ala2 Hanis zalikha ,Cik Epal, dianarashid
atau awak artis.

Jadi kalau nak komen banyak sila datang komen2 blog orang.
kalau tak nak dok je diam2 kat situ..
(pesanan untuk diri sendiri..heheh)

Eh!pernah tak masuk blog yang awak tak pernah baca pun sebelum ni..
 ,lepas tu awak baca2 ,cerita dia beli baju,beli sudu,
lepas tu awak nak komen sekali awak tengok tak de siapa komen..
awak pun kata.."tak de siapa pun komen entry dia,malas la aku nak komen.."
pernah??

sekian..

Comments

  1. Suda trbiasa stiap Kali dtg bw msti tglkn jejak komen, klau x kita rajin bw msti x da org yg sudi dtg ke blog kita kan..tpi itula brgntung pada waktu klpgn..klau x dtg ari ni mungkin esk lusa kan

    ReplyDelete
  2. Farah tidak mengharapkan komen yang banyak dan Farah akui Farah lebih melihat ke arah PV dan UV di dalam sehari. Farah ada target Farah yang tersendiri. Tentang komen pula, Farah tak kisah untuk komen dan bermesra dengan blogger mana-mana walaupun tiada orang komen entri dia sebab bagi Farah, Farah ikhlas...Farah juga tidak komen pada siapa yang hanya komen di entri Farah...Yang tak komen entri Farah pun Farah akan komen...;-) Peace no war!

    ReplyDelete
  3. saya pun jenis tak semua blog yang saya baca saya komen so saya anggap pembaca blog saya macam tu jugak. ada je entri PV tinggi tak banyak komen & ada entri takde komen entah kenapa saya tak kisah sangat bab tu. Sebab pembaca blog saya memang ada yang bukan blogger.. maybe saya jenis suka tulis entri je kot. Bw pun nak kata banyak sangat tak jugak. Saya banyak update entri panjang2 je hahaha... Apapun bab komen ni terpulang pada blogger la. ada blogger memang dia suka banyak orang komen so dia rajin BW even dia komen tak baca entri tu pun.. baca tajuk komen sebab nak kejar banyak lagi blog dia nak BW.. ada orang jenis tak kisah pasal komen. Sapa nak komen,komenlah.. taknak pun ok. Still mood berblog tu activate katanya. Saya memang akan komen entri yang saya baca je.. biar sikit blog yang kita komen asalkan kita tak menganiaya blogger yang susah payah tulis entri tapi kita semata mata komen sebab nak tinggal jejak je padahal baca tajuk entri je.

    ReplyDelete
  4. akan BW bila ada masa.. kekadang masa mencemburui untuk BW.. berblog pun untuk menyimpan cerita kisah sendiri dan apa saja yang ingin disimpan dan diingati..

    ReplyDelete
  5. betul wawa setuju.. kalau kita nak harapkan orang comment, tpi kte tak gi jenguk pun rumah orang.. mne mungkin kan?

    salam jumaat..")

    ReplyDelete
  6. X kisah org nak komen ke x. Tp klw nak cari sesuatu info mmg sgt sgt hrap kwn kwn komen.

    ReplyDelete
  7. Setuju2 :) what u give u will get back :)
    ha, kalau kita rajin singgah, komen, mesra n peramah dgn orang.. orang lain pun akan buat bnda yg sama pada kita :)

    bulan ni Cik Mimie betul2 bz..xdan nk terah blog org lagi.. T_T

    ReplyDelete
  8. Mrs. A okay jer... nak komen kat blog yang entry dia takde sorang pun komen muahhaaaaa... biarlah Mrs. A jadi yang pertama. Tapi readers yang datang setakat tinggalkan komen tapi tak baca pun entry tu baik tak payah komen pernah terjadi komen kat entry Mrs. A tapi fakta tak seiring dengan komen. Reader cenggitu poyo jer lebih

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum sis diana..

    Ruby xkisah sape nk komen ke x kt entry ruby..dan ruby x mengharapkan blog ruby pergi komen tu, akan dtg singgah blog ruby tuk komen balik..

    Tapi,apa yg boleh ruby ckp...kalo org bg 1 komen pun...hehehe..ruby happy sgt lah..
    Ruby pun baru je berblog bln ni..byk lagi nk d BW nya. Dan perbaiki entry ruby utk lebih santai dan x padat sgt ngan info

    ReplyDelete
  10. Dulu rajin blogwalking boleh kata setiap entri memang ada orang komen... sekarang ni jarang sangat.... bukan sebab sombong tapi suami dah jeling2 katanya banyak masa kat FB je.. yela suami tak keje lagi so kita kena focus dia 20/7 .. 4 jam tu kira masa auni sendiri laa... hahaha


    tapi sungguh ! kalau takde orang komen tu rasa macam... alahai... auni plak jenis kalau tengok entri yang takde orang komen... auni akan komen... satu je tak suka komen kat blog femes... sebab daring camne pun... depa tetap kamcing dengan yang depa penah jumpa je...

    err just my 2cent.

    ReplyDelete
  11. Salam. Hahahahahaaa comel je awak ni. nice sharing..

    Selamat hari merdeka!

    ReplyDelete
  12. rahsianya ada kat sini ..

    http://al-lavendari.blogspot.com/2013/01/rahsia-blog-tidak-popular-terbongkar.html?m=1

    ReplyDelete
  13. salams diana,

    menarik topik ini :)

    kak mieja jenis tak kisah pun ada ke tak komen, sebab tujuan menulis utk simpanan diri dan famili. kalau ada yg berkunjung alhamdullilah.
    kak mieja pun jenis suka blog walking tapi tak komen dan kdg2 jerk tinggalkan komen. mana yg dalam list insyaallah semua akan dilawati, cuma tidak meninggalkan jejak dengan berkata2 diruang komen.

    ada setengah blogger kalau kita bw, baru dia bw kita semula
    rasa mcm tak ikhlas mcm tu.

    ReplyDelete
  14. Fidah selalu tinggal komen dekat blog yg Fidah sempat singgah..even blog tu dlm bahasa inggerish pun..hehehe..

    ReplyDelete
  15. Betul betul..... kalau kita tak rajin blogwalking, mmg kurang le pengunjungnya...So nak banyak komen , kena rajin bw.
    Tp kalau OKje bila bw tak kisah pun blog dia tak de sapa komen pun....OKje tetap akan komen, tak pernah tinggal kosong

    ReplyDelete
  16. yup, betul jgak tu..
    sy dh jarang2 dpt blogwalking mcm dulu.. so, blog sy pun biasa2 jaa skrg, hikk...

    ReplyDelete
  17. Saya tak bolehlah. Kalau saya tak komen maknanya saya tak datang membacalah tu. Setiap kali saya blogwalking, memang saya komen. Saya tak kisah kalau komen pada entri yang langsung takda komen sebelumnya. Rasa kasihan pulak dah penat menulis takda orang komen so apakata kita tinggalkan satu komen untuk si penulis entri.

    Saya pun selalu tengok juga blogger glamour dan cemerlang (termasuklah Kak Diana katanya...ni ampu jerk lebih, honestly speaking. Manalah tau lepas baca Kak Diana terus komen marathon kat blog kita lagi. Hahaha!) PV tinggi tapi bab komen takdalah banyak mana pun. Nak kata dia tak ramai 'peminat' tak mungkinlahkan. Orang lama katanya!

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …