Skip to main content

HATI-HATI JIKA ANDA BERTEMU DENGAN LELAKI PENIPU INI.

Assalamualaikum...

Orang kata kalau suka menipu nanti jadi pencuri..
Patut la ada ramai penipu yang suka menipu melibatkan hal2 duit ni..kan??
Ni ada satu lagi cerita pasal penipu..
Nak tahu jom baca..
Kot2 ternampak la mamat nama Megat sila la
jangan percaya satu habuk pun benda yang dia cakap..




Terbaru Tuan rumah tu dah pergi check rumah dia 
dan ini lah yang mereka dapat...

**************
"Lagi kisah MEGAT FAEZ. Semlm kpah dah pergi ke Taiping. Berjumpa dgn mangsa kena tipu ( sebenarnya bukan mamak tapi Mami.. Perempuan nama Su, pemilik kedai runcit di Taman Berkat,Simpang, Taiping).
Bermula dengan MEGAT menjual dua biji tong gas di kedai runcit Su. Sembang punya sembang, Megat bagitau dia nak keluar rumah sewa. Menurut Megat, rumah itu ( rumah kpah) milik mak saudara dia. Dia sewa dgn harga rm250. Tapi dia nak keluar 29hb ini.
Su setuju utk sewa, dan Megat kata Mak saudara dia mesti mintak naik sewa. Jadi sewa rumah tu rm350. Runding punya runding.. Jadik rm300.
Esoknya, Megat bawak seseorang,dan diperkenalkan kepada Su sebagai "anak tuan rumah". Menurut anak tuan rumah tu.. Mak dia tinggal di BM Penang. Dan tak dapat datang sebab sibuk.
Permulaannya, Su bagi Rm300 sebab Megat tak cukup duit utk bayar sewa lori angkut barang. Anak tuan rumah pulak bgtau, dalam rumah banyak yg rosak,jadi nak baiki sebelum Su duduk. Jadi nak kena guna duit depositlah. Okey... Su tambah duit lagi sehingga jumlah semua menjadi Rm800. ( wpun kata Su, dia tak sedap hati tapi bagi jugaklah duit tu).
Tidak ada kertas perjanjian dan nama Megat dan nama anak tuan rumah tu pun Su tak tau.
Dapat kunci rumah, Su dan pekerja2 dia pergi tengok rumah. Dan...kata Su..rumah dah macam tempat pelupusan sampah. Bau macam kandang lembu. Reban ayam pun wangi lagi..hiii...
Maka bermulalah episod mengemas rumah. Bahagian bawah saja dapat isi penuh 20 beg plastik hitam. Plastik megi..sampah...singki ada sisa makanan yg dah basi...mesin basuh ada rendaman dan air dah hitam berlendir...!!! Bilik mandi..tandas hitam melegam. Itu baru tingkat bawah.
Waktu petang, jiran kpah balik kerja dan tanya dari mana dapat kunci rumah? Lepas tu barulah Su tahu yg mereka sudah tertipu. Jadi kerja bersihkan rumah stop serta merta.
Okey...
Bila kpah sampai semalam.. Mmg masih dapat lihat kesan kotoran pada tingkat bawah. Sebelum operasi mengemas, kami pergi bayar tunggakan letrik dan air.. Dekat rm300 jugak melayang hari tu.Selesai urusan tu..Kami mulakan operasi mengemas tingkat atas.
Taik kucing dah kering kontang menunjukkan dah lama. Tuala wanita yg dah digunakan ada dua keping disumbat dalam plastik sabun basuh. Sekeping tuala wanita ada dalam tangki flush jamban. ( tuala wanita yg aku dah guna pun cik abam tak pernah tengok,ini siap pegang tuala wanita org lain pulak...wekkk !!!) Ada sedikit2 pecahan2 bahagian almari yg dibiarkan bersepah. ( nasib baik jugak Su dah kemas banyak..kalau tidak mesti aku menangis tengok keadaan dlm rumah)
Semasa berjumpa dgn Su, beliau tak dapat nak buat report polis sebab tak tahu nama .. Tak tahu apa pun tentang Megat. Bila kpah tunjuk gambar Megat..Su kata yg ini banyak diam..yg bercakap ialah "anak tuan rumah". Menurut Su, megat ni..sebelah mata dia mcm cacat sikit.
Sebelum beredar,kpah dah bagi no talipon kpah kpd Su. Jgn bimbang Su, dunia ni kecik saja...
Kpah kata kpah dan rakan-rakan dah sebarkan gambar di facebook...mesti ada yg akan kenal dia....
Rasa mcm nak ketuk kepala budak yg mengaku anak tuan rumah tu..melampau betul..."
Copy and Paste: facebook Kpah
******************


Hati-la ye kawan-kawan yang nak bagi
sewa rumah atau nak menyewa tu..
Kesian kat mami tu..hilang rm800.
Kenal pasti la muka si Megat ni baik supaya anda tak jadi mangsa..

sekian...

Comments

  1. dunia akhir zaman.. apapun moga kita semua berhati-hati

    ReplyDelete
  2. Macam macam orang sekarang ni kan

    ReplyDelete
  3. Manusia ni tak takut dosa langsung..

    ReplyDelete
  4. mcm2 cara org nk menipu kan...

    ReplyDelete
  5. macam2 hal dan idea la dorangn i...

    ReplyDelete
  6. huish.. kuangjaq nya org mcm ni... agaknya kpah ni tak letakkan deposit dulu kot.. tu yg sesuka hati nak cabut,..

    ReplyDelete
  7. Allah!! semoga kita tak dipertemukan dengan manusia2 yang durjana...

    ReplyDelete
  8. ishh jahat betul lelaki ni menipu duit orang. dahlah rumah tak terjaga..harap² dia terima balasannya

    ReplyDelete
  9. adik saya kena tipu dua ribu. dia bayar deposit rumah 2k mcm tu je melalui online.kontek guna phone je sebab dah terdesak nak sewa rumah. bila dah bank in, nak tengok rumah, jiran kata tuan rumah tu cina sedangkan yang adik sy bg duit tu melayu.bila dah dpt duit, kol tak angkat. kalau angkat pun kata kat kelantanlah itulah inilah. pergi buat report tapi sampai skg tak dpt duit tu. 2k bukan sikit bagi org mcm kami ni sobbss.

    ReplyDelete
  10. teruknya perangai manusia sekarang ye
    nak duit...sanggup ketepikan agama
    kesian mangsa dia

    ReplyDelete
  11. Macam-macam perangai buruk orang zaman sekarang ni. Tak baik tau menipu. Walaupun kita terdesak atau sesak duit, seboleh-bolehnya janganlah sampai menipu. Sanggup bawa orang menyamar jadi anak tuan rumah lagi tu. Tapi paling tak tahan kondisi rumah tulah. Gelinya alahai... Mereka ni memang tak peduli langsung tentang kebersihan ke apa yerk!

    Baru semalam kakak saya beritahu, bapa saudara kami tergadai tanah tapak rumahnya dek kena jual dengan saudara durjana yang menipu. Tanah arwah moyang kami dijualnya tahun lepas siap ada tandatangan moyang yang dah lama meninggal dunia. Emak saya sendiri tak cam muka datuknya kerana datuknya meninggal ketika usianya 7-8 tahun. Macamana pulak boleh sign surat jual tanah? Makanya sekarang ni tinggal merempat di atas tanah sendiri, tinggal tunggu Cina yang membeli tanah tu datang menghalau. Kesian alahai...

    ReplyDelete
  12. jahatnya manusia zaman loni... ema pun ada kes penipu..tp bukan pasal penyewalah... ingat nak viralkan juga satu hari nanti..skrg tgh usaha nak jejak mana dia sekarang... tak akan dpt lari jauh pun..semua details dah ada.

    ReplyDelete
  13. moga terhindar dari jumpa or berurusan dgn orang2 macam ni.. nauzubillah.. macam2 sngt la zaman skrang ni..

    ReplyDelete
  14. minta-minta lah terhindar dari jumpa org mcm ni. kesian anak bini dia nanti....

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …