Skip to main content

KOMEN TAK PENTING..BAGUSNYA KALAU SAYA PUN FIKIR MACAM TU..

Assalamualaikum...



Hari ni hari yang sesuai untuk cashout bayaran Nuffnang..
Saya dengan Nuffnang maintain tetiap bulan cashout..
Baru awal bulan 7 lepas saya cuba dengan 8share..
saya dah cashout pun tapi tak dapat lagi duit nya..
Dah tahu cara nak naik kan earning dengan 8share
rasa nya boleh la kot tetiap bulan cashout duit 8share pulak..
Berguru dengan blogger Suria Lekat lekit je..hehhe
jadi la.kan??Walaupun tak ribu2 tapi mebantu jugak
saya untuk kumpul duit beli barang2 idaman .

Eh!!ada yang marah saya pulak kat komen entry 
sebelum ni..Oleh sebab bahasa awak tu tak sedap untuk
tatapan mata jadi saya delete komen awak ye..
jangan kecik hati pulak tau...
Orang yang kurang adab dan lagak macam tak de agama
memang saya buang jauh2,,jadi itu sebab saya delete komen awak..

Orang lain pun ada beza pendapat juga.
tapi mereka komen dengan beradab..

Terkejut sebab saya penting kan komen??
ye la..saya sendiri terkejut sebab ramai blogger yang
rasa komen kat entry tu tak penting..
kalau lah saya pun boleh berfikiran seperti mereka ..kan bagus.
Saya rasa sesuatu yang tak kena kalau entry saya tak de siapa yang komen.
kalau baru hari ni saya jadi blogger itu lain cerita la..
ni dah lama.dah 5 tahun lebih...dah tentu rasa pelik kalau tak de komen..
Lagi2 saya pun jenis suka komen2 kat entry orang.

tapi kan saya dah kata , itu antara saya punya sasaran bila menulis satu2 entry..
Blogger lain , lain pulak sasaran dia..
jadi jangan la marah kalau hala tuju kita tak sama..

Saya tau ada yang kata ,
tak komen pun tak pe kalau komen mengarut2 dan keluar tajuk.
Huh!!jangan main2 tau..
sebab ni la saya pernah bergaduh dengan sorang blogger dulu..
Ianya sebab tiap kali saya pi blog dia saya tak komen..
terus dia cakap saya tak singgah blog dia..
tak minat nak baca entry dia..
memilih blog2 yang popular saja..dia kata saya macam tu..
hanya sebab saya tak komen..

geram sangat saya masa tu terus saya terus terang dengan dia kenapa saya tak komen.
sampai sekarang tak nampak dah blogger tu..Hahhaha...

Ada satu kes lain  pulak blogger yang satu ni,siap tinggalkan komen
kat satu entry blogger lain yang tulis tentang blog saya..
Katanya "saya tak pernah singgah blog dia
walaupun dia selalu datang blog saya.."
Ha..padahal kita memang pergi blog dia dan baca ..
tapi sebab tak de apa nak komen jadi kita tak komen la..
tak tahu pulak disebabkan tu dia anggap saya tak pernah baca entry kat blog dia.
siapa yang ingat kes ni ??tak ingt tak pe la..
heheh

jadi sebab itu kalau saya ada peluang saya akan komen juga entry2
awak semua walaupun awak kata komen saya sambil lewa saja..
komen pendek2 tak semestinya sambil lewa.
mungkin sebab tak de apa nak di komen..
tapi saya tetap tinggalkan komen juga supaya perkara lama tak berulang kembali.

Masih ramai lagi  blogger seperti saya yang pentingkan komen.
sampaikan ada yang sanggup laburkan wang ringgit untuk hadiah kan kepada
mereka2 yang rajin komen di blog dia sebagai tanda menghargai
dan menggalak kan orang untuk komen..
Ada juga yang sanggup buat kontest
komen siapa paling banyak,
jadi tak pelik pun kalau saya ni seorang yang pentingkan komen di blog.



sekian..

Comments

  1. komen2 ni memeriahkan blog kita walau xpanjang komennya janji ada nama blogger yg singgah tu...

    ReplyDelete
  2. memang la kite tak bole pakse semua orang untuk datang baca dan tinggalkan komen kat blog tapi bila ada yg sudi komen akak rasa seronok dan hati berbunga2 sebab ada gak kawan2 yg sudi tinggalkan komen kat blog suam2 kuku akak tu...kikiki

    ReplyDelete
  3. saya entah la.. masih tak berapa kisah pasal komen sebab macam saya cakap kat entri kak diana yang sebelum ni saya pun kadang2 tak komen enti blog yang saya baca sebab takde apa yang saya nak komen. So selagi ada views selagi tu saya rasa even tak ada komen pun ada orang baca sebab sasaran saya pembaca. saya memang tulis untuk orang baca. macam iklan 8share even psot tu takde orang komen tapi still ada clik. yelah boleh tengok dari earning rewards 8share tu.. bermakna depa baca artikel kita & berminat nak tahu apa yang kita kongsikan di link tersebut.. ok la tu at least depa baca ye dak?? tapi tu la macam kak diana cakap.. lain orang lain sasaran & target dia dalam berblog

    ReplyDelete
  4. betul tu, kalau ramai yg komen entry kita, makin semangat nak menulis kt blog hehehe

    ReplyDelete
  5. komen ibarat tinggal jejak.... bila ada orang komen br thu.. ada org baca blog kita.

    ReplyDelete
  6. Adoi sabar jelah. aku pun suka je komen seringkas yang boleh. janji tinggalkan jejak kat blog tu..hehehe.

    ReplyDelete
  7. mcm Fidah gak..Kalau tak org komen...rasa mcm entry tu tak best ker..semangat pun down..kalau ada org komen...terus up jiwa ni kan..tapi kalau ada komen nak jual produk tu..memang delete terus..ingat dkt Ig je ada..upanya dlm blog pun tumpang komen gak

    ReplyDelete
  8. saya pun setuju. kalau ada orang komen tu rasa semangat. lagi2 klu yang kita share tu info2. klu xkomen...hmmm...plik gak lah

    ReplyDelete
  9. Saya suka dan hargai pada orang yang suka tinggalkan komen. Semangat jer bila baca. Tapi lately saya dah jarang BW. Kekadang jadi silent reader jer. Femalas plak skang ni. Tengah nak naikkan mood rajin. Tapi blog DR memang tak sah klo tak tinggalkan jejak ☺

    ReplyDelete
  10. Saya juga pentingkan komen...bagi saya komen tu boleh membawa tarikan..kalau byk komen negatif...negatifla produk/blog kita...

    ReplyDelete
  11. haihhh ada pulak yang emo yer? lain orang lain pendapat...sewajarnya terimalah dengan keterbukaan yer tak? D, cuma berikan pendapat...tapi disalah erti pula...Setiap blogger ada hala tuju dan sasaran mereka yang tersendiri secara individual...

    ReplyDelete
  12. sy pun suka baca komen org...tp sy pulak jarang nk komen entry org..hikss lain org lain rentak nya kan...klu sempat komen, entry tu best, kita komen la jugak..kdg xtau nk komen apa...so baca je lah..gitu :)

    ReplyDelete
  13. Pnting komen ni, tpi itula lain org lain pndptnya kan..best apa org sudi baca entry kita pastu da komen..terasa blog kita da juga org sudi myinggah

    ReplyDelete
  14. Komen itu penting ....Tak de komen mcm sunyi jer entri kita ek...
    Tapi namanya manusia, manusia ni memang macam macam kan DR, ada suka ada tak suka, ada komen pedas ada komen tak pedas...

    ReplyDelete
  15. yup, klau ada comment nampak meriah sikit entry tu kn ^^

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum,
    Bagus juga ada komentar ni, buat penambah semangat.. Bagi saya pula jika ada yang komen ia satu penghargaan, jika sebaliknya pun tak mengapa asalkan entry dihadam sehingga ke huruf yang terahir. Apa yang penting entry tersebut dapat memberikan manfaat kepada yang membaca. Sememang saya sangat tidak bersetuju dengan komentar-komentar yang tidak BERADAB. Sekalipun kita tidak bersetuju dengan entry blogger tersebut, tetapi adab dan akhlaq perlu dijaga kerana ia melambangkan peribadi kita.
    #Terima kasih kerana singgah diblog saya yang sekadar seadanya...

    ReplyDelete
  17. Saya pun kadang eh tak selalu sebenarnya pikir nape orang tak nak komen kat entry sy buat.tp saya sedar yg saya cam biskut chipsmore kejap ade kejap xde..tp sy suka je singgah blog Diana dgn Suria sbb ade entry yg bermanfaat tuk sy pertingkatkan mutu blog saya..tq

    ReplyDelete
  18. Sayakan kalau kurang komen saya susah hati sangat tau. Apatah lagi kalau geng-geng mengomen saya tak masuk carta macam selalu. Macam something wrong somewhere. Saya pun suka juga kalau orang masuk tak mengomen tapi dia bagi hint, at least sekali tu dia komenlah macam ni 'Kita selalu baca blog awak tau tapi tak sempat komen' Lega hati saya mendengarnya walaupun komen dia takda kena mengena dengan entri kita yang bersimpang siur tu isi kandungannya.

    Entahlah, saya ni takdalah lama sangat dalam dunia blogging tapi kalau takda orang komen entri kita terasa macam syok sendiri pulak. Kalau mula-mula dulu lainlah, memang kita syok sendiri menulis. Yalah, baru nak merangkak naik katanya :)

    Tapi saya takdalah sampai dok marah kat blogger lain kenapa saya jerk rajin pi blog dia, mengomen bagai nak rak tapi dia langsung tak singgah blog saya. Kena fahamlahkan...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …